Terlupa!!

Pagi tadi masa tengah panaskan enjin kereta, secara tak sengaja MJ kelebek (membelek) wallet dengan niat nak susun kad-kad secara elok, sebabnya kadang bila MJ buka je, kad sure macam nak terjatuh.

Ni kes  tukar wallet la dari yang lama ke baru, slot untuk kad kan masih keras, malas nak 'paksa' kad masuk jugak so MJ letakkan semua sekali dalam 1 tempat.

Dulu MJ cukup tak suka wallet yang bersaiz panjang, tapi semenjak asben hadiahkan pada Oct 2012, terus hati terpaut jenis yang panjang gini..heheee. Soal harga tolak tepi yang penting kalau beli yang mampu milik gini, boleh tukar 3 bulan sekali ke..hahahaa dasar..


Akhirnya MJ letakkan semua kad dalam tempat letak syiling tu, konpem selamat kad-kad berada di situ.


Ok berbalik pada tajuk terlupa tu, masa dok tengok-tengok kad, MJ terperasan yang IC dan Lesen memandu tak ada, ha sudah mana pulak diletaknya, maksudnya dah 2 minggu MJ pandu kereta tanpa Lesen dan IC ke sebelum ni? Terus naik semula ke rumah dan cari balik dalam wallet lama..

Tapi, tak ada!! cuak seketika sambil kepala ligat dok berfikir mana letaknya.

Memandangkan MJ dah agak terlambat nak ke tempat kerja, MJ gamble je pandu kereta walaupun dalam hati berdebar tak terkira, mana la tahu kan tetiba la abg Polis ka Abg JPJ ka nak tahan kan.. (kalau taktau takpe ni sebab dah tau kan tu yg hati tak senang)

Sampai ke tempat kerja, MJ belek lagi sekali wallet, terpandang ada slot zip kat tengah-tengah tu, adehh tadi tak nampak pulak zip tu, buka zip tengok elok je IC dengan lesen memandu di situ.

Adehhh!!! geram betul dengan diri yang mudah TERLUPA.. Korang pernah jadi begini tak? hehe



38 comments:

  1. haaaaa... tu tandanya dah tua,, hik3..

    kekadang kelam kabut gak bila jadi camtu.. padahal elok je ada kat situ.. kan?

    ReplyDelete
  2. haaa..sabar jela gitu..sendiri letak sendiri lupa..hihi

    ReplyDelete
  3. @KiD

    3 series tak masuk lagi belum tua lagi..hahaa

    Tu la kan, bila kelam kelibut kita tak perasan pun..

    ReplyDelete
  4. ekkeke memang dikk .. nak2 bila tukar wallet .. konperm akak cicir mana2 ..

    sib baik lah kan .. kalau akak pun debar dah .. mana tahu .. kita ingat x der dah kan ;)

    ReplyDelete
  5. Selalu sgt nyanyuk lately ni... Cth mudah, da letak wallet atas dashboard tp masih lupa nak bawak nI opis hu3

    ReplyDelete
  6. Sebab kelam kabut sangat ni. Tu yang sampai terlupa tu.

    ReplyDelete
  7. MJ tu namanya tanda2 penuaan. Benda tu biasa kot sebab banyak berfikir, letak kat lain cari kat lain. Fenin.


    Selamat Hari Raya lama tak singgah sini...:)

    ReplyDelete
  8. kalau saya selalu tak bawa dompet,

    sebab kan kadang2 bertukar handbag maka tertinggal la dompet sekali.

    ReplyDelete
  9. biasalah tu. saya pernah terlupa nak renew lesen.lagi haru bawak kereta 3 bulan tanpa lesen. lagi teruk kan

    ReplyDelete
  10. hehehe kena cri petua ni utk bg jarang lupa

    ReplyDelete
  11. hehehe lupa tu perkara biasa, faktor usia MJ

    ReplyDelete
  12. tulah kdg2 benda tu ada je simpan..kita pulak dah mati2 igt dah check elok2..tp last2 ada je kt situ haha

    el ritu ms nak amek anak skul..naik moto..tiba2 ada road block..kena tahan..diorg suh kuar lesen..
    biasalah wallet perempuan ni penuh ngan mcm2..el cari2 xjumpa lesen tu..otak dah pikir adoiii lambat lak nak amek anak..pas2 abg polis tu x abis2 dok tya..mana mana..haaa xbw ke xde...pas2 geram lah kan terus el ckp..adaaaaaaaaaaalahh tgulah kejap..igt org xde lesen ke haha
    jenuh cari celah2 kad2...2/3 x repeat cari..last2 cari 1 persatu..takut lesen tu terlekat kt mn2 kad..nasib jumpa..hahaha

    ReplyDelete
  13. hehehhe...nasib baik takde ape2 yang berlaku...

    selamat hari raya sis MJ :-)

    ReplyDelete
  14. besa la MJ kekdg bila kita ni byk b'fikir dan stress2 sgt pn blh jd t'lupa..selain itu, faktor umur jgk menambahkan faktor keterlupaan itu sma..hehehe..

    ReplyDelete
  15. pernah gak jadik.. kat opis sibuk duk scan lesen memandu.. bila siap scan lupa nak amik.. esoknye baru perasan lesen tertinggal dlm mesin scan.. haih~ nasib x de polis..:P

    ReplyDelete
  16. Ada jugak kadang2 jadi gitu. Padahal kita simpan benda tu dekat je, tapi oleh sebab kita tak expect yg kita simpan dia kat tempat tu so kita tak check. Tapi yg penting jumpa takpe la kan MJ.

    ReplyDelete
  17. Pernh gak jd camtu. Nk buat cane kn. Tp nasib la jumpa. Klw x jenuh nk cr tu

    ReplyDelete
  18. saya pon pernah kak,tp bukan kad.tp tiket feri..saya baru je beli purse baru,pastu p selit la tiket dlam tu..bila cari2 xde,saya fikir dh jatuh atas tanah..dah kalut la..dh tawar hati nk p lagkawi masa tu..pastu kawan kata,meh nk tolong cari,rupa2nya ade dlam 1 tmpt yg say x cari..sya ingat tmpat tu xleh bukak...biasa la kan,tgh kalut..huhu..smpai sekarang x gna dah purse baru,guna purse lama je

    ReplyDelete
  19. Cqntik wallet tu. Purse akk pun penuh dgn kad sampai buncit jadinya. Nak tutup zip pun x boleh. Mcm2 kad dok ada. Sumenye guna.

    ReplyDelete
  20. kalau saya mencari barang,sama naik mulut ni mencari...rupanya terlupa...macam ni jugak lah...padahal ada je benda tu...

    ReplyDelete
  21. syukurlah jumpa kan myra, kalau tak nanti kene denda pulak, cantiklah wallet tu, boleh tahan gak taste suami myra, dah belikan kene pakai tau, nnti suami tgk dia akan belikan yg baru lagi dan lagi heheheh

    ReplyDelete
  22. dompet saya pula, 24 jam ada di poket depan saya. so sukar terlupa. heee

    ReplyDelete
  23. hehhee... cuak bila tau x bwk.. klau x tau kan relax ja hehe

    ReplyDelete
  24. hahaha bila dah tau kompem gelabah kan. kalau tak tau x bawak lesen boleh wat rilek je. huhuhu

    btw same lah kite baru2 ni belajar pakai purse panjang. hihihi

    ReplyDelete
  25. sy pun pnh jd gini.. byk kali dh rasanya.. hihii

    ReplyDelete
  26. Salam MJ..

    hihi..cma tak suka ada wallet.. besaq ke.. kecik ke..
    mcm rimas jer..tp nk tak nk kene ade jgk nk isi mende2 penting dlm tu.. huhuh...

    haa...selalu jadi mcm ni! geramsss >_<

    ReplyDelete
  27. klu yati pun cuak jugak... tiba2 je takde...biasala tu myra kdg2 terlupa buh kat mana...

    ReplyDelete
  28. Hahaha..pnh jugak jd.mcm mj nih...ble dh jmp.memg hangen je...jenuh cri tpt.len skali de je kat wallet

    ReplyDelete
  29. hihihi...hubby akak pernahlah...lesen motor...

    ReplyDelete
  30. ingatkan tadi nak report kat polis yg MJ drive tak bawa lesen...hehehehe

    ReplyDelete
  31. hihi..lya mmg sokmo gni..kdg2 cari merata, rupanya kat tgn je.. tu y kna belebel sokmo dgn fain.. hhehe

    ReplyDelete
  32. hihihi terlupa tu biasa la mj...wani pn sama kdg2 telupa jugak ngeh3

    ReplyDelete
  33. kot-kot ada termakan semut...heee.
    wallet banyak poket/zip selalu ginilah

    ReplyDelete
  34. saya pernah benda di tangan pun masih terlupa...dan mencari-cari lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)