SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.
Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.
“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.
“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.
“Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. “Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini,” katanya.
sumber: Harian Metro
Mr Jay: ni kira kes tertipu le ni. tapi ada jugak yang sanggup perabihkan duit untuk tempah no plet yang cantik sampai puluhan ribu. tak ke membazir namanya? hmm...
kecian plak kan.. kena tipu g2 ja.. kena ati2 bab membeli ni kan :)
ReplyDeleteA'ah..mmg ader je yg sggp habiskan duit semata2 nak nombor yg cantiik..huhu
ReplyDeleteAlahai! kesiannya...
ReplyDeleteBiasalah bagi yang banyak duit. Dorang mampu nak beli benda mahal. Hiks ;)
ReplyDelete@YaYaNsMuM kaya & duit terlebih gamaknya. he he
ReplyDeleteKak MJ dalim, Shag memang ingat nak p survey je kedai2 kat KL tu tapi KL kan besar dan banyak kedai. Macam tak mampu nak jejak semua. Tu yg dok tanya kot2 ada yang tahu dan pernah beli kat kedai mana2 yg murah tapi barang bagus ;)
ReplyDeletekesiannya..
ReplyDeleteyang tempah no plat tu da banyak sgt duit. xtaw nk wtpe. tu buang kat situ. hehe. maybe seronok kot dpt nombor yg disukai. nak samakan semua kereta kat rumah lg kn.
iskkk apalah main tipu2 gitu.. sungguh tak berkat duit tu.. nanti bg ank is3 mkn pulak.. jd drh daging.. isk2...
ReplyDeletebtw, camne exam...?..
ermm..
ReplyDeletesiannye la coz kne tipu..
tkut lak nk bli keta, huhu~..