Doa untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa Rogol, Bunuh dsb

Doa yang sesuai diamalkan untuk semua Muslimah, kebelakangan ni banyak kejadian yang tak diingini terjadi pada kaum WANITA khusunya kanak-kanak perempuan. Jadi marilah kita sama-sama mengamalkan DOA di bawah ni yang dikongsi dari artikel USTAZ ZAHARUDIN

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ



 DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
(Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ



DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Jika kita pandai menjaga diri, insyaAllah, Allah akan turut menjaga dan memelihara kita, jika doa ini menjadi amalan tetapi masih berpakaian seksi, doa ini tidak mampu menjaga kita.


p/s : Jom sesama turut mengundi di SINI


15 comments:

  1. sentiasa amalkan ye..sebab sekarang ni manusia ramainya berajakan nafsu di hati

    ReplyDelete
  2. thanks mj sbb sudi kongsi doa ni.. mmg patut kita semua ni amalkan doa ni...

    ReplyDelete
  3. selain dari berhati2 doa juga mujarab untuk diamalkan..

    ReplyDelete
  4. pkongsian y sgt bermakna..smoga kt smua dilindungi selalu..amin

    ReplyDelete
  5. Insya Allah akak akan print dan jadikan amalan buat kami (termasuk anak2 akak )

    ReplyDelete
  6. bagus nya perkongsian ni...

    boleh la sama2 amal kan..semoga di lindungi selalu...

    ReplyDelete
  7. Salam Myra,

    Salam kenal dari kak ani.

    Bagus diamalkan doa2 yang baik ni sebagai pendinding diri.

    ReplyDelete
  8. insyaallah..semoga dilindungi..

    ReplyDelete
  9. tq ye sbb share doa ni

    InsyaAllah..mudah mudahan

    ReplyDelete
  10. berdoa n sama2 jaga pemakaian n pergaulan kita..aamen..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)