Kenapa hari ni Isnin?

Bunyi jam pagi tadi tetiba rasa alahai kenapa la dah bunyi, kenapa la kena ada hari Isnin alahai bosannya, rasa macam tak puas je cuti 2 hari, rasa sayang nya nak tinggalkan bantal peluk, selimut tu semua.

Sepanjang jalan nak ke tempat kerja terpikir kenapalah singkat sangat cuti yang diberi, penat bekerja dari Isnin - Jumaat tu pun tak hilang lagi dah kena kerja semula.

Kami kerja 9.5jam sehari, kalau seminggu dah 47.5jam, kalau Gomen cuma 40 jam je.. Mood jeles disitu terutama kat suamiku..hhuhuu..

Kekadang rasa mood nak kerja dah kelaut, adakah sebab MJ dah bosan? Dah 6 tahun berkhidmat di sini, kekadang rasa macam nak duduk rumah sahaja sambil bisnes online insyaAllah.. :)

Oh ya saja nak berkongsi, minggu lepas MJ dah batuk2 (macam kahak taknak keluar tersangkut di kerongkong) ingat Sabtu lepas kalau masih tak lega sebab batuk biasanya akan melarat berminggu kan, dan MJ ada terbaca pasal khasiat Vitamin C boleh menyembuhkan batuk, jadi setiap pagi MJ akan makan 1 biji Vit C  alhamdulillah batuk MJ dah lega. MJ pun baru perasan ada benarnya khasiat Vit C tu.

Jadi sesiapa yang batuk yang taknak makan ubat batuk (cuma bagi mengantuk sembuhnya tak pun) bolehla cuba makan Vit C ye tak kisah brand apa sekalipun, kalau nak yang Shaklee boleh roger MJ ye..hehehe

14 comments:

  1. hmm..samalah kita.. kenapalah hari ni hari isnin..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. mungkin miera kena pergi bercuti ni..dapatla release tesion kan

    ReplyDelete
  3. sue sekarang guna vita C plus tu pon rasa selesema ni nak tak nak je kuar..ok la tu kan..rasanya ada hingus nay..tp so far belom sampai melelh lagi..tp still boleh kawal.alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Tapi bila dah kerja tu Myra tahu-tahu dah sampai masa balik.. dan tahu-tahu jumpa balik Sabtu-Ahad...

    ReplyDelete
  5. baru tahu vit c tuh leh legakan batuk..huhuhu

    ReplyDelete
  6. lieya pun rase dah bosan dgn tempat keje skrang...dah 7 tahun keje...rase2 mcm nak mintak tukar jek MJ heheheeh

    ReplyDelete
  7. Vit C mmg baik utk elak kena batuk/selsema/dmm etc..lambat lg kan ari jumaat..hehehe

    ReplyDelete
  8. ehhh...arinie ari isnin ker?..alahaiiii..duk umah berpantang nie ari pun xtau ari ape dh..

    ReplyDelete
  9. kena cargassss kerja tauuu..
    jangan malas malas...:P

    ReplyDelete
  10. live kene terus kan.. nak buat mcm mne kan.. isnin tetap isnin cuma kita jer tak isnin lagi hahhaaa.. :D

    Moga kak Myra Jay sentiasa baik2 aja :D

    ReplyDelete
  11. el start keje ari ni
    mmg kurang tido lau esoknya nak keje adoiiiiiiiiii mmg teringin sgt nak jd surirumahtangga fulltime ni hahaha

    ReplyDelete
  12. heee...no more monday blues ye kak:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)