Cara/Petua Merawat Bengkak Akibat Patah/Retak

Dalam entry terdahulu, MJ ada post entry berkenaan kaki yang berbalut tu kan, tak ingat mai singgah baca SINI dulu..hehee.. Ramai yang bertanya apa yang ditempek tu kan.. Maaflah MJ tak dapat nak reply di setiap komen pertanyaan korang,  jadi MJ rangkum dalam entry ni ye kawan-kawan.



Untuk pengetahuan kawan-kawan yang bertanya dan semua yang nak tahu, MJ guna cara tradisional, jadi MJ nak kongsi dengan korang, mana tahu korang nak praktis jugak.. MJ guna memang bengkak surut, tak salah nak mencuba kan :)


Bahan-bahan : (Dah macam nak bagi resepi masakan pulak..hahaa)
2 batang serai (kalau bengkak kecil, kurangkan serai)
Telur putih (jangan banyak, sebab nak bagi serai melekat je)
Sehelai daun Melung (ada iras daun pandan sikit)-negeri lain tak pasti panggil apa
Kain Pembalut


Cara Membuat :
1. Tumbuk serai sehingga lumat, masukkan putih telur, jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai
2. Balut bersama dengan daun melung dan akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak 'lari' ye :)

Pakai sebelum nak tidur ye selama 3malam berturut-turut, pagi esok dah boleh buang dan basuh ye  :)



Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan kaki MJ ye, MJ sangat-sangat menghargainya.. Alhamdulillah rasa macam dah sihat sikit, 'patah' ni mengambil masa jugak nak sembuh, cuma kena kurangkan berjalan la kalau nak cepat sembuh kan :)



p/s : Setelah 3minggu MJ cuti sakit (MC), hari ni 8/3/2013 MJ dah mula bekerja, harap kaki tak meragam..huhuuu

28 comments:

  1. ohh..semoga cepat sembuh..
    bagus petua2 ni..xde bahan kimia..;)

    ReplyDelete
  2. tak slh cuba tradisional jika ada hasil =)

    ReplyDelete
  3. wah,nice one ni. boleh try klu kaki sakit :)

    ReplyDelete
  4. Nice share MJ.. Nanti boleh cuba untuk ayah, Ayah Nurul jatuh, kaki dia ade bengkak2 sikit.. Take care MJ.. Bengkak sgt2 tu kaki Mj..

    ReplyDelete
  5. owh.. care tradisional la nie eh?
    bgus la bengkak kaki akak dh surut. :3

    slamat ari wanita kak..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, bagus petua MJ share ni buat rujukan kawan2...moga cepat sembuh sepenuhnya aamiin

    ReplyDelete
  7. dtg singgah lepas sakit mula kebah..

    ReplyDelete
  8. cara tradisional juga yang berkesan ye MJ...eloklah berkongsi petua..

    ReplyDelete
  9. dah lama tak jejak sini...
    baru tau pasal kaki u...
    take care tau....
    keje tu kalo leh jgn byk jalan sangat k...

    ReplyDelete
  10. haaa ada dgr dari atuk akak
    bagus juga cara macam nie
    tapi akak lebih suka bawa berurut .. ;)

    ReplyDelete
  11. hati2 ye myra...sbb baru je sembuh...

    ReplyDelete
  12. o bergitu tak tahu pulak aku,err kaki mj dah ok

    ReplyDelete
  13. get well soon... cuba kaedah tradisional ni.. bagus jugak

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah... dah mkn ok ye.

    ReplyDelete
  15. bagus2..bolih try nanti...biasanyer main letak minyak jer..

    ReplyDelete
  16. Patutlah lama tidak menulis blog. Harap cepat sembuh yer.

    ReplyDelete
  17. Tq for sharing MJ.. Maaf la M baru tau sb sblm ni M tak dapat blogging.

    ReplyDelete
  18. ketinggalan cite... br tau kaki maira "patah"

    ReplyDelete
  19. oooo kira cara tradisional la kan..tengs share

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah.bagus ni.tenkiu mj share

    ReplyDelete
  21. Bro kalau cara ni aku buat kat ayam aku yg kaki patah bleh ke????

    ReplyDelete
  22. Dan satu lagi pertua bg hilangkan bengkak dalaman dn membetulkan saraf2 dalam badan....amalkan campuran air rebusan akar kayu manis dengan air mawar yg dalam botol....ada d jual dikedai dlam botol....slmat mencuba

    ReplyDelete
  23. petua ni utk bengkak tulang patah ka? saja nk kepastian sbb takut panas..Petua ni mmg sesuai untuk bengkak terkeliat kaki..
    Ada petua lain x selain guna serai?
    terima kasih

    ReplyDelete
  24. Tak kena warded ke? Macam mana boleh dapat mc?

    ReplyDelete
  25. @Alwi

    Saya tak kena warded, lepas X-Ray doktor bg MC untuk berehat dirumah.
    Tp lepas beberapa hari kena p check-up la.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)