Resepi Oreo Cheese Cake tanpa Gelatin dan Cream Cheese

MJ nak syer Resepi Cheesecake yang MJ buat baru-baru ni sebagai simpanan pada masa depan, ianya sangat mudah dan cepat disediakan ;) MJ menggunakan KRAFT SLICE CHEESE bagi menggantikan PHILADELPHIA CREAM CHEESE


Resepi asal di SINI
Bahan-bahan:
6 keping KRAFT SLICE CHEESE
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
300ml susu segar
100 gm butter
120gm gula
100gm tepung gandum
sedikit esen vanila
2 paket besar OREO dan 50gm butter (untuk base)

Untuk BASE - pecahkan/hancurkan oreo (buang krim) dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati. Tekap ke dalam loyang yang kita boleh buka bekasnya (untuk mudahkan proses mengeluarkan kek nanti- jangan lupa sapu butter dekat loyang ye) dan keraskan dalam peti sejuk.


Step 1 :
1. Carikkan cheese dan masak dengan susu segar sehingga larut (api sederhana)
2. Masukkan butter dan biarkan sehingga cair
3. Tutup api dan sejukkan

Step 2 :
1. Pukul putih telur dan gula sehingga menjadi meringue ye (soft peak foam) - meringue menjadi bila kita terbalikkan putih telur ianya tak jatuh ye :)

Step 3:
1. Pukul kuning telur sehingga kembang
2. Campurkan bersama dengan bahan STEP 1 dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan tak berketul
4. Kemudian masukkan esen vanilla
5. Dan akhir sekali masukkan meringue (Step 2) tadi. Masa ni kalau nak letak campuran oreo atau strawberry terpulang.
6. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo yang dikeraskan tadi
6. dan bakar dengan kaedah waterbath (air yang dipanaskan diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan kemudian letak loyang kek dalam air tersebut) selama 45minit. Jangan lupa balut dengan aluminium foil loyang anda untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek.


Kek nampak agak berongga rasanya sebab masa dah siap buat adunan kek tinggal nak bakar je, tetiba cari aluminium foil takdak, kelam kelibut mintak hubby pergi kedai beli..hahahaa.. Apapun kek tetap menggebus macam makan kek span tau ;) Sedap dan yang penting tak muak.

34 comments:

  1. nak test gak lah.. sbb ada stok cheese kat umah.. nanti lama2 rosak pulak..

    ReplyDelete
  2. MJ, nnt sy dtg pnang kena buatkn sebijik tawww ;-)

    ReplyDelete
  3. bestnyer..nnt Kak G nk try..:)
    Thks for sharing..

    ReplyDelete
  4. meleleh tgk pic yg last tu..mmg teruja lah nak buat...nti nak cuba ..mesti cuba ni weiiiiii sedap lahhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Myra. Tengok yg sepotong dlm piring pun dah terpikat.

    ReplyDelete
  6. Nk try jugak!
    Tq share resepi :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bolehlah try nanti......

    ReplyDelete
  8. nmpk sedap...nk try la resepi akak nti :)

    ReplyDelete
  9. sedappnyerrr..test sy la ni manis2..hehe

    ReplyDelete
  10. yeayyy leh try kalo cm nie... sedapnyeee.. i like cheese...

    ReplyDelete
  11. cheese kek dah memang sodap, ada stawberry tu buat lagi tak leh tahan

    ReplyDelete
  12. macam sedap je...Nampak dah nak sama dengan Resipi Rahsia dah...

    http://www.suterablogger.com

    ReplyDelete
  13. sedapnya...rajinya myra buat..klau iz memang tak buat arr..malas he3..

    ReplyDelete
  14. owhh sedapnye.. nak try buat laa..

    ReplyDelete
  15. kak mj, rajinnnnnnnnnnnyaaa. nak buat jugak la nantii :p

    ReplyDelete
  16. ermmmm terliur...nanti nak try la...

    ReplyDelete
  17. mcm senang je myra...bley try ni...

    ReplyDelete
  18. sedapnyer..msti rasa lemak bkrim ni

    ReplyDelete
  19. alaaaaaaaaa cantik dan kemasnyeee .. geram tgk ! ;)

    ReplyDelete
  20. Salam MJ..
    tenkiu 4 the recipe..nk try!

    ReplyDelete
  21. weiiiii.terliur sebab lama xmakan chessecake.nnti eca try resepi akak ne....chesse yg slice lagi murah dri chesse cream tu kan.hehehe

    ReplyDelete
  22. Post kat Mieya sikit, boleh? hehehe

    ReplyDelete
  23. Perghhh mabeles la MJ...rajinnya buat sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)