Penyakit kencing tikus






Ruangan celoteh Mr Jay:

"Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi peluang untuk berpuasa dan beribadat pada bulan yang mulia, bulan yg dimalamnya terdapat lailatul qadar. malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan Ramadhan al mubarak.

Pun begitu ada yang tidak sempat meneruskan amalan pada bulan mulia ini kerana telah dijemput olehNya.  bagi saya sendiri ramai rakan taulan, jiran, serta rakan zaman persekolahan telah mengadap Ilahi. semoga roh mereka dicucuri rahmat. dan sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka dan seluruh umat islam diseluruh dunia. Al Fatihah........

seorang sahabat yang meninggal tu dia terkena penyakit kencing tikus. mungkin diantara kita yang kurang info tentang penyakit ini, jadi saya ingin berkongsi la serba sedikit. mana tahu dapat membantu kita berusaha mencegahnya. ibarat kata saidina Abu Bakar R.A kita lari dari qadar Allah kepada Qadar  Allah yg lebih baik.



Penyakit kencing tikus 

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis (juga dikenali sebagai, penyakit/sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu, demam 7-hari  merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada  spirochaete dalam genus leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, afimbia, dan reptilia.

leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis berlaku mengikut musim dan kebanyakannya berlaku sekitar bulan Ogos–September/Februari–March.

Jangkitan Leptospiral pada manusia menyebabkan sejumlah simptom, dan sesetengah mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali. Leptospirosis merupakan penyakit dwifasa (“biphasic”) yang bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, sakit kepala yang kuat). Fasa pertama sembuh, dan pesakit tanpa symptom (“asymptomatic”) sehingga fasa kedua bermula. Ini berciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Jangkitan ini sering kali salah diagnosis kerana symptom yang meluas. Ini mendorong kepada jumlah kes berdaftar yang jauh lebih rendah berbanding yang sebenarnya berlaku. Simptom leptospirosis termasuk:
  • demam tinggi
  • sakit kepala yang teruk
  •  sejuk
  • sakit otot
  • muntah-muntah
  • mungkin termasuk demam kuning
  • mata merah
  • sakit perut
  • cirit-birit
  • keradangan. 
Simptom bagi manusia hadir selepas 4–14 hari tempoh pengeraman.

komplikasi
Komplikasi termasuk meninitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggan (“renal interstitial tubular necrosis”, yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati juga masalah kardiovaskular juga mungkin berlaku.

Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis


Pencegahan
orang ramai seharusnya menjaga kawasan kebersihan kawasan terutamanya dikawasan yang berpotensi menyebarkan penyakit ini seperti pusat rekreasi manakala bagi pengusaha kedai makan, mereka juga harus memastikan kedai mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan orang ramai juga diminta memilih hanya kedai makan yang bersih. Selain itu, Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Doxycycline boleh digunakan bagi menghalang jangkitan bagi pengembara ke kawasan berisiko tinggi


22 comments:

  1. bahaya nie...thanks info mj...ada entry untuk mj..

    ReplyDelete
  2. Rakan seperjuangan akak pon ada yg meninggal dnia awal thn ni..
    Suspek kena kencing tikus ni lah..
    Dia blk dr mandi sungai trus demam x kebah..
    Al-fatihah bt arwah..

    ReplyDelete
  3. eiii, takut!smoga kita dijauhkn drpd penyakit yg tidak2 nieh...

    ReplyDelete
  4. takut la..bahaya penyakit ni..

    ReplyDelete
  5. Semoge dijauhkan la dari kite2 semua terkene penyakit ni.. Amiiinn... Risau bace.. huhu

    ReplyDelete
  6. kawasan air terjun pun berpotensi besar ada penyakit ni kalau tak silap

    ReplyDelete
  7. semoga tabah la bagi ang dilanda musibah. penyakit kencing tikus ni mmg bahaya.

    ReplyDelete
  8. thanks for info..mmg sblm ni bnyk dngr kes org terkena bencana kencing tikus ni.huh.
    al fatihah buat yg tlh pergi,kita pn akn mnyusul mereka nanti :(

    ReplyDelete
  9. nice info.. sama2 kita take care pasal penyakit ni...

    ReplyDelete
  10. memang bahaya penyakit kencing tikus.. ada yang boleh membawa maut jika antibody tidak kuat..

    Nice sharing here sweety

    ReplyDelete
  11. tq myra coz share info ni, mang kene amik tau, sbb bahaya.

    ReplyDelete
  12. bagus infonie mj..takutlah siapa kena selalunya tak hidupkan?

    ReplyDelete
  13. takut penyakit ni...bahaya...thanks sharing MJ

    ReplyDelete
  14. bahaya betul kencing tikus ni...

    ReplyDelete
  15. Innalillahiwannailahirajiun..

    bahaya kencing tikus ni..

    tq for info Mr J

    ReplyDelete
  16. Good info MJ..M mmg risau sangat bila dok dengaq akhir2 ni banyak yang meninggal sebab kencing tikus ni..

    ReplyDelete
  17. bapa sauara say meninggal hari ini disebabkan penyakit ini....sangat sedih.semoga kami sekeluarga dilindungi dari penyakit ini.Ya Allah minta dijauhkan dari semua ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)