10 mak nyah terbuka hati tunai umrah

 gambar sekadar hiasan


IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.

Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.

Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.

“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.

“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.


Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.

Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.

Zubir berkata, mereka mengumpul seramai mungkin peserta menerusi program umrah itu.

“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.

Sumber: Harian Metro



Mr Jay: Hmm, baguslah ada keinginan untuk berubah. kita doakan smoga ramai lagi yang masih dalam 'kegelapan' agar insaf dan berubah. amin




19 comments:

  1. Alhamdulillah!!!
    Allah swt sentiasa memberi hidayah pd sesiapa saja yg dikehendakiNYA.. ;)
    Happy weekend dear & TC!! ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. ada jugak niat mereka nak g umrah n seterusnya berubah..

    ReplyDelete
  3. betul tu Mj..harap mereka ada niat nak berubah ke arah kebaikan....tahniah kat ustaz Hanafi

    ReplyDelete
  4. syukur..bgus la diorg nk brubah, kn? ^_^

    Kak MJ~~~~~~.. sy dh dpt dh apam comel tue..semlm dpt, hehe.. thanks tau~!!! ^_^ sgt comel + sdap!!

    ReplyDelete
  5. kat ipoh?bagus lah.smpai bila nk cm tu kan.

    ReplyDelete
  6. Aminn, mudah2an dimudahkan segala urusan utk berubah menjadi lelaki sejati..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. semua dorg balik dari umrah aka menjadi lelaki sejati. aminnn :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, bagus kan mcm tu :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.terbuka juga hati mereka

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..smoga dibukan pintu hatinya utk ke pangkal jalan..amin

    ReplyDelete
  11. moga mereka akan berubah menjadi insan yg terbaik disisiNYA..

    ReplyDelete
  12. syukur alhamdulillah bg mereka yg ada keiinginan utk berubah..

    ReplyDelete
  13. semoga Allah memberi hidayah untuk mereka berubah..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah...semoga cepat2 berubah sblm ke liang lahad..huhu..mcm knai jerk 2 nyah kt atas nuh..hikhik..

    ReplyDelete
  15. Harap2 maknyah2 tu terbuka hati ntuk kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. moga mereka terus diberikan hidayah olehNYA

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)