Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Entry ini adalah sebagai tanda MJ join contest yang dianjurkan oleh rakan blogger KiD

Pada bulan Ramadhan tahun ini, buat pertama kalinya MJ dan keluarga berniaga di Pasar Ramadhan (PARAM) Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kami sekeluarga termasuklah yang paling kecik turut sama berkampung di sana (jika ada kelapangan) untuk memeriahkan suasana disamping membantu melariskan jualan..heheee.

Pada tahun ini kami berniaga Air LaiciKang 13-14 jenis bahan dengan harga RM 2.50 sebekas SAHAJA :-)
Di samping itu ada juga makanan tambahan lain yang kami jual seperti Murtabak Maggi, Kuih Cara Berlauk, Apom Polka, Puding Koktel dan Puding Karamel (jika sempat). Tetapi jualan kami yang utama ialah LaiciKang :)


Jika hari bekerja, Mak dan adik lelaki MJ ke sana dulu untuk 'buka gerai' dalam pukul 4.30 petang, manakala MJ pulak lepas selesai waktu kerja ofis pukul 5.30 petang, terus zass pecut kereta gegas balik ke rumah ambil adik dan anak-anaknya dan terus ke PARAM (tukar shift) dengan Mak dan adik lelaki (sebab diorang nak p solat Asar). My hubby pun sama lepas habis kerja turut sama mai bantu di PARAM.


Inilah sebahagian bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam Laici Kang tersebut, masa ni 'packing' kat rumah sikit sebab taknak kalut bila sampai gerai (sebab ada pembeli tak sempat kami siap sepenuhnya dah order ha), dan lain-lain tu dah sampai sana baru kami 'packing' satu demi satu... :)



Walaupun berniaga pada bulan puasa, tapi kami langsung tak berasa letih, syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi kami sekeluarga kekuatan untuk kami mencari rezeki yang HALAL. Dan Solat  Tarawikh tetap p :) Tapi bila mai masa tidoq, pejam mata ja terus ghaib tak sedaq diqhi..hahahaaa 


Ha inilah peniaga yang paling kecik sekali, baru umur 4 bulan dah berkampung di PARAM.. hehee bagus ILHAN sayang, kami didik untuk menjadi cekal dan semangat berusaha untuk mencari rezeki :) Yang best Ilham ni dia duduk diam je, susu pun tak mau minum, dan dia sangat-sangatlah memahami... :-)


Dan saat paling manis yang akan dikenang ialah kami sekeluarga 'kadang-kadang' berbuka puasa beramai-ramai di situ, dan yang best bila kami para peniaga sama-sama menyedekahkan makanan (kalau yang tak habis tu) kepada peniaga-peniaga lain.Walau kami tidak pernah mengenali sebelum ini, tapi kami sudah seperti sebuah keluarga yang besar - sangat rapat dan mudah mesra.Ramadhan 2012 memberi erti mendalam buat kami untuk dikenang pada masa akan datang.

Laici Kang kami femes di PARAM
13 jenis bahan macam-macam ada
Semua yang tengok pasti rasa geram
Jadi jangan malu jomlah mencuba



Sekian entry untuk Contest Cerita Puasa Ramadhan 2012, Hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM 200.00 dan ditaja oleh shakiddo.com dan hazmanfadzil.com .


p/s : Gambar di atas adalah dengan menggunakan kamera henset 2 MP

32 comments:

  1. Belum ada pengalaman berniaga mcm ni. Ramai sungguh yg menolong. Si kecil comel pun tolong juga. Tolong doa murah rezeki ;)

    Good luck MJ

    ReplyDelete
  2. @Ummi Iman

    Terima kasih kak..

    Sememangnya ini merupakan penglaman manis kami sekeluarga ;)

    ReplyDelete
  3. oo... tokey laichi kang.. good luck yea..

    ReplyDelete
  4. Laici kang satu kak.. hik3..

    Ok sis.. gd luck.. nak join juga

    ReplyDelete
  5. wahhhh baguiihhhh lah hang myra buat biznes di baazar ramadhan, moga sukses ya

    ReplyDelete
  6. at least tambah rezeki bulan ramdhan kali nie..

    ReplyDelete
  7. gud luck MJ

    sikecik tu tolong niaga jugak ker hihihi

    ReplyDelete
  8. Rajinnya Mbak MJ, semoga berjaya bisa menang contest

    ReplyDelete
  9. Murah rezeki berniaga bulan ramadhan ni

    ReplyDelete
  10. seronok tgk ..walaupun penat, tapi rasa puas kan..:)

    ReplyDelete
  11. hehe....good luck yer..selamat berkenalan...

    ReplyDelete
  12. special laici kang ni..sampai 13 jenis bahan tu..dah tentu sedap..:)

    ReplyDelete
  13. Asslam..
    Wahh, ada buat business rupanya..

    ReplyDelete
  14. Good Luck MJ...Sis belum pernah berniaga...mesti seonok..

    ReplyDelete
  15. Good Luck MJ....teliuq tgk LKang tu..

    ReplyDelete
  16. gudluck dear :)

    lau menang boleh bagi duit raya, hehe

    ReplyDelete
  17. semoga berjaya ye Myra!manatau rezki ramadhan kan...

    ReplyDelete
  18. good luck untuk contest cerita puasa ramadhan 2012 shakiddo.

    ReplyDelete
  19. seronoknyer...
    kalau ade kat jb...for sure..atie dtg menyinggah neh...
    nampk sodap neh..

    ReplyDelete
  20. wow...mmg special ni..teringin sgt nak rasa...kenapalah jauh sgt...huhu...


    selamat maju jaya dear...

    ReplyDelete
  21. hihi..seronok baca celoteh mj ni..semoga biz maju ye..gud luck utk contest tu :)

    ReplyDelete
  22. wah bestnya... murah tu myra,,.. byk plak bhn tu.. :-)

    good luck :-)

    ReplyDelete
  23. ala..bestnye satu family dgn baby2 skali tolong kat param...

    Good luck eh.. ;)

    ReplyDelete
  24. hee..best2,nana suka entry ni,moga berjaya sis:)

    ReplyDelete
  25. gambaq cekak pinggang tu yang mahai tue.... hehehehe

    ReplyDelete
  26. seronoknya..kalau dekat dh pi cari dh ni.

    ReplyDelete
  27. baru semalam zie minum laici kang..hehe

    ReplyDelete
  28. tahniah Myra sbb menang contest :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)