Banjir Kilat di Cameron Highland 23/10/2013

Terkejut masa dengar radio semalam kata banjir di Cameron Highland, dok terfikir macam mana kawasan  tanah tinggi seperti di Cameron boleh kena banjir?

Lepas tu semalam masa tengok berita TV3 baru tau ooo berpunca dari air Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet Ringlet awal pagi semalam kerana tidak dapat menampung limpahan air berikutan hujan lebat. Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

 Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.






Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi Rabu.





Keadaan kawasan Bertam Valley selepas Banjir

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur.

Sumber : MyMetro dan Bernama


p/s : MJ dah le dalam proses dok mengajak asben jalan-jalan kat sana, dah rindu sangat nak ke sana, bila jadi banjir macam ni asben tanya ' Ha nak p lagi ka tempat tu?' MJ terdiam jela..huhuuu.. Takpa takpa, kita plan awal tahun sebab masa tu bukan musim hujan..hehee

23 comments:

  1. seriau tgk lokasi kejadian...

    ReplyDelete
  2. ada member share kat wasappp... takut tgk...

    ReplyDelete
  3. MJ sama la kita pun ada plan nak ke cameron. dah jadi macam ni, ingat ke penang je la bulan 12 nanti. bole pergi pesta penang sekali. hehe

    ReplyDelete
  4. Aduhai sedihnya kakak tengok berita yg terpapar macam tak sangka boleh jadi macam tu sekali dahsyatnya..

    ReplyDelete
  5. sue last G pon bulan 5..mmm...kesian kat dorang banjir kilat tu

    ReplyDelete
  6. aduhh ajal maut kann
    x sangkat pula di CH pun bajir huhuh

    ReplyDelete
  7. Takziah pd semua mangsa2 banjir kilat tu.

    ReplyDelete
  8. skang nie kawasan muka bumi kat cameron pun dah macam tak dijaga

    ReplyDelete
  9. ya Allah...kesianlh...smpai terbalik kreta...penat lh mereka nk cuci rumah nnti.. semoga mereka tabah hadapi dugaan ni..

    ReplyDelete
  10. mula2 tgk berita tu smlm mcm x percaya CH leh banjir..sekali sbb pelepasan air empangan tu..smua penduduk pun dah diberi amaran psl ni..tp tulah musim ujan skun ni mayb salah satu penyebab banjir teruk kt CH tu eh..allahualam

    ReplyDelete
  11. Kalau dah nak jadi, tempat tinggi pun bleh banjir. Sedihnya tengok kesan banjir lumpur tu. Nampaknya semua tempat ada risiko bencana. Dok tepi laut ada tsunami. Dok tanah tinggi bleh tanah runtuh. Tanah rendah banjir. Berserah la ke pada Allah.

    ReplyDelete
  12. zura pon rindu CH.. plan nak gi tahun depan gak.

    takziah buat semua mangsa banjir di CH..:(

    ReplyDelete
  13. huhu...ketentuan Allah...ajal maut ditanganya...al fatihah

    ReplyDelete
  14. terkejut juga bila dengar dan baca berkenaan berita nih...huhu

    ReplyDelete
  15. teruk kan banjir kt CH..
    slh satu sbb pelepasan empangan tu le..
    pduduk tk dan nk myelamatkan diri..blaku tlalu pntas kan...
    haihh nk p cuti2 kt CH pn tertangguh gk nieh..

    ReplyDelete
  16. pheww.. selamat ida dah balik dari CH. ALLAH masih lindungi kitaorang. sib baik.... ;))

    ReplyDelete
  17. takziah kepada mangsa yang terlibat, mmg terkejut masa dgr berita ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)