Bila tiba musim buah memang rasa tak sabar-sabar kan terutamanya apabila menikmati sendiri keseronokan mengait buah idaman, lepas tu menikmatinya di bawah rimbunan pepohon, wahhhh terasa betapa syahdunya hidup apatah lagi bila dikongsi bersama keluarga..heheee
Kampung MJ di Selama, Perak teringat arwah Nenek pernah berpesan jangan sesekali menebang pokok-pokok buahannya apabila dia meninggal nanti kerana dia ingin anak cucu cicit dapat merasai buah-buahan tempatan ni.
Tengoklah pohon rambutan yang lebat berbuah, geram je tengok ha, itu baru 1 pokok, ada 4-5 pokok lagi berbuah jugak..
Ada gaya seorang profesional tak dalam mengait buah rambutan?? MJ candid gambar en suami yang tengah khusyuk demi mendapatkan buah idaman :)
Tapi!!! sebelum nak sampai ke dusun buah, kami kena melepasi sesuatu, dan jika berjaya baru boleh masuk.. Wahhh tak sangka ada pengawal yang menjaga nie :) Nak tau 'sesuatu' tu apa tak??
Ha inilah iaitu Angsa bersama keluarganya, bunyi yang dikeluarkan pun dah cukup gerun tau ANG ANG ANG ANG ANG, bila kita jalan dia ikut belakang, lagi laju kita jalan laju jugak langkahnya. Kesian dengan adik bongsu MJ yang berbaju merah tu, Angsa cukup 'berkenan' dengan dia, nak tau sebab pe? Konon masa tu adik nak tunjuk berani last2 kena ligan dengan angsa 3 beranak, gelak pecah perut kami tengok ha..heheee
Tak berjaya masuk di pintu depan, adik mencuba di pintu belakang, adik tengok angsa tu pusing ke lain terus dia lari mai kat kami :) Moment masa adik kena kejar tak sempat nak rakam sebab berlaku dengan pantas, isyy rugi rugi, tidak boleh dijadikan kenangan nanti :)
Angsa ni katanya takut dengan penyapu, kalau nak jalan depan dia kena sua penyapu ha konpem angsa akan pusing ke tempat lain :)
Ok, yang kami yang kat dalam dusun ni dok sibuk mengait buah manggis, paling nikmat lepas kait terus makan, tak payah makan nasik dah kenyang ;)
Korang perasan tak apa yang ada disebalik reranting??? Cepat cepat teka.......
Yeahhh itulah jaguh kampung kembali beraksi, hehehee tengokla My Dad siap panjat pokok manggis lagi tu, almaklumlah buah semua tinggi-tinggi belaka, galah pulak tak cukup tinggi.
Aktiviti kami di bawah pokok tentulah mengutip buah manggis untuk dikumpulkan, gambar atas ni korang rasa-rasa kena tak kepala adik MJ dengan buah manggis??
Inilah di antara hasil-hasil yang berjaya dikutip, banyak kan?? Dah serupa nak meniaga ha :) Opppsss ada kasut pulak terselit disitu :)
Tengok buah rambutan macam tak banyak je kan, tak puas hati kami p ke pohon lain pulak.
Maunya tak geram kan, tengoklah betapa lebat giler buah rambutan, berkemerahan disitu :) Sedapnyer... Yang rajin dok mengait buah Moktan ni adik MJ dan en suami :) Tengoklah kat hujung sipi-sipi tu :)
Moktan kuning pun ada, tapi takler manis bolehlah nak makan, sedap jugak :) yang kuning ni tak banyak sangat kitorang ambil, banyak yang merah je.
Dan inilah hasilnya, sekotak kau buah manggis..heheee Makanlah sampai muntah :)
Dan kereta family MJ pun penuh 1 bonet dengan buah-buahan, sampai je rumah MJ dengan en suami p antaq ke rumah mertua.. Yela banyak-banyak sangat sapa nak makan, kang membazir pulak.. Masa mengait lupa diri :)
p/s : Kampung korang camne?? Banyak buah jugak tak?
salam
ReplyDeletemak datuk.. betapa sedapnya mata mmdg.. ini kan pulak mulut merasa.. terbaiklah..
Fuhhhh....geramnyer kak fieda tgk pokok rambutan tu....
ReplyDelete@Papa PUSS
ReplyDeleteHehee, yup memang terbaik bila menikmatinya ;)
@fieda
ReplyDeleteSama la kita, masa kami sampai tengok pokon cenggini geram je ;)
@diana
ReplyDeleteBoleh kak takdak masalah, tp buah manggis tinggal paras kotak je, kena cepat tau :)
lebatnya buat! nak sikit :p
ReplyDeletebyk nya rambutan lebat2 buah...ehh selama kat mne kg tu..?
ReplyDeletewah bestnya....iz xdak dusun..dulu2 umah tok ada, skrg pokok dah tua n pokok mati...zaman kecil2 dan merasa kemeriahan musim buah...skrg xdak..beli je semua.
ReplyDeletewahhhhh jeles........... kita dh lama tak balik kmpung nih...kalau balik kmpung gini la juga kekdahnye..tapi huaaaaaaaaaa nangesssss rindu nak balik kmpung
ReplyDeletesedapnye buah2 tuh..manggis is my fav..bestnye ade kg..even ade kg kat temerloh tp itu dh mcm bando..tetibe teringin nak mkn manggis..;)
ReplyDeletemeh ler hulur cni sket yg moktan kaler kunin tu..hehe
ReplyDeleteuik, tak pernah tahu pasal ni. tahun ni, ayah saya ambil rambutan sambil tebang pokok sebab nak besar kan rumah~
ReplyDeleteberkenn tgk manggis tu..sedap je tgk.
ReplyDeleteya allah! byknya rambutan..dah lama tercari rambutan yg segar..sedapnya kalo dpt makan..seplastik besar pon leh hbis ni..haihh
ReplyDeleteamboi..bikin hati gue geram ni
ReplyDeletetgk rambutan merah!kuning!manggis!durian lagi, leh wat pesta buah ni...
saya tumpang dusun jiran kat kg mertua je la ari tu, dpt la makan rambutan, puassss....durian ari tu makan kat tepi hiway karak, mahal la..sedap takpe...hehe
bestnyer der pokok sendiri... amekjerkan.. teringat kisah kecik2 dulu panjat pokok, tunggu durian jatuh... isyh rindu...
ReplyDeletewah... seronoknya tgk buah2 ni.. sy mmg suka sgt buah rambutan.. :-)
ReplyDeletekat kg saya pun.. alhamdulilah menjadi jugak cuma buah doyan je tak menjadi...hihii
nak jugak,sedapnya buah manggis
ReplyDeletebanyaknyeeeeee!!! nak jugak buah durian.. buah moktan tuh gerammm sangat tengok!! lebat sungguh!!!
ReplyDeletemak aiii MJ, memang meriah kebun/dusun arwah opah MJ nih..
ReplyDeletekakyong suka moktan kuning..
perghhh.... geram tengok buah2 rambutan yg masak ranum tu!! nak sikit! hehe
ReplyDeletebestnya MJ..banyaknya dusun...penuh bonet keta....seronok balik kg...
ReplyDeletebanyak juga sama je dengan MYRA tapi meriah lah boleh bawak byk2 kami tk dpt bawak balik kl byk2 coz keta tk muat hehe
ReplyDeleteSyoknye tengok buah buahan tu. Terliur habis. Hii salam kenal. Ada masa singgah blog saya ye...
ReplyDeletebestnya ada kmpg yg ada pokok buah..taklarat nak makan buah.jiran depan rumah nie kmpnya ada dusun, merasa gak la sy walaupun jiran.hehe..
ReplyDeletejelesnya MJ..huhu..kat sini rambutan je MJ yang berbuah..teringin nak makan manggis..kecuh naa
ReplyDeletelebatnye pokok rambutan tue.. hehe..
ReplyDeletesy lbh gemar durian & manggis.. ^_^
ya ampun...
ReplyDeleteleatnya buah2 rmbutan tu.. msti sedap ni mkn y fresh.. dulu2 msa arwah tok wan ada blh la merasa y dr pokok.. skarang xde org nk jaga...
anti dgn angsa..takut kna kjar.. hehe
wahhh kecur lidahnie nengok..semua buah2 tuh akak suko..pos sini cket mj!
ReplyDeletewaa..banyaknyer buahan2..manggis tu peberet akak tu...nyum...nyum..terleleh suda ayaq liuq..
ReplyDelete