Resepi Koaw Teow Th'ng

Selepas entry WW, rupanya ada yang tak perasan dan ada yang tak pernah makan menu tu.. MJ pun dah lama tak makan Koaw Teow Th'ng ni, lagipun bahannya tak susah sebenarnya antara nak ngan tak je :)

Bahan-bahan
sedikit gula batu
1-2 biji Sengkuang/Lobak Putih
Ayam 4-5 ketul
daun pandan
bawang putih
3" halia Muda (nak lebih pun boleh)
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa




Cara membuat
1. Rebus ayam bersama bawang putih yang dicincang sehingga masak, kemudian toskan ayam.
2. Masukkan daun pandan, kemudian sengkuang serta gula batu, masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan kiub ayam dan rasakan dengan garam

Hiasan
1. Carik ayam yang direbus tadi (ikut la nak bagi halus ke tebal ke.. ikut citarasa)
2. Goreng bawang putih (nak tabur atas)
3. Makan bersama Cabai Kicap/Cabai Merah
4. Bawang goreng, daun sup


Resepi di atas untuk 8-10 orang macam tu, boleh dimakan bersama Koaw Teow, bihun ataupun Mee :)


Kuah 'teng' ni memang berwarna putih (nampak ceroi) tapi sebenarnya memang begini.. Puas bila dapat makan dan dia tak sama seperti Kuah Sup sebab tak menggunakan rempah






p/s : Semalam tak sempat nak draft entry mahupun blogwalking, MJ  ada exam SPA..

23 comments:

  1. mcm menarik ni..nnt nak try jugak la

    ReplyDelete
  2. Klu kt kedai mkn ada jual ke ek menu ni?
    Xpenah mkn
    Nmpk simple jek nk buat nye tu

    ReplyDelete
  3. takleh nk kata apa dah...perut yg lapar lom bfast sudah berkeroncong

    ReplyDelete
  4. Sungguh menyelerakan..lepas ni kan beli la..hehe

    ReplyDelete
  5. saya pon x pernah makan... even sbnr nyer, x pernah dgr pon nama he3

    ReplyDelete
  6. Nanti boleh la jadikan list untuk berbuka atau sampingan tengah malam. Bahan nampak simple je tu.

    ReplyDelete
  7. Nak jugak la try ni...terlio nengok kueew teaw ni namanyer pun unik...

    ReplyDelete
  8. owhh nampak menarik dan sedapp
    hurmm memang boleh try nanti ;)

    ReplyDelete
  9. ala2 kue teow sup nampaknyer..tapi mesti lain rasanyer...bunda mmg suke makan sup2 ni..

    ReplyDelete
  10. oic..nanti leh buat, kuah yg manis tu sebab masuk senkuang ek...baru taw he3..

    ReplyDelete
  11. Salam MJ..

    Thanks 4 the recipe..
    mintak kopi..cma tgh kumpul menu2 utk berbuka ni.. jenuh nk masak hari2 tak dak idea..

    exam mcm mana? all the best ya!

    ReplyDelete
  12. first time jaa dgr menu ni tau MJ. btw tq coz sudi bkongsi resepinya.... senang2 nanti boleh jaa cuba buat...

    ReplyDelete
  13. boleh wat menu bln pose nti

    ReplyDelete
  14. Bila baca resepi sah kakak belum pernah makan Myra..

    ReplyDelete
  15. Tak silap cheq untuk ini makan dengan sambal hitam tu baru ada umphhh kan.

    ReplyDelete
  16. sedapnya...terliur akak tengok...

    ReplyDelete
  17. pernh dgr koteow tng ni tp tak petnah mkn lg

    good luck mj
    smga ada jodoh dgn spa nnti

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)