Pengalaman Belajar Secara Jarak Jauh (PJJ)

Entry ini untuk MJ berkongsi di samping sebagai panduan buat korang andai ada yang berminat nak belajar secara Jarak Jauh ni :) Ia adalah sekadar kenangan manis buat MJ suatu hari nanti.


Sebelum itu jom kita kenali apa itu RPJJ (Rancangan Pengajian Jarak Jauh)?
PJJ ialah pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara terbuka, yakni tidak lagi berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Ia merupakan pelajaran secara separuh masa (bagi individu yang sedang bekerja), kemasukan yang terbuka, pembelajaran secara jarak jauh yang memberi peluang kepada individu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau bersendiri.
Maka mereka yang mengikuti pendidikan terbuka bertanggungjawab atas apa yang dipelajari oleh mereka, bagaimana mereka belajar, di mana mereka belajar, berapa lama untuk menamatkan pelajaran, siapa yang membantu mereka belajar dan bila
masanya mereka bersedia untuk dinilai setelah mereka mendaftar untuk
mengikuti sesuatu kursus pengajian.
Sumber : SINI
Hahaahaa dah rupa menyiapkan tesis PJJ pulak ayat skema macam ni... 


Belajar secara Jarak Jauh? Secara jujurnya tak pernah terlintas di fikiran MJ akan sambung belajar apatah lagi belajar secara sambilan macam ni tau, tapi ianya terdetik saat menerima panggilan dari rakan mengajak sambung study secara PJJ, dan MJ pun terus ha oklah, lagipun dah lama tinggalkan zaman study (Grad dulu pada Dec 2005, rasa rindu nak belajar balik (Ehh!! boleh lagu tu?) Lagipun memang Lecturer MJ dulu pun dah lama suruh sambung study, tapi masa lepas Grad hari tu hati taknak, ingat nak kerja je..

Selepas hampir 4 tahun meninggalkan zaman belajar, tiba-tiba MJ membuat keputusan nak kembali belajar, setelah mendapat sokongan keluarga (masa tu MJ belum kawen mahupun bertunang lagi) akhirnya kami memohon secara online bersama 3 orang lagi rakan (classmate masa study dulu).



Alhamdulillah permohonan kami berempat berjaya dan bermulalah prosedur seterusnya.. Macam MJ sedang bekerja mestilah kena dapatkan kelulusan dari Bos dulu kan supaya memudahkan proses 'cuti belajar' aka 'cuti tak dibayar' sebabnya MJ kerja swasta, kalau Kerajaan mudahlah sebab ada Cuti tanpa Rekod aka cuti free.. Selepas dapat kelulusan maka bermulalah tugas MJ sebagai Pelajar Jarak Jauh secara rasminya :)

Jun 2009 - Jun 2013 (bergelar Pelajar Jarak Jauh)

Untuk Degree memakan masa selama 4 tahun, masa mula dengar dulu aduhhh lamanya nak habis, mampukah? sanggupkah? bolehkah? tak apalah yang penting kita cuba dulu kan, kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh..

Bukan senang sebenarnya belajar secara PJJ ni, totally amat berlainan/berbeza dengan belajar secara sepenuh masa ni.. Dah macam kejutan budaya tapi ianya memang seronok apabila kita 'menikmatinya'.

Kenapa kami memilih USM dan bukannya Universiti lain? Dah lah 'course' MJ masa study dulu tak ada di USM tetapi di UiTM Shah Alam, kiranya MJ sambung di USM ni adalah berlainan dengan pengajian MJ dulu apatah lagi dengan kerja sekarang (sangat berbeza aliran). Ia kerana :

1. Dekat dengan rumah (iaitu USM Penang) je hahahaaa
2. Yuran paling murah antara Universiti lain untuk setiap Tahun Pengajian
3. Pengajaran dan Pembelajaran adalah dalam Bahasa Melayu
4. Universiti yang dianugerahkan 'APEX UNIVERSITY (Accelerated Programme for Excellence) ' oleh KPT
5. Pembelajaran secara bebas/terbuka
6. Pembelajaran melalui Sidang Video (SV)

7. Dan banyak lagi keistimewaan lain yang akan dikongsi dari semasa ke semasa..


Di USM 1 semester bersamaan dengan 1 Tahun Pengajian, bukanlah 1 tahun 2 semester seperti yang pernah MJ dan pelajar lain lalui (terutama pelajar sepenuh masa). Peperiksaan pertengahan dan juga Akhir Tahun dalam masa 1 tahun tersebut dan kemudian lengkaplah pengajian untuk 1 tahun dan begitulah berikutnya sehingga tamat. Dan pada yang ada masalah boleh tangguhkan pengajian dan tempoh diberi adalah selama 8 hingga 12 tahun tak silap. Itulah kelonggaran dan keistimewaan pelajar PJJ :)


2 tahun mula pengajian, MJ dah mula rasa lelahnya 'belajar', masa tu rasa macam nak berhenti, dah tak sanggup nak teruskan hingga selesai.. Penat memang teramat penat, alhamdulillah rakan MJ menjadi penguat semangat untuk teruskan pengajian. (Memang dari awal taknak tangguh pengajian-sebab tahu kalau dah tangguh mungkin susah nak sambung balik dan mungkin akan berhenti terus-siapa tahu kan) sebabnya MJ ada 2 kenalan yang tangguh masa di Tahun 2 pengajian dan hingga kini kami dah hampir tamat - mereka masih menangguhkan pengajian.

Sayang kan? Tetapi mungkin mereka ada komitmen yang lain yang telah membataskan cita2 mereka menghabiskan pengajian, siapa tahu kan?.

Alhamdulillah walaupun MJ hampir 'tewas' di Tahun ke 3 tapi dengan semangat dari kawan2 MJ dapat teruskan berusaha sehingga tamat pengajian, memang tehutang budi dengan kawan2 yang sama2 mendokong antara satu sama lain. Itu pentingnya ada kawan bila kita ber PJJ tau, kalau sensorang seperti tak ada life, jatuh bangun semua kena buat sendiri dan tak mustahil kita akan tertewas di separuh jalan.. Bagi yang kuat TAHNIAH kerana anda MAMPU!!

Ok memandangkan ada juga rakan blogger menanyakan bagaimana membahagikan tugas sebagai seorang ISTERI,ANAK,PEKERJA dan PELAJAR dalam 1 masa.. MJ nak bagitau bila semangat dan azam kita kuat insyaAllah dipermudahkan.

Ok, MJ sambung pengalaman ni di entry lain la ye, kang panjang-panjang tak best pulak.. Kalau nak tahu macam mana cara kami belajar melalui SV (Sidag Video) tunggu..heheee


39 comments:

  1. memang suatu pengalaman belajar yg sangat mendebarkan dan menguji keimanan .. nak2 bila dah kawin .. ia bukan lah semudah yg kita lihat

    akak x pernah lalui tapi akak banyak jumpa kawan yg ambil PJJ macam nie .. mana yg ada anak lagilah .. banyak masa yg dikorbankan .. namun berbaloi dgn apa yg telah di perolehi ..

    insyaallah semoga MJ terus succes tau .. lepas nie leh tumpukan perkara yg satu lagi pula ;)

    ReplyDelete
  2. sy dulu belajar secara PLK (pengajian luar kampus).. tiap2 petang..

    ReplyDelete
  3. Waa good info ni
    Kot kot la ada yg terbukak hati nak stadi balik ke kan?
    :)

    ReplyDelete
  4. menarik perkongsian pengalaman nih. boleh dikongsikan bersama-sama rakan yang lain kan.

    ReplyDelete
  5. oh dalam BM ya? bgus gak tu..

    ada yg full bi je mnjg walau itu sbnrnya baik .

    ReplyDelete
  6. bagus ni..boleh dee rujuk blog MJ bila nak further nanti..good info sis..

    ReplyDelete
  7. betul tu..sy pun akui...msk thn ke 2 da nk give up.. x leh nk describe perasaan ms tu... nk stop mmg xsmpi ati..

    ReplyDelete
  8. ooo usm dlm bhs melayu yerr... nasir pjj kat oum, semua lecture org luaq, sleng BI pon lain hehe

    ReplyDelete
  9. adehhh tak sanggup nak PJJ... sayang hubby.. hihihi.. dedikk ;p

    ReplyDelete
  10. PJJ ni x semestinya jauh dr keluarga..kdg2 nama je PJJ..tp kampus dekat ngan umah hehe tu satu bonuslah..lau yg amek PJJ tp mmg jauh..mmg dugaan tu

    MJ amek kos ape kt USM tu
    mmg berbaloi lah 4 taun skun dah grad :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah sgalanya selesai kan..rasa lega abes bljaq..sy pon maseh mnanti jd cam nj jug..xsabq nk abeskannya.

    ReplyDelete
  12. bila bacani rasa ruginyer masa muda dulu tak terus sambung belajar... ... alahai...

    ReplyDelete
  13. zura belom cukup kental nak sambung study balik.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. pengajian jarak jauh walaupun dekat dengan rumah ni. semoga Mj terus sambung belar keperingkat paling tinggi lah ye.

    ReplyDelete
  15. masih tak terbuka hati lagilah nak sambung study myra....

    ReplyDelete
  16. Banyak gak kelebihan USM. Saya kalo nak sambung pun akan cari yg paling dekat dgn rumah. So maknanya UM. Atau UIA PJ or UITM PJ. Cekalnya MJ study 4 tahun. Huhu. Lamanya.

    ReplyDelete
  17. nih pun pestime dgr, pjj. hurm, nak kena cek balik nih.

    ReplyDelete
  18. Alaaaaaaaa. Potong betol.. Syok2 baca sambung plak. Hehehe

    Tapi terkadang teringin jnuga nak PJJ

    ReplyDelete
  19. Tak sanggup rasanya..namun apa boleh buat kan?hehe

    ReplyDelete
  20. Saya merupakan pelajar pjj UKM.. baru sem 1 dah rasa nk berhenti penat sesangat..Apatah lagi tanggung sendiri.Hati rasa nk teruskan tapi susah..huhu..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum .. akak ... Saya baru plan nak sambung sarjana muda perakaunan this september.. Banyak saya nak tanya dengan akak sebenarnya. Boleh tak akak add saya di fb? Nanti saya approve. terima kasih akak.. Terimakasih banyak-banyak..

    FB : am_irasy10@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  22. salam.. akak sy tak tahu sgt pasal PJJ nie.. so sy nk akak explainkan lagi kt sy bleh? kalu boleh akak e-mail kt sy mcm mana nk wt PJJ n akak explain skit tentang PJJ nie bleh?? hehehe.. tq..

    ReplyDelete
  23. e-mail sy mrtheraps619@gmail.com.. :)

    ReplyDelete
  24. salam..saya juga bakal menjadi pelajar PJJ..
    insyaALLAH september 2015 nie bermula sesi pembelajaran..sarjana muda jurusan pengurusan pentadbiran..saya sekarang tengah bekerja,dan ada perancangan untk berkawin..tapi apa boleh buat terpaksa menangguhkan demi pk masa hadapan..cuma nak tanya beza dari segi pelajaran PJJ dan btol2 blaja di U agak2 PJJ lagi mudah sedikit ke?

    ReplyDelete
  25. @siti farhana

    Selamat Hari Raya Siti Farhana. :)
    MJ komen melalui pengalaman MJ la ye.

    MJ sambung PJJ Degree Jun 2009
    MJ bertunang Ogos 2009
    MJ kahwin Januari 2010
    MJ tamat PJJ Degree Jun 2013
    Masa pengajian 4 tahun bersamaan 4 tahun perkahwinan MJ dan juga masih bekerja sehingga kini.

    Pada MJ berkahwin bukan 1 halangan memnadangkan kebanyakan pelajar PJJ masing2 sudah berumahtangga termasuklah 3 sahabat MJ.

    Belajar PJJ bukan kita belajar sepanjang masa seperti pelajar sepenuh masa, kita kena pandai bahagikan masa kita seniri.
    Mudah @ senang pelajaran PJJ ni bagi MJ sama je, sebab kita kena hadiri kelas, ada exam, ada bersama pensyarah, siapkan assignment, siapkan tesis totally sama macam pelajar sepenuh masa.

    Apapun terpulang pada Siti Farhana, sebab kawen dan belajar 2 2 nya adalah masa depan kita..hehehe pisssss :)

    ReplyDelete
  26. Nak tanya...sekarang tahun 2015 masih 1semestar untuk 1 tahun ke?

    ReplyDelete
  27. Nak tanya...sekarang tahun 2015 masih 1semestar untuk 1 tahun ke?

    ReplyDelete
  28. @siti farhana boleh sy tau awk blaja pjj univsty mne ? mohon share

    add fb : faezahletfi

    ReplyDelete
  29. salam kak MJ, trime kasih ye ats prkongsian pengalaman yg sgt membantu.. Akk, boleh tk klau sy nk fb akk or sy add akk.. sbb sy nk tau lebih lanjut tntg pengalaman Pjj ni..sbb sbenarnya sy tgh konpiussss sgt sama ada boleh bt pjj ke tk.. hmm Ni fb sy ea kak, ziera amri ,, hrp akk dpt bantu :)

    ReplyDelete
  30. maksudnya ada diplpma dulu baru boleh buat pjj? untuk sambung diploma guna pjj tak bole ke?

    ReplyDelete
  31. Sy keje.. Ad diploma je. Kje 6hri smnggu. Blh ke buat pjj? Mcm mne eh?

    ReplyDelete
  32. Kalau dri tingkatan 6, n nak sambung buat pjj degree boleh ke?

    ReplyDelete
  33. Akak... Dari course dip. mekanikal engineering buat pjj degree course lain di USM boleh kn ?

    ReplyDelete
  34. tq ats sharing menarik....selit sedikit kot ada mencari.Akak mengambil upah utk asgmt or repair thesis .Nak tulis thesis or edit or translate pun boleh.Bidang yg diambil meliputi MBA, bis,law ,finance eco and nursing area pun boleh.Utk penulisan nursing berkaitan reflection/evidence base study boleh.Analisis spss pun boleh.Wsp aje 0166371460 for info ya.Kot takde masa siapkan asgmt ke/kuiz ke akak bantu for PJJ only.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)