Langkawi Trip : Eagles Feeding dan Beras Basah

Lepas dari Tasik Dayang Bunting, kami menaiki bot ke Eagles Feeding pulak, memandangkan 'driver' bot kami ni tak berapa nak mesra jadi kami hanya layan perasaan sendiri.


Sepatutnya masa kami ke sini, dapatlah memberi makanan kepada Sang Helang yang berterbangan, tapi 'driver' cakap Helang dah cukup kenyang, sebabnya bot-bot lain dah 'terlalu' banyak bagi makan. Taknak nanti masa 'sesi petang', trip lain langsung takdapat nak tengok Helang kerana 'ia' dah kenyang.


Jadi kami hanya melihat dari dalam bot sahaja, memang banyak Helang, seronok je rasa :)


Kami kat sini sekejap je, dalam 10minit dan lepas tu terus ke Pulau Beras Basah.


Aktiviti wajib ialah bergambar.. heheee


Dok 'bajet' nak bagi nampak Helang kat belakang, tapi takpela asalkan ada..heheee


ok, dah sampai Pulau Beras Basah, airnya memang sangat cantik, jernih dan tenang ;)

Kami diberi masa 1 jam untuk lepak kat sini, ramai yang ambik peluang mandi kat sini.. Tapi memandangkan masa kami sampai dah tengah hari, matahari dah memancar terik, tengok jela :)


Buih yang memutih, pantainya jernih... Kalau kata kami sampai pagi, syok jugak berendam.. ;D


Cuma si kecik Rayyan dengan ibunya je yang seronok berendam, kami cuma memandang :)


Walaupun letih tapi kami seronok, masa ni tengah tunggu Bot sampai, seronok tengok ikan berebutkan makanan :D


Perjalanan untuk 'Island Hoping' ni memakan masa selama 4 jam (9am-1pm), masa balik dari Beras Basah masing2 kepala dah lentok + mengantuk :)

33 comments:

  1. lagi best kalau dpt bagi makan kan. maybe lain kali boleh dpt peluang bagi mkn helang pulak ye... ni yg buat teruja nak jalan2 langkawi jugak ni. kena tunggu zayyan besar sikit baru best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang lebih happening klau dpt bg mkn tptulah takdak rezeki nak bg mkn..
      Hopefully akak dpt ke Lgkawi nanti ye.

      Delete
  2. sakan berjalan noh :)

    suka tgk pic langit.. :)

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa
    memang teringin sgt2 nak ke langkawi nie .. hurmmm
    banyak tuu helang .. ingat dulu di langkawi x jumpe helang ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni trademark Langkawi adalah Sang Helang

      Delete
  4. inilah xtvt yang akak tak dapat nak buat masa gi langkawi sebab suami akak rasa tak best bawak anak2 ke situ...
    ala tak mesra lak pemandu bot tu .erkkk.. patut keje gitu kena mesra ler sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula yg xest sebab driver xberapa mesra, cuma dia ckp nama tempat je, kot la nak cerita sejarah serba sikit ka.. Hmmmm hampeh..
      Next time tak tau bila dpt p

      Delete
  5. Replies
    1. Tak, plan mmg nak mandi tp keadaan diri tak mengizinkan

      Delete
  6. syok sgt,paling suka pi berasa basah.pantai dia sgt sgt cantik.

    masa nik pi pagi.dirver boat bagi jea makan.tapi helang tu lak tak nak makan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beras basah mmg cantik..

      Helang dah kenyang kot sebab bot lain dok bg mkn

      Delete
  7. bestnye~ nanti bagi detail cam ner nak gi ke sini eh.. tambang kena bape.. naik kat mana eh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, kitorang amik pakej Island Hoping pergi 3 tempat. Klau tak silap RM25 untuk dewasa

      Delete
  8. assalamualaikum MJ...meriahnya suka tengok...;)

    ReplyDelete
  9. tak dan tengok ikan nie pun...sebab aritu sibuk mandi tengah panas terik he3...rugi taw tak mandi cini...kt cini air jernih n bersih he3..

    ReplyDelete
  10. suka tgk helang2 tu terbang..subhanallah..

    ReplyDelete
  11. Teringin sangat nak pergi langkawi...insyallah one day akan jejak sana :)

    ReplyDelete
  12. beshnye myra...bila nak pi sana lagi ye...

    ReplyDelete
  13. bestnye.. teringin nk ke sana..

    ReplyDelete
  14. kalau dah samapai sini, macam tak nak balik ni, best lah

    ReplyDelete
  15. taman laut jgak ek tasik ni..hehe

    ReplyDelete
  16. salam MJ..
    hehe.. best best best..lama x mandi air lauuuuttt

    ReplyDelete
  17. Memang best sangat kat situ...tenang dan damai

    ReplyDelete
  18. wah bestnya... tp kalau dpt bg helang mkn, mesti pengalaman tu lg best kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)