Dejavu di Kinabalu BEST!! Slot Akasia TV3

Sekarang drama ni sedang bersiaran di TV3 jam 7pm, baru bermula dengan 2 episod MJ dah tergoda dan tertarik dengan drama ni ;) Bagi MJ kalau permulaan cerita ni best, sampai pengakhiran drama ni tetap BEST.. Tahniah pada Erma Fatima atas naskhah hebat ni ;)

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibintangi oleh Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma),dan lain-lain lagi.

Sumber : SINI

Sinopsis : Sumber SINI
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. 
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. 
Ammar dan Nadira cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek bersama. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa. 
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli (Tunang Nadira).

Sesiapa yang ketinggalan menonton drama ni boleh layari di TONTON ye. Episod 2 (semalam) best sangat, so sweet especially part Bazli menyambut Anniversary dengan Nadirah.. Hmmm alahai en suami nak jugak macam tu boleh??hahhaaa.
MJ dapat merasai getaran hati Nadirah tatkala dia berhadapan dengan Ammar... Adoihhh jiwang pulak.. :)

Berbanding dengan Drama Bukan Bidadari - Cerita Dejavu ni lagi BEST... :)

Sekarang berperang hashtag antara #teamammar dengan #teambazli - Siapa pilihan korang?

p/s : Tahniah buat semua penerima insentif tunai bulan April ;)

29 comments:

  1. yui suka tgk coz ada aqasha..hihi.besh citer ni..sayu!

    ReplyDelete
  2. bestnya.. petang ni akak nak tgklah..

    ReplyDelete
  3. macam best ni... nak kne follow jugaklah... setakat ni saya br tengok gitu2 je.. tak tgk betoi2 lagi...

    ReplyDelete
  4. hehehe...kita pun layan gak...bestkan???


    h/mate cakap mcm citer korea ms thn bila ntah...

    ReplyDelete
  5. izan tertengok juga ni... tapi tak menghayati sepenuhnya lagi.

    ReplyDelete
  6. dah terlepas tak pernah tgok lg...cam best je...nak tgok lah, nak cari kt yotube episod yg terlepas.

    ReplyDelete
  7. alamak x tengok pulak..best ek..time tu biasa huda n husband bukak ch 106. nnti nak try tengok kat utube la..

    ReplyDelete
  8. jgn haraplah dpt candlelight dinner kat jambatan putrajaya mahupun jambatan pulau pinang tu hehe... anyway gud luck for exam spa nanti.

    ReplyDelete
  9. slow je nyue rs....nsb ad aqqash..suka dia....apa2 kecian bazli...xsuka begitu.....

    ReplyDelete
  10. Emm cute tgk akashah tu.. betul ke nqma hero dia lupa sudah... Hehe

    ReplyDelete
  11. alaaaa..nie yg jeles nie..xleh nak tgk..uwaaaa...;(

    ReplyDelete
  12. @nuyui a.k.a miss YUI

    Hheeee, muka TizZaqyah tu yg buat citer ni jadi sayu :)

    @Hanis Azla
    Jangan lupa tngok petang ni k ;)

    ReplyDelete
  13. @IntaNBerliaN
    Petang ni Ina cuba tengok k, tp kalau tak tengok dari awal takut tak berapa faham la kan ;)

    @pinky
    Citer Korea dulu ek? Rasa macam perasan2 jugak.. Winter Sonata ke? heheee

    ReplyDelete
  14. @Izan Ishak
    Tapi takpe kak, masih di peringkat permulaan, sempat lagi kalau nak kejar dalam tonton ;)

    @izyantyPersonalTaste
    Layan jangan tak layan Iz..hehehee

    ReplyDelete
  15. @Huda
    Myra sebab astro kat rumah kena potong so layan citer kat TV3 je la yang clear pun..hehehe

    @alanbaik
    Huhuu, sesekali berangan apalah salah kan, mana tau jadi kenyataan ke...hahahaaa ;)

    ReplyDelete
  16. @Falsya
    Nape tak leh tengok gegirl? Takpe nanti ada masa layan kat tonton k :)

    ReplyDelete
  17. alamakk.. dah 2-3 org dah kata drama ni bes dari mula2 episod lg dah bes.. tp risau ada dapur xberasap klu dah start kang..hehe

    ReplyDelete
  18. tak tengok cerita nih. nti nak try tengok la.

    ReplyDelete
  19. tak start tgk2 lagi..kena tgk ni ramai ckp best..

    ReplyDelete
  20. memang i tak folo tapiiiiii...
    thx to tonton aaaaa....
    leh catch up...

    ReplyDelete
  21. SY KALO TGK AQASHAH..LEH JATUH CINTA BERKALI2..EKEKE

    ReplyDelete
  22. sinopsis mcm best..tp tu la..kje balik mlm..kol 10 lbh baru sampai umah..mmg x de mase nk tgk slot2 kat tv ni..huhuhuh

    ReplyDelete
  23. watak tiz lasak sesuai dengan cite tu sbb suara dia macam orang 'ganaz' hehe

    ReplyDelete
  24. tengok gak, tp susah sbb balik pun dah kul 7 lbh, slalu tetinggal...

    ReplyDelete
  25. suka jugak citer nih~ bila tengok tiz lagi sukeee.. best!

    ReplyDelete
  26. macam kebanyakkan cerita jugak la. kalau ada yg dpt hati ke jantung ke daripada org tu mesti org terdekat blh rasa. eh, betul ke? psstt... tak tengok pun cerita ni. takde feel nak tgk. hehehe...

    ReplyDelete
  27. xpenah tgk lg ...

    smlm tertengok "bukan bidadari
    ", akk rasa mcm best lah... ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)