MJ akan berCUTI dari berBLOG


Kepada semua rakan yang sudi berkunjung di blog ini, adalah dimaklumkan bahawa MJ akan berhenti sementara dari berblog (bukan pergi bercuti di luar negara apatah lagi dalam negara tau) tapi demi menumpukan perhatian pada peperiksaan yang bakal berlangsung pada 30 Jan 2012 ~ 10 Feb 2012.




Blog merupakan nadi buat MJ, sehari kalau tak ngadap blog rasa macam tak lengkap je, tak taulah berjaya ke tak nak berhenti buat sementara ni. Tapi demi masa depan MJ, pengorbanan diperlukan, lagipun sekarang sudah di Tahun 3 pengajian, insyaAllah lagi setahun akan tamatlah pengajian secara PJJ nie. Alhamdulillah berjaya harungi dalam 2 tahun pengajian sebelum ni.

MJ rasa PERLU untuk sementara mengurangkan aktiviti dengan berblog ni, Nak tau SEBAB pe?? Sebabnya untuk exam akan datang ni MJ BELUM bersedia sepenuhnya, Kalau 2 tahun sebelum ni MJ leka TAPI untuk 2 tahun terakhir pengajian MJ perlu fokus. Sebelum ni semua nota disuap oleh pensyarah, tapi kali ni semua kena usaha sendiri. Rasanya sempat kot seminggu lebih ni untuk MJ memberi fokus sepenuhnya pada pelajaran sebelum peperiksaan menghampiri.





Sebenarnya, kekadang tu rasa letih sangat dalam mengharungi tanggungjawab sebagai pelajar PJJ ni tau, mana dengan komitmen dengan kerja di opis, komitmen terhadap assignment lagi, pada family, dan macam-macam lagi tapi hanya kekuatan mental dapat mengharunginya dengan sempurna, harap tidak terkandas di tengah jalan, InsyaAllah..

Dalam tempoh cuti dari berblog, hanya sesekali akan ada entry dan mungkin tak ada entry bergantung pada keadaan. Dalam tempoh tersebut juga MJ akan mengurangkan aktiviti 'blogwalking', mungkin hanya 2-3 blog sahaja akan masuk dan mungkin tiada, itu semua bergantung dengan keadaan jugak ye.

Kalau ada kengkawan yang sudi singgah dan memberi komen, segala komen hanya akan dibalas selepas 10 FEB 2012, hampir SEBULAN jugaklah blog ini akan kesunyian..huuhuhhuuu.. Jangan ada yang rindu tau, hikhikhik, tapi yang pastinya MJ akan merindui blog dan juga kawan-kawan semua..


Dan korang jangan lupa untuk VOTE MJ tau :)
Ada hadiah Wang Tunai/TOPUP



Doakan kejayaan MJ dalam mengharungi peperiksaan nanti ye kawan-kawan dan jangan lupa untuk LIKE CONTEST MJ sama ye.. :) Kalau ada rakan-rakan yang join CONTEST ni jugak boleh drop kat FB MJ link tersebut dan MJ akan bantu menyumbangkan 1 klik :)
TERIMA KASIH ye..



Salam sayang,
MJ ^_*


30 comments:

  1. gd luck maira...semoga leh jawap ngan mudah dan lulus cemerlang..amin

    ReplyDelete
  2. Salam

    Memang terbaik la..
    BTW Happy Menduduki Exam hehehe..

    ReplyDelete
  3. good luck MJ.. moga berjaya dalam peperiksaan k~

    ReplyDelete
  4. ingatkan g honeymoon kali ke2 ke hehhehe...
    ok gd luck yerr mj, moga success

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya MJ.. belajar dan contest.. :D

    ReplyDelete
  6. myra nak exam ye...ok fokus betul2 tau...kfieza doa kan agar myra sukses dlm exam tu nnti....

    ReplyDelete
  7. good luck for u MJ...jangan lupa jengah kita bila ada masa nanti ye..

    ReplyDelete
  8. ooo xpa... dulukan apa yg lbh penting... good luck mj :-)

    ReplyDelete
  9. akak doakan MJ berjaya dik
    insyaallah u can doo it ;)

    ReplyDelete
  10. Lambatnya exam Kak MJ. All the best tau sayam. Shag tak boleh undi akak lah. Kenapa eh ? Shag dah allow, tapi nak LIKE gambar tu tak boleh boleh ;'(

    ReplyDelete
  11. gud luck MJ.. semoga berjaya harungi peperiksaan

    ReplyDelete
  12. wah lamany nk tinggalkn blog...papepun, all d best for ur exam k..

    ReplyDelete
  13. ooo...tingat masa akak nora study dulu..masa nak exam..org sibuk tak tido malam...akak nora kata tido tetap tido..haha..

    apapun..gud luck ya

    ReplyDelete
  14. huhu.. gud luck MJ.. apa2 pon utamakan pelajaran dulu.. tu utk masa depan kt kan.. bla lps exam nnti blh bblog puas2...

    nnti lya vote yer.. sbb kt ofis Fb kna block.. blik rmh blh la..

    ReplyDelete
  15. oklah Myra.... good luck untuk exam ye...

    ReplyDelete
  16. gud luck kak...ezzy dah hbis exam dah...dah cuti dah pon...good luck ea... :)

    ReplyDelete
  17. Myra..good luck tau...pas exam bru jumpa naaa..ritu kalut xdan nk jmpa..

    Focus tau focus!!!

    ReplyDelete
  18. dahulukan mana yang penting ... moga berjaya hendaknya... jumpa lagi nanti tau...

    ReplyDelete
  19. mj thanks tau.. dtg jenguk jugak blog sy walaupun mj sibuk... :-)

    good luck mj!! :-)

    ReplyDelete
  20. saya baru tahu yg myra amek PJJ. ke myra pernah gtaw tapi saya lupa ea?

    good luck myra!

    ReplyDelete
  21. wah, akak study scare PJJ eh? br tau.. sy nie pun rs tough, ape ntah akak lak kn?

    xpe2, akak study & abiskn exam dlu ye... moge success dlm exam nnti.. ^_^

    Ganbatte ne, MJ-senpai~!! >_<

    ReplyDelete
  22. haa...since exam dh nk dekat ni...amatlah harus MJ fokuskan dgn buat revision. all the best zie doakan yE :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)