Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap
burudin mempunyai empat farsakh dan setiap
farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari
itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh
syara’. ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu). iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram. iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat. 1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين
قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib. ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat
secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan
solat Maghrib daripada solat Isya'.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram. iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu. iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua. v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’). i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua. 2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat
Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر
اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta
Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala) 2.3.2 Jama’ Ta’khir i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء
لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta
Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala) | ||||||||
Thanks 4 sharing. Leh guna pakai sebab Dilaz selalu gak outstation
ReplyDeleteterima ksaih.. deno pun kdg2 lupa dah nak buat jamak ni..
ReplyDeletenice sharing..thanks 4 sharing this ye
ReplyDeleteskrg ni byk travel luar daerah.. leh la nak jd rujukan cara yg betul.. islam ni syumul..
ReplyDeleteSalam Myra..rasanya setiap otg islam patut tahu cara2 sembhyg jamak ni..memudahkn bila kita dlm perjlnan ke destinasi yg jauh.
ReplyDeleteBiasa k.atie klu g KL mmg sembhyg jamak jer dlm perjlnan...Alhamdulilah.
thankz for sharing..
ReplyDeleteheheee
terima kasih sudi vote blog akak...kalau rajin ajaklah geng vote sekali.
ReplyDeleteselalu gak berjalan jauh..memang kena buat solat jamak
selalu buat time balik kg..
ReplyDeleteselalu jugak buat...bila perjalanan jauh...
ReplyDeletethanks kak MJ share info ni..dr dulu lg sy cuba nk fahami dan praktiskan..
ReplyDelete