tak pelik tapi tak benar.....


Korang tentu pernah dengarkan fakta  pelik tapi benar. jadi yang ni sebenarnya apa? sebenarnya saya saja je buat ni. ia berkaitan fakta yang kita mungkin pernah dengar tapi sebenarnya tak betul pun. itu hanyalah tak lebih dari  mitos, tanggapan ataupun perkara yang ditokok tambah. Nak tau, jom kita layan.....



1.  Kita hanya menggunakan 10 percent dari penggunaan otak kita
 
 Sebenarnya: SALAH

faktanya: tanggapan ini bermula pada 1998 apabila sebuah majalah di US menyatakan bahawa manusia hanya menggunakan 10 percent dari kebolehannya

akan tetapi menurut kajian yang dijalankan di bawah mesin PET scan dan FMRI menunjukkan minda manusia  kebanyakan berada dalam keadaan aktif. walaupun manusia tidak menggunakannya secara serentak tetapi semua kawasan otak digunakan untuk proses seharian. sebagai contoh, jika kita makan, kita menggunakan kawasan tertentu otak untuk melaksanakan proses ini dan pabila kita berjalan kita menggunakan bahagian lain pula untuk berjalan








2.Tembok besar cina adalah satu - satunya objek buatan manusia yang boleh dilihat dari bulan                 
 
Sebenarnya: SALAH

Faktanya: mitos mengenai tembok besar cina dapat dilihat dari bulan sebenarnya telah diketahui akan tetapi orang masih mengatakan sedemikian. malah ada yang mengatakan boleh dilihat dari angkasa. 
sebenarnya gambar yang ditangkap oleh di angkasa bukanlah imej photograph tetapi imej dari satelit. gambar yang dirakam oleh NASA menunjukkan bahawa banyak objek buatan manusia dapat dilihat termasuklah airport, highway dan empangan.

jika dikatakan melihatnya dengan mata kasar sebenarnya tiada objek yang dapat dilihat dari angkasa. menurut  angkasawan apollo 12,Alan Bean "apa yang kamu dapat lihat dari bulan hanyalah bentuk sfera yang cantik, kebanyakan putih(awan), biru( laut ) sedikit kekuningan(gurun) dan adakalanya warna hijau(tumbuhan) tiadapun objek buatan manusia yang dapat dilihat. bahkan pada jarak berapa ribu meter dari point perlepasan, tiada lagi objek buatan manusia yang dapat dilihat"








3.  Meletakkan duit syiling di landasan keretapi boleh menyebabkan keretapi tergelincir

Sebenarnya:SALAH

pergerakan keretapi yang laju menyebabkan duit syiling yang diletakkan di landasan itu leper. ianya tidak cukup untuk membuatkan keretapi tergelincir dari landasannya.
menariknya beberapa orang telah mencuba akan tetapi sebaliknya terjadi. ada yang terbunuh akibat  tak sempat keluar dari landasan ataupun digilis akibat asyik memerhatikan duit syiling tanpa mereka sedari ada keretapi menuju kearah mereka. jadi kesimpulannya jangan la kita membuat aniaya terhadap org lain. silap - silap kita pulak yang ditimpa musibah. 







4. Cuaca sejuk membuatkan kita jatuh sakit
 
 Sebenarnya: SALAH

Dalam kajian yang dibuat tentang pemindahan haba. orang yang kesejukan tidak lebih untuk jatuh sakit seperti mana orang yang tidak kesejukan. Cuma mungkin cuaca sejuk yang menyebabkan orang tinggal dirumah, dimana kuman mudah menjangkiti seseorang



16 comments:

  1. jom join GA dr sy..
    http://cahayasenyuman.blogspot.com/
    =)

    ReplyDelete
  2. suka entry ni..thanks 4 sharing..:D

    ReplyDelete
  3. sy baru tahu pasal ni..hihii.. ketinggalan tol sy..hehhe

    ReplyDelete
  4. menarik menarik...sumber ni buat sendiri ker?

    ReplyDelete
  5. waaa ilmu baru dni dapat tahu nih. nak terai letak syiling atas landasan ah nanti :D

    ReplyDelete
  6. ~IntaNBerliaN: saya pun sbenarnya xtau jugak. bila baca tentang ni br tau yg banyak yg kita sangka x brapa btul

    ReplyDelete
  7. ~FAIZ FAKHIRIN
    sumber diambil dari internet dan bahan bacaan

    ReplyDelete
  8. bagus n3 nih.. banyak jugak rupernye fakta yang saya x tau..:)

    ReplyDelete
  9. info ni :)
    lama rasanya x singgah cini.. dh abes kerr exam ?

    ReplyDelete
  10. whoaaa...
    thanks for sharing...
    info yg sgt baik..
    boleh ubah tanggapan kite..

    ReplyDelete
  11. nice entri..

    http://akutetapaku85.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. good fact u have here. good job. saya tak pernah tahu pon semua cerita ni. hee.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)