Ikan Terubuk/Ikan Siakap dan Ayam Bakar Percik (Resepi Kuah Percik)

Kes tak menahan hati bila melawat PaRam ada jual menu percik ni, bukan setakat ayam je siap ada Ikan Terubuk dan Ikan Siakap Percik lagi, Ikan terubuk dah le lama tak makan, dan terima kasih untuk hubby sebab belikan ikan idaman...hehehe.. Memang mabeles dan maaf andai entry ni ada yang terliur di bulan Ramadhan, huhuu :)


Ayam di bakar menggunakan Pemanggang Ajaib cap HIG (Haji Ismail Group) heheee

Ikan Terubuk dan Ikan Siakap berganding sama dalam pemanggang ajaib, cuba teka mana Terubuk mana Siakap? MJ lumurkan dengan kuah percik nak bagi Ikan 'masuk rasa' perciknya :)


Jom kita tengok resepi Kuah Percik ye,
3 ulas bawang besar (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
10 tangkai cili kering (kisar terlebih dahulu dan asingkan)
2 batang serai (titik)
1" halia (ketuk)
200ml santan
Garam secukup rasa



Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar termasuk cili kering, biarkan sehingga mendidih
2. Masukkan halia dan juga santan, kacau hingga sekata dan mendidih
3. Masukkan serai dan rasakan dengan garam. Siap


Lepas dah bakar ayam, boleh lumur dengan kuah percik tadi.. Memang sedap dimakan ketika berbuka puasa dan juga bersahur.


Ikan-ikan yang dah siap dibakar, lepas dah bakar boleh juga lumur sekali lagi dengan kuah percik tapi MJ curah masa nak berbuka nanti..

Ikan Terubuk ni selalu digoreng dan ni pertama kali buat secara bakar.. Terasa manis ikannya semua sedap tapi nak makan Ikan Terubuk ni kena berhati-hati tau, takut tercekik tulangnya yang bercabang :)


34 comments:

  1. adezzzzzzzz melelh ni...arghhhh ni semua slh MJ ;-)

    ReplyDelete
  2. belom beli lagi ikan terubuk... memang menu ikan bakar terbaik tuk bulan puasa... sedap

    ReplyDelete
  3. Rajin betul masak macam macam. Syoknya berbuka kalau macam ni

    ReplyDelete
  4. percik apa pon memang sedapsss

    ReplyDelete
  5. adehhh adehhhhhh baru gak lps zohor ni, ingt da maghrib ha3

    ReplyDelete
  6. baru tadi tengok blogger sorang tu wat ayam percik klate.. ni MJ lak tunjuk.. wahhhh makin berkorbar2 nak wat..

    ReplyDelete
  7. semalam baru je pekena ayam percik...edisi negeri kelantan...buat sendiri pun sedap gak..

    ReplyDelete
  8. ikan terubuk kita yg suka yg goreng..perghh sedapnya terasa2 dia punya isi tu,..hehe

    ayam percik mmg umphh! tp ikan percik tkpnh try lg myra..

    ReplyDelete
  9. sampai hati hang... kecuq ayaq lioq tau.. ikan bakaq.. huwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. bestnya ada pemanggang ajaib ni...
    bila la nk beli ni..hehe

    ReplyDelete
  11. ohmaiiiii.. sedapnyeeeee.. terliur tgk ayam percik tuhhhhh..

    ReplyDelete
  12. alamak tertengok pulak gambaq tu..hehe

    sedap2 semuanya..

    ReplyDelete
  13. nyum2 sedapnyer...ikan percik tu dah lama tak makan...nampaknyer tunggu hujung minggu ni boleh try...

    ReplyDelete
  14. PM tak berapa pandai makan ikan terubuk , sebab terlalu banyak sangat tulang...

    ReplyDelete
  15. saya nak oder boleh hee..aduh sabar..sabar

    ReplyDelete
  16. cahayacinta
    saya nak oder boleh hee..sedap jer ni pakal pose lagi

    ReplyDelete
  17. Memang terliur tengok hidangan ni. Saya suka ikan terubuk bakar.

    ReplyDelete
  18. sedapppnyaaa... ops, batal puasa tengok lebih2..hihihh

    ReplyDelete
  19. terubuk ni banyak tulang..tak berapa suka walalupun sedap goreng garing-garing

    ReplyDelete
  20. mmg dok cari resepi percik2 ni..marveles tgk ikan tu hehe

    ReplyDelete
  21. mmg sedap , KA pun suka !

    ReplyDelete
  22. lama tak pekena terubuk ni. bakar pun sedap yer...

    ReplyDelete
  23. ikan terubuk adalah ikan kegemaran family yana tau.. tp tulah nak makan leceh btul sebab bnyk tulang.. hihi

    ReplyDelete
  24. Kalau lauk camnie ... ratah je pun dah kenyang ....

    ReplyDelete
  25. nampak macam menyelerakan aje. hoho..

    ReplyDelete
  26. Salam MJ..

    Mnta izin kopi resepi percik tu ye..

    hihi..nk cuba jgk!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)