Entry ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri dan MAAF ianya agak panjang.
MJ dah beberapa kali membeli barangan secara online, setakat ni alhamdulillah tiada masalah, pihak penjual pos barang yang dikehendaki tepat pada masa yang dijanjikan. Jadi kita pun seronok nak membeli dan akan teruskan belian di masa akan datang, betul tak?
Sebelum ni kecoh hal ZALORA dan LAZADA apabila barang yang dipesan senyap dan sepi begitu sahaja. MJ pun bila baca pengalaman kawan-kawan yang 'terkena' saja gatai tangan cuba order online dengan salah 1 pihak tersebut, dan MJ memilih term COD, maksudnya barang sampai baru bayar senang at least tak lah geram atau terasa ditipu.
Dan ternyata sehingga saat ni, rasanya dah hampir 2 bulan kot, barang yang dipesan langsung tak nampak batang hidung, apatah lagi pihak diorang nak email atau telefon, hmmmm malas nak bising lagipun belum bayar kan, so let it go dan ternyata betul apa yang orang perkatakan sebelum ini.. TITIK!!
Ok lain cerita baru-baru ni MJ ada membeli secara online thru FB, tertarik dengan barangan yang dijual selepas classmate MJ ada beli dan HIGHLY RECOMENDED, jadi MJ pun pilih punya pilih dan buat keputusan untuk membeli dan membayar pada hari SELASA (9 Sept 2012), penjual memaklumkan akan pos pada hari Khamis (11 Sept 2012) dan siap beri Tracking No pada MJ. MJ pun setuju dengan perkara ini.
Bila pos hari khamis dan oleh kerana MJ tinggal dalam kawasan bandar (1 hari tempoh penghantaran), maksudnya barang akan sampai pada hari Jumaat, tapi malangnya tak sampai, ok takpa tunggu hari Sabtu la tengok macam mana. (Untuk sedapkan hati)
Check dengan pejabat pos tempat MJ dan bagi tracking no, pihak pos cakap No tu tak wujud dan maksudnya belum pos lagi. Jadi MJ PM penjual tersebut untuk bertanya inginkan kepastian betul ke dah pos dan dia maklumkan bahawa barang MJ MEMANG DAH POS PADA HARI KHAMIS, dan memberitahu kebelakangan ni banyak barang customer dia sampai lewat lebih kurang seminggu sebab musim hujan, dan sistem pos down.
Dan bila tanya adakah betul Tracking No tu-yela takut silap ke apa kan - terus SENYAP tiada jawapan. Pihak POS memberitahu MJ sekiranya barang tersebut sudah dipos, automatik tempat penghantaran akan scan No Tracking tu dan direkod dalam sistem mereka tapi bila di check tak ada.
Isnin lepas (15 Sept 2012) MJ tunggu lagi barang tersebut tetapi tetap juga tak sampai, MJ PM sekali lagi penjual dan bertanya soalan yang sama, tapi tak berjawab dan MJ perasan di wall FB nya dia bagitau barangan yang dipesan akan sampai lewat sebabnya musim hujan sekarang ni dan mohon maaf tak sempat nak reply komen di Inbox sebab terlalu banyak.
Maaf, dah cuba untuk rotate tapi masih tak menjadi,
kalau korang perasan ada nampak tarikh pada 13 Oct 2012.
Kualiti gambar agak kurang jelas sebab menggunakan enset.
Dan pada hari Selasa (16 Sept 2012) barang tersebut baru sampai di Pejabat Pos tempat MJ dan bila tengok di resit tarikh penghantaran/pembayaran dibuat adalah pada hari SABTU (13 Sept 2012) jam 4.50 petang, lagi 10minit pejabat pos nak tutup memang konpem la barang MJ akan diproses pada Isnin. Dan kalau betullah masa tu barang yang dihantar, pada MJ mana ada sampai lewat pun, normal lah proses hari Isnin dan hari berikutnya MJ boleh dapat. (Sedangkan MJ juga ada pos barang kepada blogger Ina pada hari KHAMIS dan hari Jumaat tu Ina maklumkan barang dah sampai)
MJ tak kisah kalau dia nak pos lambat pun (asalkan dia bagitahu la kan) tak lah kita ni tertunggu-tunggu, takut la kot-kot barang tu hilang ke atau apa ke kan. kalau barang harga RM12.00 MJ ok lagi, tapi kalau melibatkan ratusan ringgit siapa tak risau kan.
Lepas kejadian tu MJ memang beringat la dan TAK AKAN berurusan lagi dengannya, maaf cakap tapi kalau kita berniaga secara ikhlas customer akan berpuas hati dan akan teruskan belian pada masa akan datang, berterus terang itu lebih baik dan tak perlu menyalahkan pihak lain yang nantinya diri sendiri yang susah.
p/s: MJ akui kekadang kita semua ada kekhilafan, harap perkara ini tidak berlaku pada MJ juga.
Salam sis Mj...
ReplyDeleteDengan pantas TA membalas kunjungan sis takut berhutang kunjungan pualak...ahaks...
TA doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar sisMJ....
Terima kasih sis....
MJ beli ape tu? kat FB skrg mmg byk iklan berbayar, yg mana boleh percaya pun tak tahu...mcm2 risiko beli online ni...sy setakat ni pernah dpt brg tak sama mcm yg diiklankan..geram.
ReplyDeleteyang penting jgn la tipu customer kan
ReplyDeletenk sedapkan ati ckp da pos padahal blom gerak2 lg brg nye
mcm customer bodoh xbleh nk check
betul tu.. MJ.. kadang2 kita tak jangka gak.. dok tunggu yang esok sure sampai.. tapi hampehhh.. tunggu je.. pernah terjadi.. dulu kad kawin adik.. kakak nani pos dari KL.. pos laju.. di jamin sampai esok.. tapiiiiii sampai ke susah seminggu baru sampai.. kadang2 tu mmg cepat..
ReplyDeleteitu la takut nk bli brg online bila dgr mcm2 hal gini
ReplyDeleteSalam Myra..Alhamdulillah,customer k.atie blm ada lg yg komen lg ttg kelewatan/apa2 saje.Semoga urusan k.atie sentiasa dipermudahkn oleh Allah.Aminn
ReplyDeleteK.atie pon camtu gak..klu rasanya xsempat nk g pos pd hari yg dijanjiukn ..k.atie akan pm/msj kat customer ttg kelewatan trsebut.
Dlm biz kita kena jujur...customer NUMBER ONE!(^_^)
Terima kasih kpd kesemua customer k.atie!hihi
kene hati2 bile beli online
ReplyDeleteKA pernah beli juga di online, seb baik semuanyer ok je
ReplyDeletesetuju, kalau mmg belum pos, cakap saja belum pos, kita pun faham mungkin dia ada kesibukkan lain. Ni bila dia cakap dah pos, tp sebenarnya pos lambat, sesuatu yang susah nak terima, dah kira ada sikit putar belit dan menipu di situ.
ReplyDeleteJarang beli brg online akak ni, kadang2 je...
pernah beli 2 kali brg secara on9, pertama maxi dress, ke2 brg make up..so far kedua2nya ok. Tp kdg2 takut jgk, sblm nak beli on9, pasti akan check btl2 online seller tue..
ReplyDeleteHmm..risau gak kan bila jadi mcm ni..itulah pasalnye cma klu nk shopping on9,cma akan buat dgn regular seller je..
ReplyDeleteKlu cma pun cma serik!apela salahnye bg tau terus terang barang blm pos dan akan dipos pada hari sekian2..xdela kita ni tertunggu2..
setakat nie beli brg online alhamdulilah ok lagi. beli brg ratusan kalau xdpt memang risau n terkilan. sib baik dpt gak, ckp je lah nak pos lambat kan....
ReplyDeleteperkara² mcm ni lah yang memberi nama buruk kepada penjual online yang serius. kesian sebab orang jadi lebih berhati-hari dan kurang yakin.
ReplyDeletepernah beli online dan tiada masalah.
alhamdulillah...
ReplyDeleteso far KB belum ada pengalaman macam ni lagi. tapi tula..tak patut meniaga camtu. at least bgtau la kalau ada kelewatan. tak baik menabur janji..
Setakat ni, urusan pembelian online saya semuanya okay. Alhamdulillah sangat. Malah kad kawen saya dulu pun order online. Sebab takde masa nak pegi pilih kat kedai. Biasanya saya beli felt utk kraftangan, pastu detox patch untuk bisnes. Semuanya okay. Baju pun dulu2 ada beli jugak tshirt muslimah Aqeela. Semuanya okay. MJ taknak kongsi ke nama peniaga yang leceh tu? Kot2 boleh la saya berhati2 kalau saya nak belu dgn dia nanti.
ReplyDeletetak pernah beli online..tapi byk jugak dgr kes brg tak sampai...huhu..
ReplyDeletesemoga MJ dan kita semua lebih berhati2 lepas ni...amek iktibar dari citer MJ ni...
setakat ni blum lg ader masalah beli online.. cuma akak yg risau lebih sbb suka wat pindahan wang melalui talian, mana le tau wang tak masuk dlm akaun, gara2 malas nak g bank...
ReplyDeletebeli online mmg kene hati2.. tp kdg2 kene ingat gak peniaga online ni bukan full time.. tp sebab die tipu cust ckp nk pos kan.. kalau xboleh pos at least ckp la xsempat or busy still acceptable..
ReplyDeleteso far belian online sy cuma percaya melalui groupon or dealmates.tp pd ms yg sm mengingatkan diri agr jgn boros..
ReplyDeletesabar ye MJ..
@TiranaAduka
ReplyDeleteInsyaAllah aminnn :) Semoga ukhwah berkekalan ye :)
sbb cmnila cutomer tak percaya pada kt kan.. at least kalau lmbt inform awal2.. walau byk cust tp dah buat org tak puas hati,len jdnya nanti...
ReplyDelete@Aisy Nasiha
ReplyDeleteIni bukan iklan berbayar tp 1 produk kesihatan, member MJ dah beli dan ok dan dia rekemen MJ beli dari dealer ni, tapi MJ terkena.. Cuma geram dia tak berterus terang
@SyaNa
ReplyDeleteBetul tu kan kak, MJ tak kisah dia pos lewat sekalipun, tapi tolonglah jangan berjanji, ni dah rasa macam terkena walaupun barang tu dah sampai
pernah beli on9 dan alhamdulillah xpenah kena mcm tu lg n hope xkan kena mcm tu..klu nk meniaga biar jujur baru berkat rezeki tu
ReplyDeletekesabaran amat diperlukan semasa urusniaga online ni..saya dah pernah kena...ditipu semasa membeli barang....lebih elok membeli seca COD...
ReplyDelete@JaSSNaNi
ReplyDeleteKalau memang betul sistem pos ada masalah boleh terima lagi, tapi masalahnya penjual janji barang dah pos padahal belum pos. Tu yg geram :D
cuba myra buat laporan pada pihak berkenaan....
ReplyDelete@♥♥azatiesayang ♥♥
ReplyDeleteYe setuju, customer diutamkan, bila orang percaya baru bisnes kita maju.
Kalau nak tipu puna agak2 la.. Apa salahnya bagitau lambat pos, takda la kita tertunggu2 kan. Ni tak, bagitau dah pos tapi sebab hujan dan banjir barang sampai lambat. Apa punya bisnes la macam tu. Tapi nasib la barang MJ tu sampai jugakkan.
ReplyDeletesetakat nih kalo beli brg online ok la...
ReplyDeletesetakat ni tak penah lagi la brg tak sampai... tp kene berjaga2 jugak lah bak kate myra tu..
ReplyDeletesetakat ni cik mai belum lagi kena yang terlewat penghantaran cam myra kena..tapi kalau kena memang tak kan berurusan lagi ngan penjual tersebut..hehe....
ReplyDeletep/s - myra beli apa tue?...
sebab tu tak berani nak beli barang ratusan tu.. kalau zie tak kisah sangat bila dia pos.. tapi mesti tepatlah waktu kita tanya cakapkanlah bila tarikh dan waktunya...
ReplyDeleteSetakat nie, takde alami masalah kelewatan barang dihantar ke apa. Nasib baik. Tapi, masih perlu berhati2 bila membeli secara online nie.
ReplyDeleteNurul jarang beli brg online.. takut kena tipu..
ReplyDeletekerana nila setitik, rosak susu sebelanga... isk isk, kompeni besar pon sanggup tipu customer yerk...
ReplyDeletekenalah jaga customer untuk berkat berniaga kan...
M pun ada juga pengalaman yg menyedihkan bila beli secara Online ni... MJ dedahkan la nama penjual dan fb dia supaya kami semua tk terkena....
ReplyDeleteSalam.. hmm betulla macam2 saya dengar tentang citer pasal ZAXXXA dan LAXXXA.. tak berani nak try.. skarang nak beli online kena hati2.. nasib baik dapat brg betul kalo tak ... dapat lesung batu ..
ReplyDeleteAduhaiii.. inilah risiko beli on9 kan~ tapi setakat nih mmg zura tak pernah kena lagi.. harap2 janganlah terkena..
ReplyDeletebetol kata Myra.. kalo betol ade masalah penghantaran, cuba terus terang dgn customer, orang mesti akan paham dan tolak ansurkan~ bila dia diam..lagi kita sakit hati kan~
lepas nih zura pon kena hati2 jugak.. thanks myra atas perkongsian pengalaman myra nih..:)
kekadang akak takut nk bl brg online ni....beli jika bkenan sgt2 n bl dgn kwn2 jer...tkt jadi hal2 mcm nilah...
ReplyDeleteyelah kan..kalau belum pos ckplah belum..orang faham..nak pos ni bukan depan pintu rumah kita..kena drive pergi...tp kalau jujur xdelah jadi kes camni kan..
ReplyDeletezalora mmg problem eh sis? apsal ada orang ok je eh..ikut nasib kot..
huhu..me setakat ni mmg dh byk pengalaman ngan online ni...maklum la biz online mesti ada jual n beli...dan penah gak kerugian beribu ringgit sbb manusia yg xbertanggungjawab...
ReplyDeletetp ingat pesan dari Inspirasi Kejayaan Magazine :
Berniaga bukanlah semata-mata bertujuan untuk mencari keuntungan, kerana di dalam perniagaan, sering sahaja mendapat kerugian. Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah, memperbesarkan serta memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah untuk mendapatkan pahala yang banyak. Justeru, di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah SWT dengan niat yang betul serta pelaksanaan yang betul.
risiko beli online tp tu lah kena try..bila dh betul2 percaya pd satu2 penjual tu blh la terus kan membeli ye dak..
ReplyDeletekfieza pun lau cust bank in je duit hrini..esok konfem2 kna pos jgk wlau mcm mana pun..tkut nti cust dh tk percaya kan kita..
tu la kan kadang geram...ader jer alasan bagi padahal belum pos lagik....penah sekali beli tudung lewat sampai sebulan sakit hati...last malas nak beli online...tapi kadang terjebak jugak...hehe
ReplyDeletepelik2 je la.. susah jugak bisnis online ni ye.. yang tak menahan tu, zalora tu pun sama?? wah..
ReplyDeletecukup x suka beli brg on9...bkan stakat ssah nk percaya...tp tkut x puas hati je..tmbah2 kalau pkaian..
ReplyDeletep/s saya konfius dgn tarikh 2...tersilap bulan ke?
Zalora tu..rasanya sbb byk sgt customer smpai tak terjaga. yelah dh iklan besar2an.
ReplyDeleteSaya pun biz online, so far takde prob sbb mmg inform customer tiap kali pos. Lgpun customer saya tak ramai mana tiap kali tu..sng urus.
assalam MJ...acik pun ada jugak beli barang online..ni pun tengah berdebar2 menunggu barang yang dipesan belum sampai..cerita MJ ni buatkan acik akan berhati hati
ReplyDeletenk sedapkan hati kita je tu ckp barang dh pos padehal belum lg.. ish2x..
ReplyDeletezalora pon mcm tu ke myra? hmm yang FB tu pulak byk kes dah dengar skrg, mmg tak lama lah bisnes diorg kalau mcm tu caranya
ReplyDeletebyk kali jugak buat urusan online. alhamdulillah... setakat ni okay2 je lagi.
ReplyDeleteha..pesanan MJ yg last tu best..klu diri sndrik slh akui jela..jgn slhkan org len..cutomer pon paham.customer kenala jg kan.hihi ^^
ReplyDeletekisah zalora tu dah byk yg komplen kan... cam izan ni mmg jaraaang sangat beli on9. lebih puashati beli brg yg boleh dibelek2...
ReplyDeletemyra beli apa n dgn sape... apa lah kan.. terus terang je lah...
ReplyDeletetu yg hubby sy xsk sgt sy beli brg on9 ni...
1st time beli online..pemanggang ajaib dgn kak atie..alhamdulillah..
ReplyDeletebaucer mng hri tu pon blom guna..tkut mcm ni la..
cr memang tak pernah beli secara online...hubby tak kasi...takut kena tipu..
ReplyDeletesuami kak fieda mmg marah beli brg on9..tp kdg bini ni degil..pantang tgk ape yg berkenan mesti nk..
ReplyDelete