Cute Teddy Bear POWER BANK 3rd Batch

Sebelum ni MJ jual Power Bank Hitam 13800mAh dengan Portable Pelbagai Warna 11800mAh, barang ready stok, jika harini tempah esok boleh dapat insyaAllah.
Dan kali ni mai dalam bentuk baru pulak, lebih comel dan girlish.. :)



Fungsi masih tetap sama dan harga juga sama RM 85 termasuk pos cuma kapasiti kecik iaitu 5000mAh sahaja, mungkin sebab bentuk nya yang Kiut Miut tu saja bezanya.. :) Boleh tahan dalam 1-2 hari.


Berminat boleh roger MJ, alhamdulillah permintaan sangat-sangat memberangsangkan dan semua pelanggan berpuas hati. Korang tak perlu risau dalam tempoh 3 hari jika ada masalah barang boleh tukar dan kalau rosak ada Warranty selama 6 bulan.

Korang boleh order melalui email normj1001@hotmail.com, cuma hari Jumaat hingga Ahad jika ada order, hari Isnin baru boleh bagi barang.


**Ada yang bertanya fungsi Power Bank ni, ianya dapat digunakan untuk mengecas sebarang jenis henset atau smartphone dan boleh dibawa kemana-kemana tanpa risau kehabisan bateri ;)


Walimatul Urus di Kelantan

InsyaAllah jika tiada aral hujung minggu ni MJ sekeluarga bersama keluarga mertua dan sedara mara yang lain akan ke Kelantan. Tujuan kami baik iaitu ingin menyunting bunga mekar di sana seterusnya Majlis bersanding, InsyaAllah. Majlis pertunangan telah diadakan pada Dis tahun lepas, kalau nak tengok klik SINI ye ;)

Majlis nikah akan diadakan pada malam esok (Jumaat - 30/11/2012) dan kami akan bertolak dari Penang pada pagi Jumaat (30/11/2012), doakan perjalanan kami selamat dan dipermudahkan urusan ye.


Tahniah buat mereka berdua, dan kepada pengantin perempuan selamat menjadi ahli keluarga baru pada mertua MJ ye :)


p/s : Pada orang KB, kalau nak join rombongan bagitau ye... hehee ;)


Berjumpa rakan blogger Penang ;)

Jumaat lepas MJ dan asben berjumpa dengan rakan blogger, tapi timbul kekesalan dalam diri sebab tak angkut kamera sekali.. huhuuu... Memang dah lama dok 'aim' nak belajar ilmu DSLR dengan beliau, tapi entah dimana silapnya boleh 'terlupa'.. huhuuu. Blogger dan Kamera mana boleh terpisah, so jiwa MJ terpisah sebelum tu.


Tapi bila dapat berjumpa dengan beliau, terus hilang rasa sedih timbul rasa happy, seyes walau baru bersua muka pertama kali kitorang cepat mesra :)



Jom kita berkenalan dengan 'beliau' yang dimaksudkan :)








***









***















Tadaaaa, beliau yang dimaksudkan ialah blogger peramah Kak Gieyana :)




Kitorang dating kat tempat peberet kak Gie iaitu Char Koaw Teow Sungai 2.

MJ sangat-sangat meminati hasil 'tangkapan' dari kak Gie, memang mengujakan dan sangat cantik awesome :) Terpegun melihat hasilnya, dan malam tu jugak terus belajar basic.. Tapi masa sangatlah mencemburui kami untuk terus berborak, mujur asben kak Gie dengan my asben mesra berbual, tak lah diorang boring tunggu kami..hehee :)


Tujuan kami berjumpa malam tu adalah sebab kak Gie nak bagi hadiah ni,hasil menang contest kat blog kak Gie aritu,  terima kasih ye kak, Myra suka sesangat, dah le tu banyak pulak... Memang teruja la.. Cuma Myra je segan tak bawak apa2 sangat untuk Kak Gie... huhuu.

Terjatuh chenta dengan perfume Cherry Blossom ni, sebelum ni suka dengan Oceanus.. Perfume pulak teringat zaman study dulu, lumur losen 1 badan..hikhikhik :)




p/s : MJ akan buat stock Clearance beberapa barangan AVON dalam masa terdekat ni, ada yang berminat tak?



Power Bank 2nd Batch - More Colourfull

MAAF KEHABISAN STOK

Alhamdulillah permintaan untuk Power Bank memberangsangkan, MJ pun dah 2kali repeat order bagi memnuhi permintaan pelanggan selain mempelbagaikan jenis dan bentuk Power Bank.



MJ masih lagi buka order untuk 1st Batch 13800mAh yang lepas, tapi maaf harga promosi telah tamat jadi harga akan kembali ke asal iaitu RM110 termasuk pos.




Dan ni koleksi terbaru 2nd Batch, dengan warna menggoda yang terang, memang comel dan kiut dan harga murah sikit dari 1st Batch dengan kuasa 11800mAh RM 95 termasuk pos.


Berminat boleh roger MJ di email normj1001@hotmail.com



Akhirnya berjaya juga merembat.. ("~")

Macam goreng pisang panas, stok yang senantiasa cepat habis, kena cepat rembat sebelum terlambat. Dari hari Jumaat lepas lagi bila MJ terpandang kat FB, memang dok mintak supaya tak lupa bila mai hari Isnin, memang dah set tepat pukul 11am nak terus online, tak kira sebab tak nak menyesal lagi dah.. heheee :)


....Sebabnya dah berkali-kali MJ cuba nak membeli, asyik yang berkenan je abis stok, tak berkenan ada je stok sentiasa, makanya gigit jari jela..heheee :)



Pertama kali MJ beli dari website terkenal ni, harapnya muat lah Saiz yang MJ pilih tu.. huhuu :) Korang nak tengok ke? Takpe nanti dah sampai MJ tunjukkan la ye.. MJ pilih Dress Penny Chiffon koleksi terbaru.. Kain Chiffon ni sedap pakai kan? :D



Tak sabar nak tunggu 'barang ni' sampai, kalau ikutkan esok dah boleh sampai sebab MJ dah buat bayaran sebelum pukul 12 tgh hari kan.. Bolehla pakai untuk kenduri rumah mertua nanti, sebab temanya Maroon Kuning.. Tak dapat yang Maroon seakan-akan pun jadila, yang penting ada... Tak yah serabut dok fikir baju apa nak pakai ikut tema nanti :)


BE ke 7 ~ 2012

Tahun ni MJ jarang nak dapat BE, tapi apa yang ada terima dengan terbuka :) Di penghujung November 2012 Nuffnang menghadiahkan BE buat blog ini iaitu Astro Fear Factor.



Sekarang ada contest dari Nuffnang pasal Fear Factor ni tau, ada hadiah best yang ditawarkan, so apalagi kalau korang ada pengalaman join la tau :) Dan kalau masa korang singgah sini ada nampak iklan ni dok menari tu, jangan lupa inform, nanti MJ jejak balas k..hehee


Portable Power Bank 13800mAh untuk dijual

  • Adakah anda suka mengembara ataupun melancong tidak kira dalam ataupun luar negara? 
  • Adakah anda sering mengalami masalah kehabisan bateri handphone? Ataupun suka melayari internet pada Tablet PC sehingga menyebabkan kehabisan kuasa bateri?

Jika ya, maka anda seharusnya memiliki Power Bank kerana memudahkan jika hendak kemana-mana destinasi.
Ia juga amat sesuai bagi pengemar Gadget seperti Ipad ataupun Galaxy Tab yang gemar menghabiskan masa bermain games ataupun bersosial seperti blogging, facebook, twitter, G+1 dan sebagainya.




Spesifikasi: 
Jenis: Dual Port Universal Power Banks Battery Charger 
 ~sesuai untuk semua jenis gadget ~sesuai untuk Apple Devices (IPad, IPhone, Ipod) 
~Nokia ~Sony PSP ~Mini USB Devices ~ Micro USB devices (Samsung, HTC, Blackberry,Sony Ericsson and others) 
~Input: DC 5V-1000mA ~Output: 1)5.3V - 1000mA; 2)DC5.3V - 2100mA 
~Kapasiti: 13,800mAh ~4 Green Led Power Capacity Indicator 
~ Alluminium Casing Warranty: 6 Bulan 



Harga: RM105.00 

Kaedah penghantaran: 
COD bagi kawasan Butterworth / Seberang Jaya 
Poslaju: RM5.00 (Semenanjung)
RM 8.00 (Sabah/Sarawak)


Apa kelebihan power bank ini berbanding power bank yang lain di pasaran? 
1. Mengandungi kapasiti bateri 13800mAh berbanding produk lain dipasaran iaitu 5000mAh ataupun 12000mAh bermaksud ianya lebih tahan lama berbanding power bank yang lain.

2. Lebih murah berbanding power bank yang sama kapasiti dengannya

3. Warranty selama 5 bulan, biasanya waranty selama 1 bulan hingga 3 bulan.


Ok jika berminat boleh roger MJ ye di normj1001@hotmail.com (ready stock now 5pcs)



p/s : Tolong MJ dengan klik button G+1 ye (<<<<< Klik link tersebut)


Firas dan Kamen Rider

Habis lah bila laptop kena konker dengan Firas, dia macam biasa la buka you tube layan segala jenis kartun karmen rider la mask rider la ultraman la, ciklong nak update blog + blogwalking pun susah nak kena share sebelah menyebelah..huhuh..

Ni pun update guna enset je jadi agak terhad la..


Ehh!! Korang yang singgah jangan lupa tolong klik G+ MJ di entry contest iPhone 5 tu ye.


P/s: MJ sekarang di kampung hubby, sepupu meninggal alhamdulillah smua dah settle pagi tadi. Kesian umur baru 31 anak-anak kecik lagi. Ada 4 orang yang sulung 8tahun yang kecik 3 tahun.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hadiah buat peneka dan juga terima kasih M... ("~")

MJ nak inform yang hadiah buat Peneka tempoh hari dah selamat di pos hari ini (20112012), maaf atas kelewatan yang tak disengajakan.



Sampul putih ni adalah hadiah untuk Kawai Dysha, harap suka dengan hadiah tak seberapa ni ye dan sampul koko atas tu ialah untuk M Si MataTajam..
Terima kasih M sudi berurusniaga dengan MJ dengan membeli Pisau Non Stick Zebra dari MJ, M merupakan pembeli online pertama :)


Kalau korang nak beli boleh refer entry PISAU STEEL ZEBRA, selepas ini penghantaran hanya akan dibuat pada hari Isnin atau Selasa setiap minggu dan sebarang order atau booking boleh dibuat selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu sebelum tu.

Jika berminat boleh hubungi MJ di 0124353088.


p/s : Jangan lupa tolong MJ dengan menekan butang G+ di entry iPhone 5, terima kasih :)

Tugasan contest telah bermula (G+)

MJ telah menyertai Contest iPhone 5 dari rakan blogger kita iaitu Tuan Denaihati, cabaran contest telahpun bermula buat kesemua 85 peserta termasuklah MJ, pastinya memberi saingan yang cukup sengit.

 


Pada semua rakan blogger diharap sudi untuk membantu MJ dalam meraih sebanyak mungkin klik untuk G+, button ini penting kerana ia akan menempatkan blog MJ dalam SEO, dan kalau nak tahu kelebihan lain boleh baca di Kelebihan Google +1.


Jadi pada kawan/teman/sahabat semua, jom bantu MJ dalam meraih Gajet Impian iPhone 5 dengan klik G+ dan Share di entry SINI. Mudah-mudahan MJ berjaya dalam Tugasan pertama ini :)

Ringankan jari korang untuk tekan butang G+ seperti gambar di atas :) Terima kasih banyak-banyak ye :D InsyaAllah mungkin akan ada hadiah buat korang yang bertuah jugak..

p/s : G +1 Entry Contest iPhone 5 ye dan bukan entry ni.. TQ :)


Pisau Zebra Stainless Steel Non Stick - Ringan

MJ ada jual PISAU MAGIK ni, jadi sesiapa yang nak boleh terus roger, nak beli secara pukal dialu-alukan dan harga boleh dirunding.


Stainless Steel Non Stick ringan Brand Zebra..

Pisau ni selamat kerana ada sarung penutup dan ianya SANGAT TAJAM, kalau nak potong daging / ikan / sayur / buah / ayam dijamin tiada masalah, senang dan mudah.



Terdapat dalam 2 saiz dan pelbagai warna :

Kecil  RM 15.00
Besar RM 20.00
(Harga termasuk Pos)


Pisau ni MJ punya, dah lama guna, part nak potong daging tu syok je sebab tajam.. :)


Jadi pada sesiapa yang nak membeli boleh roger MJ di 012-4353088 (whatsapp) atau email normj1001@hotmail.com

Untuk pengetahuan, MJ dah guna pisau ni lebih kurang 6bulan++, asalkan jangan sesekali guna pisau ni untuk potong bawang, konpem ketajaman akan berkurangan. 




Sekitar Cameron Valley Ringlet, Cameron Highland

S CORNER di Cameron Highland >> mesti sesiapa yang lalu dari Tanah Rata nak ke Brinchang atau KEA FARM akan lalu jalan ni kan, cerun yang membukit dan mencabar berbentuk S.


Pernah tahun lepas MJ pergi masa cuti sekolah, jalan jem giler kat sini, dengan kereta manual lagi, bayangkan keperitan kaki bermain dengan clutch, menyeksa jiwa betul.. :)


Sonok tengok Amoi ni jual buah stoberi, buah stoberi montok dan segar ha, geram rasa nak beli bawak balik, tapi memandangkan kami balik keesokan hari dan niat nak ushar kat KEA FARM je, maka hasrat dibatalkan :)


MJ sekadar jalan-jalan cuci mata, okaylah duit tak habis cuci mata je kan...huahuahua... Kede*** la tu...heheee :)

-----------------------------

Lepas Frust tak dapat ke Ladang Teh Bog Sg Palas, kami jenjalan sekitar Ringlet pulak, sebab dah lama tak jejak ke sini, berbelas tahun rasanya.. Yelah Ringlet ni menuju ke Tapah sedangkan MJ ke Cameron 3kali sebelum ni melalui Simpang Pulai, dah alang-alang sampai kita ronda sepuasnya kan.


Tergoda dengan replika cawan ni, mau kalau minum teh kenyang puas 3hari 2 malam ha (Macam pakej MJ ke Cameron ni..hehee)


Terasa nyaman dengan kehijauan bukit bukau ladang teh, cuaca segar dan tak berapa sejuk sangat masa ni


Nak turun ke bawah tapi cik M menguasai diri, maklumlah perut macam dah lapar, lepas tu pulak panas sikit, jadi bergambar dari atas je la..

Tergoda dengan lukisan ni, memang cantik sangat.. MJ tak membeli apapun kat sini, masuk cuci mata sekali lagi.



Dan sebagai tanda kenangan wajib tinggal jejak disini.

Dan sekeping lagi kat sini...heheee


Disebabkan perut pun asyik bergoyang mintak diisi je, maka kena lah penuhi hajat perut dulu kan, kalau tak boleh spoil abes mood...


Kami terjah kedai ni lah untuk lunch, nampak je WIFI Free apa lagi zasss terjah, almaklumlah kat Hotel kami tak boleh access Wifi ke bilik, kena bayar nak guna itupun setakat di Lobby je. (Sedih tau tak dapat nak online especially nak ngadap Blog dan FB)


Aiskrim Stoberi dan Stoberi MilkShake yang memang mabeles, best sangat stoberi bersepah dalam tu.. Memang puas makan, harga RM6.90 setiap satu (kalau tak silap)


Kasi zoom sikit, adehhh rasa macam nak makan lagi la pulak... Kalau makan kat Penang ni mana nak sama kan, ada pun stoberi sure ciput je kan pastu harga lak mahal...


Waffle Aiskrim, pertama kali makan pergghhhh sedap sesangat.. terasa-rasa lagi di tekak ni tau... Sama jugak harga RM 6.90, boleh la kan, tax pun tak ada kira boleh gagah la.


Kasi zoom lagi, terselit jugak buat stoberi kat situ ha ;)


Kami lunch ringan-ringan je sebab malam tu kami ber SMOCKEY BEAR (beruang Salai...heheee)


Gambar Scan Baby Irma dan suami

Sebelum ni kita dah tengok gambar IRMA masa mengandung, kali ni jom kita layan sekeping gambar baby diorang yang super cute yang dikongsi dari asben Irma di instagram miliknya :)


Sumber : MEDIA SANTAI :)


Bila tengok gambar baby, hati terus menjadi sedih, membuak-buak perasaan ingin merasai saat seperti itu, tapi entah bila, mudah-mudahan dapat merasainya pengalaman manis tersebut... Aminnnnnn ;)

Dinner at Cameron Highland - SMOCKEY BEAR Menu

Lambat bebenar nak habis update pasal percutian di Cameron minggu lepas... Alahai cik mood kembalilah segera, memang lemau sesangat ni.. Disebabkan masih mood M gambar bawah ni pun tak sempat letak watermark... huhuuuu..


Ok, gambar ni di hari kedua kami di Cameron Highland tau, kami claimed Complimentary Dinner di hari kedua untuk merasai kenikmatan SMOCKEY BEAR :-)


Malam yang dingin lagikan sejuk membalut tubuhku, masa ni dok tunggu pihak SPR (Strawberry Park Resort) menyediakan menu Dinner kami dan masa yang diambil lebih kurang 15minit macam tu la.


Dan kebetulan malam tu pihak ERT sedang buat latihan, kesian dah la cuaca sejuk + hujan pulak tu.. tapi tak mengapa demi menyelamatkan nyawa orang lain kan :)


Hujan lebat membasahi bumi Cameron Highland, dah le cuaca sejuk, memang menggeletar la ;)


Dan inilah menu Dinner yang disediakan oleh pihak SPR, pada MJ harganya tidak lah terlalu mahal, boleh la pada sesiapa nak mencuba menu SMOCKEY BEAR ni ;)


Fresh Salad yang sangat best, sayuran yang segar bugar dihidangkan sementara kami menanti makanan disiapkan ;)


SMOCKED CHICKEN BREAST pilihan en suami

SMOCKED LAMB LEG pula pilihan MJ, jarang makan LAMB ni, tapi dok fikir cuaca sejuk ni sesuai sangatlah kan makan LAMB ni, bagi panas badan balik.


Menu ni dihidangkan dengan Black Pepper Sauce, mula MJ ingat nak mintak sos sebab nampak kering kan, tapi 'malu' kami bedal je, baru dalam 2-3 suap macam tu baru diorang hantar Sos Black Pepper, bila dah tuang ke atasnya perggghhhh memang layan habis... heheee :)


Makan sampai licin, bila perut dah kenyang balik bilik apa lagi zassss tidur, almaklumlah luar sejuk dingin kan....kua kua kua.... :-)   (Tak tidur terus pun, sempat lagi layan Drama Maharku Untukmu di TV3 yang sangat best dan tangkap leleh.... heheee)


Cameron Highland : Ke Puncak Brinchang

Sambungan dari entry hari kedua kami, selepas melawat BEE FARM kami terus dengan bersemangat nak ke Ladang Teh Boh Sungai Palas sebab tak pernah lagi sampai ke sana lagi, bila dah jumpa jalannya dengan penuh rasa teruja terus mendaki. Walau jalannya penuh berliku, tapi hati bersemangat untuk tetap teruskan perjalanan.


Punya la asyik mendaki laluan berliku yang sempit tanpa sedar kami telah hampir sampai ke PUNCAK BRINCHANG, ehh mana nya Ladang TEH ni? Dah nak hampir ke puncak tapi belum juga berjumpa, asben dah mula pening-pening mual ha.. heheee (mujur isteri berjiwa kental...)



Tapi dah alang-alang tempat ni cantik, atas bukit apa lagi bergambar kenangan la, asben dalam dok tak berapa sihat tapi dipaksa oleh isteri tersayang untuk ber'posing' sebagai tanda kenangan :)


Di belakang kami tu adalah Ladang TEH kepunyaan Tokey BOH Sg Palas, memang besar dan luas ladangnya.


Mujur cuaca elok saat ni walau sang awan dah mula menunjukkan tanda-tanda mahu nangis, tapi posing tetap semangat sebab cantik sangat kawasan ni.. Tak sangka kami telah berada di atas puncak bukit...weehuuuu


Saya adalah bakal pewaris LADANG TEH ini ye kawan-kawan semua...hua hua hua.... perahsantan sekejap.
Dah puas bergambar kami turun ke bawah semula dengan hati yang kecewa sebab tak berjumpa dengan Ladang Teh Boh ni, hati meronta nak jugak mencari sampai jumpa.. huhuuu :)



Lepas tu kami ke Stoberi FARM, bukan nak memetik stoberi tapi nak meninggalkan bekas, almaklumlah cuaca sejuk kan...heheee


Terus call My Dad untuk bertanya laluan ke BOH ni secara jelas, rupanya jalan kami lalui memang dah betul cumanya kami terlajak naik ke puncak... Huwaaa patutla tak nampak-nampak rupanya salah laluan, nak ke Ladang BOH sebelah kanan tapi kami masuk ke kiri, itu yang sampai ke puncak terus tu


Disebabkan tak berpuas hati, ajak en suami sekali lagi ke sana, asalnya macam dah serik sebab nak kena tempuh laluan berliku tu sekali lagi, tapi keinginan yang membuak-buak mengatasi segalanya.

Papan ni yang kami tak perasan yang menyebabkan kami terlajak kereta ke puncak
Sumber gambar : SINI


Akhirnya kami naik sekali lagi berdasarkan direction from My Dad, bila dah sampai... huwaaaaaa kenapa TUTUP pulak pada hari ISNIN... huhuuu patutla kami tak perasan..


Selepas tu pulang dengan rasa hampa, sambil tu geram jugak kenapa kat signboard bawah tak tulis LADANG ni tutup hari Isnin, senang tak lah menyusahkan orang lain kena panjat laluan sempit tu..... Dan bila dah sampai tu  kami terus tengok papan tu semula, ehhhhh ada la dia tulis CLOSED on MONDAY.... Ok fine salah sendiri tak baca sampai habis..huhuuu :)


Untuk sedapkan hati en suami cakap takpe esok ada lagi, sebelum balik Penang kita ke sini semula, terus hati berbunga riang kembali..hehee


p/s: Nak sampai ke Puncak Brinchang tu dalam 9km, cuma 2km je nak ke Ladang BOH ni.. Patutla rasa awatlah jauh sangat ni.


2nd Day @ Cameron Highland

Kami check-in di Strawberry Park Resort tepat pukul 3petang pada hari Ahad, bertolak dari Penang lebih kurang pukul 10pagi.. Perjalanan alhamdulillah lancar cuma bila sampai KEA FARM dan BRINCHANG jalan agak sedikit sesak. Mungkin ada yang nak berangkat pulang kot kan..


Hari pertama tak ada aktiviti sangat sebab petang tu hujan selebat-lebatnya, lokoih jugak la kami laki bini tapi gigih gak nak cari Stoberi Coklat kat KEA FARM.


 Kemudian di  hari ke dua cuaca diselimuti kabus dan sejuk nyaman je terasa ;) Memang menggeletar la tapi suka saat tubuh disentuh sang kabus ;)


Pernah berangan untuk menginap di sini masa SPR menaja hadiah untuk Majlis Sepetang bersama Denaihati tempoh hari dan alhamdulillah rezeki berpihak pada MJ ;) 
Kini angan-anganku telah menjadi realiti.


Tujuan bergambar ni nak tunjuk 'bakal' menu dinner kami yang termasuk dalam pakej tu.. 
Smockey Bear (entry menyusul nanti) dan restoran belakang tu la tempat Dinner kami... :)


Menu breakfast merangkap lunch..heheee (nak jimat kos kononnya) at last tengah hari cari makan jugak :-)

Sengaja pilih mengadap kehijauan, memang betul-betul menenangkan, 
sambil makan bertemankan alam tak sedar berpinggan ha ;)

Ada 1 banglo di atas bukit ni, tak sure banglo apa, sesatunya duduk atas bukit ni..
Kalau MJ tak berani la nak duduk..heheeee penakut skit ;)



Selesai bersarapan, destinasi pertama kami tujui adalah kat tempat ni... Nak ronda tempat lain kebanyakan kedai belum dibuka lagi..
 
BEE FARM free entrance :-)

MJ tak turun pun sampai bawah - M.A.L.A.S lagipun dah penah sampai ke BEE BESAQ tu, dan kalau bawak budak-budak ke syiok sikit. Ni cuma kami berdua je :-)


Sekejap je kami lepak kat BEE FARM tu dan plan seterusnya ialah nak ke LADANG TEH BOH SG PALAS sebab MJ tak pernah jejak kaki lagi ke situ. Teringat Sis Nana cakap Sandwich kat situ sedap sesangat, jadi nak le mencuba ;)



Tapi yang lawaknya kami tak sampai pun ke situ, tapi sampai ke puncak Brinchang, dengan laluan sempit dan berliku, memang mencabar pemanduan :) Nanti la MJ update ye kisah tu :)



p/s: Pada yang bertanya dalam entry SEBELUM INI, macam mana MJ dapat hadiah percutian ni - JAWAPANNYA contest LIKE & SHARE di Facebook, memang berdasarkan tuah dan rezeki MJ terpilih, alhamdulillah ;)