Resepi Ayam Dendeng

Seperti di entry Wordless Wednesday baru-baru, kat sini MJ nak kongsi resepi sebagai rujukan buat MJ juga di masa akan datang. Disebabkan menu ni jugakla, kami sekeluarga makan sampai bertambah pinggan termasuklah en suami :)

Selalunya orang buat daging dendeng kan, lebih kurang je nak buat ha cuma tukar kepada ayam sebab adik MJ kan masih berpantang, ayam boleh makan dah bila dah nak dekat2 habis pantang ni ;)

Ada yang bertanya kenapa resepi ni berkuah-sebabnya kami memang masak nak bagi ada kuah, en suami kalau lauk takdak kuah tak berapa nak 'jalan', so pada yang tak nak kuah tu boleh kurangkan air.



Ni resepi semua boleh makan, dari budak sampailah ke orang tua (sebab tak berapa pedas)


Bahan-bahan:
Seekor Ayam (potong kecik2)
Segenggam Cabai Kering (blender halus)
10 ulas Bawang merah - nak banyak pun takpa (blender)
1 ulas bawang besar (blender)
1/2 inci halia-nak letak banyak pun takpa, disebabkan adik MJ masih berpantang,
MJ kurangkan sebab masih menyusu, nanti baby tak sihat.
Asam Jawa (lebih kurang segenggam)- nak letak asam keping pun boleh
Kicap manis dan Kicap pekat
Gula (Agak2 samada nak manis atau tak)
Air secukupnya (terpulang kalau nak berkuah letak air banyak)


Cara Memasak
1. Perap ayam selama 15minit dengan kicap dan gula (tumbuk2 sikit) dan kemudian goreng.
2. Tumis bahan yang diblender tadi sehingga naik minyak.
3. Masukkan asam jawa, kicap manis serta kicap pekat serta air dan biarkan mendidih.
4. Kemudian akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam adunan cabai tadi dan biarkan sehingga masak.

Senang kan? Lebih kurang je dengan nak buat daging, tak paham boleh tanya kat ruangan komen... Selamat menjamu selera :)


p/s: MJ ada tangkap gambar masa ayam perap tu dalam pendrive-tapi tertinggal kat rumah pulak, huhuuu



25 comments:

  1. sedapnya ayam dendeng yg MJ buat ni. izan tgk aje dah terliur. terus rasa nak makan nasi skrg jugak!

    ReplyDelete
  2. mmg sedap Mj...nak try nanti lgpun simple jer bhn2nya..

    ReplyDelete
  3. Ingatkan daging jer ada denden,ayam pun ada,nampak sedap,org penang mmg pandai masak :)

    ReplyDelete
  4. Hai MJ, KC first time dtg sini. Wahh adikkk .. cam best je ayam dendeng tu.

    ReplyDelete
  5. wow!!
    kalau berkuah memang menyelerakan..
    tambah pula pedas kawkaw..
    eheheee

    ReplyDelete
  6. @Izan Ishak

    Makan nasik panas2 dengan ayam dendeng ni kak memang layan abes..
    Tak sedar bertambah :)

    ReplyDelete
  7. @fieda
    Mmg senang nak buatnya, lagipun bahan pun tak banyak ;)

    ReplyDelete
  8. @Azman

    Hheee, sekarang ni macam2 menu ada, bukan takat orang Penang je pandai masak, semua negeri pun orangnya pandai masak..hehee

    ReplyDelete
  9. wahhh sedappnyeeeee...leh buat tuk daging kan?

    ReplyDelete
  10. @amiey lee

    Yup, boleh jugak kalau nak guna untuk daging ;)

    ReplyDelete
  11. Kata orang jawa kemecer tengok lauk ni

    ReplyDelete
  12. wow.. cam senang jer.. insyaAllah akan cuba juga.. hepi weekend MJ..

    ReplyDelete
  13. wah sedapnya! deno biasa makan daging dendeng je, boleh ccuba lepas nie :)

    ReplyDelete
  14. xpnh try guna ayam.. lenkali nk try gak la.. :-)

    ReplyDelete
  15. Ayam dendeng?Peliknye name..tak pernah try pon lagi.Nama pon mmg sgt pelik

    ReplyDelete
  16. assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak MJ... thanks share resepi.. 1st time try, trus jd, sedap pulak tu..hehe

    ReplyDelete
  18. Mesti sedap nie...tengok pun terliur tau...nanti nak trylah resepi nie....

    ReplyDelete
  19. wahhh rajin sungguh MJ masak, nampak sangat2 menyelerakan

    ReplyDelete
  20. Kalo letak daun kunyit sedap ke x eah???

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)