Berehat dari Dunia Blog

STICKY ENTRY

Bajet macam pemes,  padahal cuma blogger biasa-biasa je...huahuahua, siap nak berehat segala konon..  :)

Apapun ni semua ada sebab, MJ akan berehat sementara dari dunia blogging untuk menumpukan pada Mid-Exam, sekarang MJ dah di Tahun Akhir, insyaAllah dalam bulan September 2013 tamatlah 4 tahun pengajian MJ secara Jarak Jauh ni.. Doakan MJ berjaya ye, walau bukan dengan WARNA TERBANG (Flying Colours, heheeee) tapi cukuplah dengan keputusan membanggakan :D




Bila tibanya kursus intensif, jadual pastinya padat dengan kelas dan juga exam, tambahan pula Tahun ni MJ kena menyiapkan tesis, fuhhh memang mencabar.. Jadi mulai minggu ni (14/1/13 - 7/2/13) MJ akan menyepi seketika, mungkin akan ada update dan mungkin takdak - sebab nak kena siapkan assignment dulu ni :D

Dan pada korang yang ada tinggalkan komen di blog MJ, jangan risau MJ akan balas jejak bila ada masa lapang k, dan pastinya akan merindui kalian :D


Oh ya MJ nak tanya pada korang di sini ada kenal tak dengan sesiapa yang mahir mengenai Statistik dan juga boleh translate dari BM ke BI..?

MJ nak upah korang tau, ni adalah sebahagian dari nak siapkan tesis - atas kelulusan Penyelia MJ ye, jangan salah faham lagipun MJ tak mahir dengan stat, takut data yang dikutip tak sama bila nak hasilkan stat ni.

Lagi 1 MJ nak cari translator, MJ buat tesis dalam BM, jadi WAJIB translate ke BI juga atas arahan penyelia, almaklumlah BI MJ cap ayam je, takmau guna Google Translate ye, faham-faham jela ayat dia 'canggih' punya makna.. heheee :D  Jadi sekiranya ada yang sudi membantu MJ boleh terus roger MJ ye di 012-4353088 :)



Rindu dengan blog, rindu dengan korang...

Fuhhhhh!!! bersawang giler blog ni, jenuh jugakla nak buang sawang-sawang ni semua.. Guna vacuum pun belum tentu dapat nak buang sampai habis.. .heheee :)

Korang ada yang rindu dengan MJ tak? MJ rindu sangat nak berceloteh dalam ni, tapi apakan daya kekangan masa yang sangat sangat sangat sangat terhad, mana dengan nak siapkan tesis lagi.. Adoyaiii sakit kpala, ni pun tuan blog dah mula selsema + batuk + sakit tekak = kombinasi pakej terbaik :D


Bila tengok komen yang perlu dibalas, perghhh berpeluh jugak nak membalas, tapi takpe pelan-pelan MJ kayuh ye, pada yang dah tinggalkan jejak tu, maaf sesangat MJ tak dapat nak balas secepat nya.. Mesti ada yang bosan singgah sini tapi takdak respon kan?... heheee :D



Risau jugak sepanjang penyepian MJ ni, sure UV blog akan jatuh menjunam, tapi alhamdulillah dapat mantain at least 350 sehari, MJ kena jaga jugak pengiklan MJ iaitu Mr Exabytes.. dah dibayar kan so kena la usaha menjaga UV.. Apapun terima kasih buat semua yang sudi singgah sini ye, MJ hargai sesangat :) Ada kesempatan masa MJ terjah balas, dan doakan MJ dapat jawab dengan tenang exam ye :)



Hadiah buat Pemenang

Kepada semua pemenang kategori SAGUHATI dan TOP 10 yang lepas,  hadiah buat korang dah siap dan diposkan pada HARI INI ye (21 Jan 2013), harap barang sampai dalam keadaan baik.


Hadiah yang diberi adalah secara random ye, setiap pemenang akan dapat hadiah yang berbeza :) Terima kasih MJ ucapkan pada korang yang telah membantu MJ ye ;)


p/s : Harini 21 Jan 2013, MJ dah mendaftar di USM dan maka bemulalah tugasan MJ sebagai pelajar sepenuh masa selama 3 minggu ni.. Segala jejak yang ditinggalkan akan di balas jika ada kesempatan waktu ye, maaf kalau lambat :)

Perhatian pada pemenang

Seperti sedia maklum, minggu depan 21hb Januari - 07hb Februari MJ akan berehat dari berblog, dan sehingga ke hari ini MJ masih menanti beberapa pemenang yang masih belum memberikan maklumat seperti yang diminta iaitu untuk Top 10 dan juga Kategori SAGUHATI.


Tolong ye maklumkan segera sebab MJ nak pos hadiah korang semua sebelum MJ bercuti... Taknak tangguh-tangguh, kesian pada yang dah bagi details terpaksa menunggu ye. Luv U all... :D

Menang 2nd Prize - Hadiah Anniversary

Syukur tak terhingga, walau tak dapat hadiah utama dapat tempat kedua pun dah bersyukur sesangat.. Rezeki sempena Ulangtahun pernikahan kami yang ketiga.. :)



Romantic Surprise Contest di Facebook ni mengkehendaki kita memberikan sebab mengapa anda ingin NCN membantu anda untuk memberikan kejutan kepada pasangan tersayang anda, tidak kurang daripada 30 patah perkataan kepada setiap penyertaan.

Dan alhamdulillah sebab MJ diterima dan mendapat tempat di hati mereka untuk memenangi 6ft Divan Bed Frame... Alhamdulillah Ya Allah, memang kami berhajat nak beli katil baru, dan ternyata doa kami dimakbulkan..


p/s : Kemenangan kedua di tahun 2013


Khas buat Top 10

Sebagai menghargai korang yang tak dapat POWER BANK tu, MJ nak bagi cenderahati sikit pada korang, hadiah tak seberapa tapi ini sebagai penghargaan atas bantuan korang.


1.  Wanieys a.k.a IbuQalief
2.  Cik Tom
3.  Syah
5.  Diana
6.  Sya Isya
7.  Miza Yusof
9.  Syuhada Salleh
10.  Azi Azidah


Sila tinggalkan nama, alamat dan no telefon di normj1001@hotmail.com

Pemenang Power Bank ialah...

Mesti ramai yang ternanti-nanti keputusan utama ni kan, sama jugak macam MJ ternanti-nanti maklumat dari beberapa pemenang kategori SAGUHATI.

MJ nak pos barang pun jadi tersangkut ha.. Setakat ni baru dapat dari Kak Diana, Kak Yati dan Wanieys.  Ada yang MJ dah inform di ruangan komen tapi masih belum bagi feedback, tak sudi kot..

Takpa MJ tunggu sehingga Ahad ni (13/1/12) jika tiada maklumbalas juga MJ beri pada yang lain ok.





MJ menggunakan cara cabutan bertuah ye, peluang adalah sama banyak buat kesemua, dan PEMENANG UTAMA yang akan memenangi POWER BANK seperti di atas ini menjadi milik......








***










***











***











***










***








No.10 iaitu

















Tahniah ye Umie, rezeki pengantin baru ha, oh ya Selamat Pengantin Baru, moga jodoh berkekalan ke Jannah :) jangan lupa tuntut hadiah ni lepas kembali dari cuti ye... (Kami akan berkongsi tarikh Anniversary yang sama lepas ni)

Hadiah Anniversary yang ke-3 tahun

~Sambungan dari entry Wordless Wordnesday~
Kami memang dah lama mengidam nak beli dan miliki, tapi apakan daya faktor kewangan menjadi penghalang. Selepas hampir setahun kami miliki kamera Nikon D90 dari Denaihati, nak juga pembaharuan agar mendapatkan hasil yang 'awesome' kononnya walaupun tak pakar..hehee :)


Bila dapat yang baru yang lama dilupakan, eh tidak yang lama tetap disimpan rapi, akan tetap digunakan untuk masa2 tertentu sebab dah hampir setahun setia dengan kami :)



Tadaaaa......... Inilah hadiah Anniversary kami yang ke 3 iaitu
 'Nikkor Lens 50mm f/1.8d'

Ye tau orang lain dah lama pakai dan guna, tapi kami je baru nak merangkak, takpa tak kisah asalkan kami berjaya juga miliki. :)



Dapat juga kami miliki hasil dari perniagaan kecil-kecilan yang kami buat iaitu menjual Power Bank + tabungan sikit, maka dapat la Lens idaman ni.



Gaya dah ada, lepas ni boleh la shoot dan terus shoot sambil memperbaiki teknik ye mr hubby.. Banyak yang MJ nak kena belajar lagi ni, dan sememangnya bukan mudah.. :)


p/s : Kami beli 'hadiah ni' in advance, awal beberapa hari je dari tarikh ulangtahun kami, kira aci la kan..hehee.

10 Januari 2013 ~ Happy 3rd Anniversary

Harini 10.01.13 adalah merupakan tarikh yang sangat istimewa iaitu ulangtahun pernikahan kami yang ketiga, serasa cepatnya masa berlalu rupanya dah 3 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama. Syukur Alhamdulillah... :D


Kek Oreo Cheezy Heaven

Semoga jodoh kami berpanjangan dan diredhai Allah, insyaAllah mudah mudahan.. Luv U my darling... mmuaaahhh :-)


Entry penuh menyusul nanti ye, gambar belum sempat nak resize .. :)

Program Realiti 'Bintang Mencari Bintang' di TV3

TV3 akan menerbitkan program realiti terbaru iaitu 'Bintang mencari Bintang' yang bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang sketsa komedi yang tidak mempunyai persamaan dengan program komedi kini.

Menurut Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan bahawa rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.
"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.


Suffian ditemui ketika majlis pelancaran program itu dan memperkenalkan barisan para artis yang akan membimbing peserta dalam program tersebut di sini pada Selasa.

 Gambar : SINI

Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Ditanya mengenai pemilihan sifu, Suffian menjelaskan ia dibuat berdasarkan kualiti dan pengalaman luas mereka dalam kedua-dua bidang tersebut.

 Gambar : SINI

"Peranan mereka adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta berkaitan bidang seni persembahan, sketsa komedi, nyanyian dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur," ujarnya.
Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

 Gambar : SINI

Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.

Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:
1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.
2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.
3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.
4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.
5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru
6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Sumber : mStar Online

 Kalau sesiapa berminat boleh la hadir ke ujibakat seperti tarikh di atas ye.. :)

WW ~ Hadiah Anniversary

Hadiah untuk Anniversary kami yang ke-3 



Cerita penuh selepas ini.. :) kekonon cam saspen sikit.. :)
 

Hadiah dan 'Cash' yang dimenangi

Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang diberi, moga tahun 2013 MJ akan terus dimurahkan rezeki insyaAllah.

MJ nak update hadiah dan cash yang dimenangi / akan dimenangi sebagai kenangan dalam blog, hasil dari berblog dan FB siapa sangka kan? :D


 1.  Tersenarai dalam Top Link Referrer untuk bulan Nov 2012 dan dapat tunai RM105.22 dari Denaihati.com



2. Menang barangan IKEA bernilai RM10.00 dari kak Sha dan MJ memilih Tupperware dari IKEA.




3. Menang Pearl Flower Half Moon Shawl yang bernilai RM59 dari butik The Celove (FB)


4.  Hanya dengan mengomen dan alhamdulillah terpilih dan menerima RM10, terima kasih kak Ina :)



5. Seprise Gift dari sis Nad a.k.a MamaZn sebab MJ antara pengomen tegar di blog nya :) TQ Sis, soooo kiut :D


6. Tersenarai sebagai salah seorang Top Komen di blog Kak Haryati Faizal ;)



Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat rezeki yang diberi, moga tahun 2013 akan terus dimurahkan rezeki :)


p/s : Setelah 5 tahun berkhidmat, tahun 2013 MJ dinaikkan pangkat ke 1 level lagi, alhamdulillah syukur.

Dah lama tak makan :)

Buah Ngaku ataupun Arrowhead hanya boleh dapat bila tiba musim perayaan Cina, sama macam nak makan Prosperity Beger cuma setahun sekali je :)


Sekarang ni buah besar-besar lagi, senang nak sagat, lepas ni dah ramai beli buah pun akan tinggai kecik comel je :)



Jadilah dalam tempoh sejam dapat sebekas ni, boleh la sambil tengok TV sambil 'ngap', pergghh memang sedap rapuh rangup secukup rasa :)

Korang selalu masak pe ngaku ni selain dari goreng? Pernah dengar masak sup dan katanya sedap :)


Bakal Pemenang Teddy Bear - Power Bank

Yang mana mengundi MJ lebih dari sekali layak untuk termasuk dalam senarai bakal pemenang bertuah Power Bank tersebut, ini adalah sebagai menghargai mereka yang tak putus-putus membantu MJ :)

Power Bank ini akan menjadi menemui pemilik baru iaitu salah seorang dari mereka yang di bawah ni ye :)



2.  Cik Tom
3.  Syah
5.  Diana
6.  Sya Isya
10. Umie
11.  Azi Azidah


Ada lagi tak yang undi MJ lebih dari sekali, cepat-cepat inform sebelum malam ni ye pukul 8, lepas tu MJ nak cabut nama dah :) Tak sabar nak umumkan pemenang bertuah tersebut :)

Dan para Pemenang Saguhati, tolong segera bagi details ye, MJ nak terus pos je ni ;)

Pemenang Pengundi Bertuah kategori SAGUHATI

Tanpa membuang masa, MJ akan umumkan 7 pengundi bertuah yang akan memenangi hadiah-hadiah seperti di bawah setiap seorang.



MJ menggunakan khidmat pakcik Random ye, dan mereka yang bertuah tersebut ialah



Dan Masker ni pula menjadi milik.....



Tahniah diucapkan pada pemenang bertuah, korang boleh check no bertuah korang klik di SENARAI PESERTA (right click). Oh ya, pengundi bertuah no 78 dapat hadiah 'barangan AVON' kat gambar atas tu ye :)

Para pemenang, sila tinggalkan nama, alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan di normj1001@hotmail.com

p/s : Esok MJ akan umumkan pula pemenang UTAMA ye.. :)


Senarai Peserta Pengundi Bertuah -UPDATED

Di bawah ini adalah senarai peserta yang membantu MJ dengan G+ mahupun undian di blog Denaihati.. Terima kasih diucapkan atas sokongan dari rakan sekalian :)

Siapakah yang akan memenangi hadiah utama yang ditawarkan iaitu Cute Teddy Bear Power Bank :)










UPDATED



Sila check no bertuah masing-masing ye, kalau ada nama korang yang tak termasuk cepat bagitau MJ ye, takut terlepas pandang... huhuu :)


Keputusan akan diumumkan pada esok hari - 8 Jan 2013 (jika tiada perubahan peserta)..



Siapa Pemenang Power Bank? - Cute Teddy Bear

Pertama sekali MJ memohon maaf sebab lambat umumkan keputusan, kalau ikut MJ bagitau di entry sebelum ni nak umumkan pada 2hb Jan, tapi dah masuk 4hb masih belum lagi. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya kan.

Harap korang tak berkecil hati ye dan sabar menunggu, insyaAllah dalam tempoh terdekat ni keputusan akan diumumkan.



Sebelum tu MJ nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak putus-putus memberi sokongan untuk MJ 'merebut' hadiah iPhone 5 dari Denaihati, alhamdulillah contest tersebut telah pun tamat pada 31/12/2012 dan keputusan belum diumumkan... (Tapi dah boleh agak siapa 5 pemenang bertuah iPhone 5 bila tengok pada undian yang diterima)

Pada mulanya MJ ingat nak umumkan pemenang Power Bank ni secara cabutan bertuah, tapi memandangkan ada yang mengundi tanpa henti setiap hari, MJ ada fikirkan cadangan baru... Harapnya korang boleh  terima cara ni sebab rasanya ini yang terbaik sebagai menghargai kesungguhan mereka..

Nak tau siapa nantikan keputusannya ok ;) Oh ya kalau nak tengok senarai peserta boleh klik >>SENARAI PESERTA<<

Hadiah saguhati boleh klik SINI ye... :)


p/s : Pelan-pelan MJ balas jejak kawan-kawan ye ;)

Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights

Terkejut tengok kereta yang tertimbus akibat tanah runtuh di Putra Heights, Subang Jaya petang tadi, mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber gambar : mStar Online

Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya, Khamis.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggotadan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang. BERNAMA


 Sumber : FB My Metro



BE Pertama 2013 (^ ~ ^)

Alhamdulillah permulaan yang baik, moga tahun ni dimurahkan lagi dan lagi dan lagi dan lagi rezeki BE dari pihak Nuffnang ye :)



Sebenarnya BE Taylors University Like A Boss dah pernah singgah tahun lepas dan dah pun Metered, dan tahun ni BE ni masih sudi lagi menyinggah. Maklumlah sekarang awal tahun mesti ramai yang nak sambung belajar dan sebagainya kan? Jadi apa lagi jom terjah Taylors University  :)

Terima kasih Nuffnang, kalau boleh bagi lagi ye :)

p/s : BE pertama di tahun 2013

Jom jana SIDE INCOME dengan online

Siapa sangka dengan jawab survey saja kita boleh dapat income, MJ baru je daftar dalam pukul 4pm (2/1/2012) dan dalam pukul 5pm selepas tu MJ dah dapat jana RM10.99. Cukup RM100 dah boleh cashout.. :) Kalau sehari RM10, 10 hari dah boleh cashout kan.. weeehoooo



Ni earning sebelum bertambah lagi RM2++ hasil dari jawab survey, luangkan masa dalam 3-5minit setiap survey kita akan dapat income, mudah dan senang selain kita dapat tambahkan ilmu.

Ada pelbagai survey, ada mengenai Pelaburan, Shopping, Jenama Beg yang diminati dan mengenai diri kita, setiap survey dibayar dengan jumlah yang berlainan.




Rezeki menang di Awal Tahun 2013

Rezeki di awal tahun 2013 MJ menang Shawl HalfMoon yang berharga RM59 Contest Like & Share di Facebook.



Memang dah lama teringin nak try Shawl Halfmoon, dan alhamdulillah ada rezeki menang dapat free :)


 Kalau dapat warna merah macam ni pun best jugak kan...heheee, tak kisahlah kaler apapun yang penting cantik :D


p/s : Kemenangan Pertama di Tahun 2013