Al-Quran Penawar Segala Penyakit - Sihir dan Santau

Al Quran merupakan salah 1 rujukan terbaik jika kita ingin merawat segala penyakit, boleh dijadikan amalan selalu sebagai pendinding diri.


PERBUATAN SIHIR
Ayat 81-83 dari Surah Yunus ini boleh jadikan amalan untuk menghindar daripada perbuatan jahat sihir. Insya Allah. Baca pada minyak zaiton.

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. ( Yunus 10:81 )


"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". (
Yunus 10:82

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. ( Yunus 10:83 )


Santau
 

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan. ( Al-Furqaan 25:23




Hindar Dari Perbuatan Jahat
 
Dibaca bermula pada "InnaRabbi..." hingga akhir ayat tersebut. Jadikan amalan untuk memohon pertolongan Allah menghindarkan daripada perbuatan jahat sama ada santau, sihir, atau makhluk2 halus yang lain. Insya Allah.
 
Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu." ( Hud 11:57 )

6 comments:

  1. ermm.. btol tu.. tak yah nak pi bomoh2 bagai ni..

    -madammondoq-

    ReplyDelete
  2. betoi tu.. xyah nak g jumpe bomoh2 yg pelik2 tu..

    ReplyDelete
  3. ayat2 di atas memang berguna kalau amalkan...

    ReplyDelete
  4. skang nie kalau online kat umah mesti bukak youtube pasang ayat2 nie..takut kene lagi..;D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)