Kasut 'Le Sandae' dari Zalora

Zalora.com.my - sebuah website yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada penggemar fesyen seperti kasut, jeans, kaftan, beg, produk kecantikan dan macam-macam lagi. 1 tempat 1 tujuan 1 pilihan 1 bayaran 1 Malaysia, heheee :)

MJ juga tidak ketinggalan untuk mencuba buat pertama kali membeli belah di Zalora, disebabkan banyak pilihan yang rambang mata, sampai pening nak buat keputusan, akhirnya MJ memilih kasut Le Sandae, tengok rekaan simple tapi cheq berkenan..



MJ membeli dengan menggunakan Voucher dari Zalora sebanyak RM50, jadi MJ cuma perlu membayar sebanyak RM14.90 (termasuk kos penghantaran) untuk sepasang kasut yang berharga RM59.90.
Asalnya MJ membeli pada awal bulan April, tapi disebabkan ada masalah pada masa ingin melakukan transaksi pembayaran, maka order MJ tersangkut.


MJ ingatkan dah tak ada rezeki dengan Zalora jadi dibiarkan sehinggalah pihak Zalora bertanya tentang barangan tersebut dan mereka cuba menyelesaikan masalah MJ dan akhirnya MJ berjaya membelinya pada 01 Mei 2013dan barang tersebut selamat diterima pada hari Jumaat 3 Mei 2013.


Terima kasih Zalora atas servis penghantaran yang pantas, yang penting servis khidmat pelanggan yang sangat mesra. MJ takkan teragak-agak untuk membuat belian di masa akan datang ;)



Siap pakai kasut ni khas untuk 'semangat mengundi', sedap dan selesa dipakai.. 1st time beli kasut secara online dan MJ sangat berpuas hati.


Terima kasih Zalora


30 comments:

  1. Mieya pon ada beli kasut baru-baru nie. tapi entah bila nak buat entri.

    ReplyDelete
  2. amboiiii merah gitu mak ngah yeee ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam MJ..
    Cantik sandal tu..
    bagusla service Zalora ni

    tahniah dah mengundi! :)

    ReplyDelete
  4. cepat ye sampai.. kite tak berani nak shopping online untuk beli kasut sebab kaki ni kecik bonar~

    ReplyDelete
  5. Cepatnya servis diorg,apa yg penting selesa dipakai.

    ReplyDelete
  6. Hmm cantek kasut mengundi.. tapi tak undi merahkan hihi =)

    ReplyDelete
  7. wah...nampaknya boleh lah cuba beli apa yg patut kat zalora ni...hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah beli kat zalora lagik...nanti nak try2 gak shoping baju raya kat zalora..

    ReplyDelete
  9. cantik... cepat ye dia hantar ke rumah...

    ReplyDelete
  10. Cantiklah Myra.
    Kakak tengok iklan Zalora tu memang menggoda..

    ReplyDelete
  11. ofismate el baru je beli shoes kat zalora rm15 je..beli sekali harung ngan kwn2 dia..perghh tu baru betul cam iklan lam tv tu hahaha
    tp mmg murah kasut2 kat zalora tu..yg best leh byr cash on delivery taw hehe

    ReplyDelete
  12. memang menariklah zalora ni !

    ReplyDelete
  13. cantiklah sandaltu MJ kasi semangat untuk mengundi...

    ReplyDelete
  14. cantek~
    best lah ade voucher~

    ReplyDelete
  15. semua stok kasut zalora jeeeeeee.. hukhuk. ida tak pernah beli lagi ni. nak usha jap lahh.. hehehe

    ReplyDelete
  16. cantik...yg penting dpt harga murah he3..tak pernah beli kt zalora lagi.

    ReplyDelete
  17. belum pernah shopping di zalora ni lagi, nice sandal

    ReplyDelete
  18. bestnya beli kasut baru.. akak setakat ni pernah beli kasut tutup sekali secara online, barangan cina rasanya, bila pakai sakit kaki.. kalau barangan dari zalora ok lah agaknya, lain kali boleh try pulak,,

    ReplyDelete
  19. nak pinjam setahun setengah boleh tak??hehehe

    ReplyDelete
  20. cantik sandal tu kak.. simple jer..janji selesa di pakai..

    ReplyDelete
  21. selalu beli online. tapi, x pernah beli kasut... sebab kalau kasut ni, cerewet sikit. bukan pasal design atau brand, tapi nak cari tapak yang selesa. kena try sendiri baru puas hati

    ReplyDelete
  22. cantik , merah mak ngah lagi tuh heeee

    ReplyDelete
  23. jaa pon penah dapat gak voucher RM 50 tu, mmg best sgt sbb cepat jer sampai 2 hari jer...hihihihi....

    ReplyDelete
  24. senangkan berurusan dengan zalora.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)