Masa BAJET 2012 baru-baru ni, PM mengumumkan Sistem Baru iaitu SBPA (skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) bagi menggantikan Skim sedia ada dan bakal dilaksanakan pada Tahun Hadapan. Tetapi SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.
Keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pada Khamis, yang turut disertai pegawai tertinggi CUEPACS, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.
Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota CUEPACS di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini pada Khamis sebaik selesai bertemu Perdana Menteri, Omar berkata Perdana Menteri mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.
"Perdana Menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan CUEPACS sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.
JPA dalam satu kenyataan pada Khamis mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama CUEPACS bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.
Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah ketika dihubungi Bernama pada Khamis lepas berkata tempoh untuk menandatangani surat tawaran SBPA tidak akan dilanjutkan tetapi penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan.
Omar berkata CUEPACS tidak menolak sepenuhnya SBPA tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dipersetujui, ia terpaksa membangkitkan mengenai isu itu.
Omar berkata antara perkara lain yang kurang disenangi sesetengah penjawat awam adalah mengenai kenaikan gred serta isu gaji kerana ada yang mendakwa akan menerima kenaikan gaji yang terlalu kecil.
"Di bawah SBPA ini penambahbaikan gred tidak selaras. Ada gred yang ditambah baik, ada yang tidak. Dan kenapa ada kumpulan pekerja yang naik dan ada kumpulan yang tidak naik," kata beliau.
Sumber dari : BERNAMA
@diana
ReplyDeleteItula kak, myra pun tak faham, maybe something wrong..
Nak kena buat semula tp tak reti :)
butang like MJ utk like blog, bukan like n3.. MJ kena tukor koding dia..
ReplyDeleteha, pasal like ni, yang ni adalah like blog rasanya..bukan like entri..
ReplyDeletetak sabar nak tahu ape penyudahnya SPBA ni..
sy jugak yg x perlu nk kne sign.. hihii
ReplyDelete