Family Day : Lost World of Tambun, Ipoh

Cuti Deepavali pada hari Sabtu lepas kami sekeluarga jenjalan ke Lost World of Tambun, kami gerak dari Penang dengan 2 buah kereta, lebih kurang sejam setengah perjalanan kami sampai tempat dituju.

Kaunter nak beratur tiket punyalah ramai manusia, dengan rombongan Sekolah lagi, mujur my Dad ada dapat Bocer, jadi kitorang boleh la 'skip' itupun nak kena beratur jugak :)


My Lovely Family, masa ni MJ tukar pakaian, yang lelain tengah tunggu beratur nak beli pelampung.. Harga sebuah pelampung RM25, kalau dipulangkan dalam keadaan baik, mereka akan 'refund' RM10. Fuuhhhh cekikkkk heheee


Penuh dengan orang ramai, tapi tetap ada jugak tempat untuk kami menyelit..hehee

Muntah serigala

Gambar lelain terlupa nak snap..hohooho.. teringat Ilhan (1yrs ++) mandi sampi sejuk gedi kaki tangan, mulut sampai biru ha.. MJ peluk dia tapi masih tak terkawal kesejukannya, lepas tu mintak asben ambilkan tuala, MJ peluk Ilhan dengan tuala mandi. Dalam sejuk tu mata taknak lepas tengok orang lain mandi.. Lepas lebih kurang 5minit bila Ilhan dah ok, terus tarik tangan MJ ajak mandi lagi..hehehee Ilhan oh Ilhan.. :)



Bila dah mandi nak tukar baju taknak, Umi dia 'paksa' salin pakaian jugak ngamuk2 nangis ha nak mandi lagi. Lepas tu bawak dia p tengok orang mandi ha diamlah.. Hati nak mandi tapi dalam masa sejuk atau mungkin Ilhan seronok dan hairan kot tengok ramai orang dok mandi manda ;)


p/s : Kalau ada yang nak selit order Shaklee HARI INI SAHAJA, cepat2 SMS/WhatsaApp MJ 012-4353088, setiap pembelian akan disertakan free gift :)

25 comments:

  1. seronoknya mandi manda.. saya belum pernah ke Tambun..nnt nak pergilah..

    ReplyDelete
  2. Salam Myra..bestnya g mandi manda.K.atie pon pernah pg bwk anak2..tp lama dah :)

    ReplyDelete
  3. kalau cuti mmg penuh ler tempat cmni..
    nak mandi pun xdek selera kalu dh ramai.
    tapi meriah.
    hehe..

    ReplyDelete
  4. lama sungguh tak sampai sini ni..last 2006..lama kan

    ReplyDelete
  5. wah..p tmbun lg ya..

    yui gak lama tak p..hhiu

    ReplyDelete
  6. Bestnya tambun..ntah bila nak pi lagi??? hahaha..pelampung tuh memang harga cekikk jugak laa..mknan dlm tuh pun blh thn jgk harga nya..

    ReplyDelete
  7. time cuti...biasa la tu MJ... kt tmpt kecik mcm kt pedas spring pon harga pelampung mmg cm tu jg... mahal

    ReplyDelete
  8. Wah.. Puas la berjalan ye MJ masa cuti deepavali tu. Tak pernah lagi pergi sini.

    ReplyDelete
  9. anak2 ngan air mmg takleh dipisahkan..dah sejuk gigil pun tetap nak berendam..

    ReplyDelete
  10. sonoknye main air~
    buadak2 mesti sonok lah dapat main air kan~
    belom pernah sampai lagi kat sini.. harap2 ade lah rezeki main air kt sini..:)

    ReplyDelete
  11. igt pi sini dulu ms peknen alana..7 bln kut..hahahahaha..best kat tambun ni..

    ReplyDelete
  12. Penuh orang! Hihihi..

    Memang depa buat duit banyak dengan jual pelampung...:P

    ReplyDelete
  13. Mahalnya sewa pelampung. Mmg cekik. Takleh bawa sendiri ke? Pandainya Ilhan main air. Waktu cenggini badan dah menggigil sejuk pon dia tak peduli kan?

    ReplyDelete
  14. akak pergi sini tak sempat mandi...lebih kepada bawak anak2 buat jelajah tengok rimau, masuk gua pergi TinValley & pergi petting zoo best kan pi sini.......

    ReplyDelete
  15. best kan main air..lama dh x dtg sini.

    ReplyDelete
  16. Salam MJ..
    Seronoknya p jenjalan..
    tak pernah lg sampai tambun.. anak2 pernah la.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. syok gak g tambun.. macam-macam aktiviti ade..
    http://sinarcintaku.blogspot.com/2013/05/honeymoon-di-lost-world-of-tambun-part-2.html

    ReplyDelete
  18. tak sampai sini lagi.. macam best je

    ReplyDelete
  19. budak2 mmg sukalah tempat2 macam ni kan !

    ReplyDelete
  20. bestnya kak!tak pernah p tambun ni

    ReplyDelete
  21. comelnya IIhan...cik tom xpernah lg pi sn..insyaAllah nanti nk jgk plan family trip ke sn..tgk cam best je!

    ReplyDelete
  22. syoknya...lama dah nak pi tapi asik tak dan je...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)