Resepi Sup Tulang Power

Semalam Ahad, MJ ke pasar bersama Mak beli sedikit barang dapur macam Ikan Sebelah buat goreng garing, Ketam nak buat Masak Lemak, Ikan Jenahak nak buat Gulai, Kerang nak makan Rebus cicah dengan Cabai Kicap lepas tu tengok daging dan tulang.. Sedap ni buat sup.. lagipun dah lama tak makan Sup Tulang buatan sendiri kan..hahaha


Reesepi ni MJ ada ambik serba sikit dari blog eL, thanks eL kongsi resepi, ada sebahagian yang MJ curang..Ampun na...heheee.


Bahan-bahan
1kg Tulang
600gm daging
Rempah Sup (3sb)
Sup Bunjut (2bungkus)
Kentang (1 biji)
Bawang Merah (8 ulas, 6 ulas tumis, 3 ulas kisar)
Bawang Putih (2ulas-tumis)
Daun Sup/Daun Bawang
2inci halia


Cara Membuat
1. Rebus tulang sehingga lembut (Nak petua lembutkan tulang sila terjah blog eL) - MJ selalu rebus letak sudu je.
2. Masukkan 1 bungkus Sup Bunjut dan biarkan mendidih
3. Masukkan Daging dan biarkan sehingga daging masak
4. Hiris 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih untuk ditumis, 1 bekas sup bunjut (tulang) dalam tu ambil kulit kayu manis, bunga cengkih buah pelaga segala tu untuk ditumis bersama bawang.
5. Bunjut nya untuk dikisar bersama 3 ulas bawang merah sehingga halus
6. Panasakan minyak, tumis hirisan bawang, 4 sekawan sehingga naik bau, masukkan hasil kisaran tadi dan 3sb rempah sup, kacau sehingga mendidih dan masukkan ke dalam sup tadi (tumis darat)
7. hiris kentang dan masukkan dalam sup, biarkan sehingga kentang lembut.
8. Perasakan dengan garam dan selepas tu tabur dengan daun sup/daun bawang tadi.


Sedap dimakan bersama koaw teow mahupun bihun.. sesekali boleh la layan tulang ni, kalau tak mau naik mencanak 'cik Koles' hahahaa.

27 comments:

  1. sedapnya myra, jerebu tak boleh keluar rumah ni mmg syiok pekena sup tulang ni

    ReplyDelete
  2. Banyaknya masak Myra. Tapi sup juga yg teristimewa ye:)

    Ikan jenahak kakak suka.

    ReplyDelete
  3. sedap ni...sue pon suke sup tulung ni...nak kena try ni

    ReplyDelete
  4. fuuuhhhh... pekena pulak time panas panas.. :)

    ReplyDelete
  5. dap dap....

    xpernah wat sup tulang sendiri ;)

    ReplyDelete
  6. selalu dpt sup tulang time raya haji..hihih

    ReplyDelete
  7. slurrrp... sedapnya kalau dapat hirup nih.. hehe

    ReplyDelete
  8. pergghhhh walla terbaek lah sup ni...
    homemade wif luv harus lah sodap...

    ReplyDelete
  9. sedapnya..k dee pun suka buat sup tulang kat rumah..

    ReplyDelete
  10. Banyaknya beli lauk... Ikan jenahak sedappp... Gambar ikan sebelah takde ke? Kita ni tak kenal ikan sebelah.

    ReplyDelete
  11. ermmm seapnyer...terliur nengok sup tulang ni...kalo makan ngan telur dadar sedap ni...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..
    MJ.. ini kalau dapat seketul.. dok depan tv sambil sedut.. sedap ni..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum MJ...sedapnya tengok sup tulang tu...

    ReplyDelete
  14. huu dah mula lapar ni..mesti ada nasi pnas satu piring

    ReplyDelete
  15. mak aihhh
    batai pose ! larikkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  16. sedap tu. wuuu..saya goreng nugget je tadi.

    ReplyDelete
  17. alahai..ne yg xble tahan ne...nak2 masuk bulan puasa....aduiii.tapi dapat sup tulang ne selalu dipagi raya,g beraya uma mama tua eca.konfirm 1family makan kat dapur terussss..nasib baik uma makcik sendiri.hehe

    ReplyDelete
  18. salam MJ..
    huhu..sup tulang tu nmpk menggoda..tapi cma jenis tak mkn sup utlang..sup ayam je telan...klu huby ye, peminat tegar sup tulang.tenkiu 4 the resepi..ade mase nnti nk try buat.. :)

    ReplyDelete
  19. sedapnya.. dapat ratah panas2 ni.. perghh... hihii

    ReplyDelete
  20. sedapnya.. dapat ratah panas2 ni.. perghh... hihii

    ReplyDelete
  21. Letak sambal kicap pedas-pedas lagi terangkat. Fuh terliur la nengok sup ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)