Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013

Berkuatkuasa 1 Julai 2013 Kerajaan akan melaksanakan pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.


Pegawai yang Layak ialah:
Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:
i) Pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
ii) Pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
iii) Pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
iv) Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.


Pegawai yang Tidak Layak ialah:
Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
i) Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
ii) Pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.
iii) Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.
iv) Pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
 

Contoh Kenaikan gaji bagi pegawai gred N17 ;)


Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013. Manakala bagi pegawai yang dinaikkan pangkat atau ditukar lantik atau dilantik secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa 1 Julai 2013, gaji pegawai hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT di gred baru selepas urusan penetapan gaji pemulaan di gred kenaikan pangkat atau tukar lantik atau KPSL dilaksanakan.



Sumber : Pekeliling Bil 5 2013

22 comments:

  1. tak sabar tunggu gaji bulan ni.. :)

    ReplyDelete
  2. salam myra...rezekikan?Tambah2 nak raya ni leh la tampung mana2 yg tak cukup tu :D

    ReplyDelete
  3. Kakitangan perkhidmatan awam selalu mendapat perhatian kerajaan tapi kalau swasta macam tak ada - ini yg kakak sedih:(

    ReplyDelete
  4. wah, ada rezki, bertambah duit utk raya tahun ni, alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..blh bt raya wp tk byk sgt naik tu..hehe

    ReplyDelete
  6. xsbr nk tunggu dpt gaji baru....hihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, baguslah pada mereka yang layak. Jangan harga barang naik sudah, kesian kami yang tak ada apa-apa kenaikan ni..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah berkat ramadan, jangan pulak lepas ni harga barang naik kan myra, tak adil kan

    ReplyDelete
  9. baguslah... neway selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  10. kira duit rayalah ni nanti..
    selamat menyambut ramadhan almubarak..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..

    Salam kenal mj..sya folo blog mj..klu sudi singgah ke blog saya ya :)

    ReplyDelete
  12. mak long a.k.a kunang2 : slalu gaji x nak lg barang dah naik kan, hehehe

    *tolong jwp utk mj hehee...
    bz ckit la skrg.. jrg bw huhuu

    ReplyDelete
  13. dapat duit ....boleh tambah modal bisnes nanti kan

    ReplyDelete
  14. akan terima dua kenaikan..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. bestnye orang keje gomen nih..:)

    ReplyDelete
  16. suka la depa noh ;-)
    salam ramadan 1434H

    ReplyDelete
  17. rugi juga tak kerja kerajaan tapi syukur juga orang rumah kakitangan kerajaan..

    ReplyDelete
  18. Bestnye. Untung la org gomen nih. Nmpknya ry tahun ni boleh belanja sakan. Asalkan tak membazir sudah. Betul tak??

    ReplyDelete
  19. Salam MJ..

    ALhamdulillah...untung orang gomen..semoga mereka lebih berdedikasi bekerja :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)