Berbuka puasa dengan Spagetthi (Resepi)

Semalam hari ke sembilan berpuasa, kami macam dah tak tahu nak makan apa, sebelum ni berbuka asyik ngadap nasi, soq (sahur) pun makan nasi, dah tu macam mana nak kurus..hahaha :) So semalam sambil adik sibuk gulung Popia, kitorang saling tukar pendapat mengenai menu apa nak masak untuk berbuka.


Disebabkan takmau jamah nasi (kononnya) jadi macam-macam idea ada, lontong la, sup la, bakso la tapi akhirnya yang jadi kami masak Spagethi.. ha senang lagi menyenangkan..hehehee. Tapi lontong tu memang MJ nak buat jugak nanti, tak tahan teringin nak makan... hahaha :)



Bahan-bahan:
Sebungkus spagethi
1 peket daging cincang/ayam cincang (Jenama apa pun tak apa) -  basuh dan tapis (MJ perah dengan limau)
Cendawan butang
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (cincang)
Sos Spagethi (jenama Leggo's)
1 tin kecil Tomato Puree
1 biji tomato
Sosej (terpulang)
sedikit oregano
Sos Tomato/Sos Cili
Garam

 Cara Membuat kuah :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang sehingga layu
2. Masukkan daging / ayam sehingga masak - perah lagi dengan limau
3. Masukkan tomato, sos spagethi leggo's, tomato puree, sosej, cendawan dan juga sos, kacau hingga sebati dan rasakan dengan garam.
4. Tutup api dan boleh tabur dengan oregano.

Cara masak spagethi :
1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan spagethi dan masak hingga lembut dan siap dimakan bersama kuah tadi :)


Spagethi ni jugak lah kami makan soq pagi tadi.. hehee kes mangkit lambat + tak tahu nak masak lauk apa..

34 comments:

  1. tulah smlah ngan el x tau nak mkn ape..nak masak ape..satu hal pulak nak pikir smpi sakit2 kepala hahahaha
    spageti ni pun akan di buat nti menu wajib tu :)

    ReplyDelete
  2. baru plan nak buat hujung minggu nih.

    ReplyDelete
  3. btl tuuu .. berbuka ngn sahur sureeee nasikkk ..

    tp kalau ado mee pun ok, cume kalau spegeti tu en somi kureng skit.. perut melayu kato nye

    ReplyDelete
  4. Cepat dan sedap :)
    Lontong tu sedap gak tu :)

    ReplyDelete
  5. alamak teliur...

    ni peberet anak2 nie....kalo masak mmg berbaloi sbb dieorg suke mkn...

    hepy weekend dear!~

    ReplyDelete
  6. yeah.. saya baru habiskan spageti kelmarin.. :) waktu sahur tadi.. :) lepas ni kena fikir lain pulak..

    ReplyDelete
  7. br smlm mkn spaggeti..bkn buat tp bos kasi heheheh tq 4 sharing...

    ReplyDelete
  8. Kakak sejap puasa ni belum merasa spaghetti lagi tau. Ingat ahad ni bolehlah buat..

    ReplyDelete
  9. makan segeralah jawabnya...sesekli kan encik sepai ini ok gak..sy dengan anak mmg hantu makn ini

    ReplyDelete
  10. smlm konon nak buat spageti la. sekali jd makaroni goreng pulak. x laku sbb anak2 nk mkn ns tomato la, ns lemak la. nanti klw teringin nk beli yg secret recipe punya je. beli 1 je cukup.

    ReplyDelete
  11. simple tp sedap nak wat spahethi ni ;)

    ReplyDelete
  12. macam tau-tau ja saya nak buat spagethi petang ni. hahahahahha. terkebetulan :D :D

    ReplyDelete
  13. Salam MJ..

    Sekali sekala tuko western food pun layan jgk tu..
    hihi..leh la cma plak yg try nnti :)

    ReplyDelete
  14. Saya macam manapun mesti kena makan nasi juga. Kalau tak berkeroncong saja perut ni.

    ReplyDelete
  15. Ahhh sedapnya, spaghetti itu makanan favorit saya ifthar ^^

    ReplyDelete
  16. sedapnya.. selamat berbuka MJ :)

    ReplyDelete
  17. Ahhh sedapnya.. Spaghetti itu makanan favorit saya ifthar ^^

    ReplyDelete
  18. hehehehe.. itu lah.. berbuka makan nasi, sahur makan nasi. makin tembam saya ni kak. adeh..

    ReplyDelete
  19. Tiba2 rindu pada spagethi masakan wife, okeh buka hari nih nak suh dia buatlah,hehe

    ReplyDelete
  20. spagethi pun sedap jgk.. janji kenyang

    ReplyDelete
  21. wah citarasa westen..
    ehe
    akak sk nasi

    psst..
    jom try rasa rempah masak hitam
    mana tau membuka selera puasa ni,
    atau tuk raya nnt..
    tq

    ReplyDelete
  22. hehe sedapnya dpt mkn spageti...mak kami layan nasi je huhu

    ReplyDelete
  23. alamak sedapnye myra... sabar2...

    ReplyDelete
  24. Saya tak berapa nak makan spagetti meti ni myra. tapi tgk teringin pula. tu lah tak boleh nak jadi italian sangat tekak saya dan suami kampung. Pizza pun tak makan sangat hihih.

    ReplyDelete
  25. bulan puasa kami makan nasi saja...hehehe

    ReplyDelete
  26. berbuka ngn spagetti sedapp tu.. peberet my laki tu.. hihi.. tq share resepi kak MJ!

    ReplyDelete
  27. wah, nice sharing..
    lepas ni boleh cuba :)

    ReplyDelete
  28. wahh sedap !

    sib baik akk dah pun buat spaghetti sblm nie ekeke ;)

    ReplyDelete
  29. baru semalam kmi makan cik sepaiheti ni hee....tapi perasakan dg tomato :)

    ReplyDelete
  30. mmg sedap sgt ni MJ

    ReplyDelete
  31. memang buat terliur ni. buat sendiri lebih berselera ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)