Perlu ke Tak Perlu

MJ dalam dilema sekarang ni, samada perlu atau tidak MJ berkongsi dengan apa yang telah MJ lalui..  Tapi bila difikirkan dari 1 segi MJ rasa seperti perlu berkongsi pengalaman MJ ni, sebab di luar sana masih ramai seperti MJ, dan pentingnya maklumat ini dikongsi bersama-sama agar kami sama-sama dapat merasa apa yang orang lain telah merasa nikmat yang kami masih belum merasainya. Ye kami telah diuji dan ujian ini kami perlu hadapinya, kerana kami juga ingin merasai nikmat tersebut..


Dari 1 segi lain pulak MJ fikirkan andainya perkongsian ini kami sendiri tak berjaya, pasti kami akan terus dihimpit persoalan demi persoalan yang pastinya tak akan pernah habis.

MJ dah draft entry perjalanan kami sepanjang rawatan demi rawatan yang masih dijalankan, MJ nak simpan sebagai koleksi kenangan dan juga boleh dijadikan panduan buat orang lain, insyaAllah.

Jadi andai MJ berkongsi, entry tersebut kebanyakan dah lepas, MJ menulis entry tersebut adalah pada hari kejadian supaya MJ tak lupa apa yang telah MJ lalui, setakat ni dah 3 entry dalam Draft.

Cuma apa yang mampu diharap dengan perkongsian entry tersebut, rakan-rakan lain jugak dapat mendoakan kami untuk nikmat tersebut ye.. :)


23 comments:

  1. iye kak....sama2 kita doakan..moga ada rezeki akak kali ni...amin...:)

    ReplyDelete
  2. macam tau je citer pasal pe... takpela klu share pun atleast bley dijadikan panduan tuk orang lain jugak myra... mungkin ada jugak yg sama kes ngan myra...

    ReplyDelete
  3. insyallah myra
    weols doakan yg terbaik tuk myra
    nak jugak dgr rentetan kisah myra ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Hmmmm... Boleh tanya, kak Myra sedang menjalani rawatan apa tu?

    ReplyDelete
  5. usaha tak pernah putus...
    Allah suka myra..

    akak mcm phm je apa yg myra nk kongsi ni..

    kak pon penah alami keadaan mcm myra nie..

    mcm2 yg kita buat utk menikmati nikmat mjadi sorang ibubapa...

    yg penting ada kerjasama antara husband n wife..

    neway good luck myra..

    ReplyDelete
  6. share la, kut2 lah ada yang alami bende yang sama, boleh tukar2 pendapat.. ;)

    ReplyDelete
  7. kongsilah mana tau bermanafaat utk org lain juga !

    ReplyDelete
  8. Bila baca ada hint sikit kakak macam dapat tangkap maksud Myra. Pada kakak tak salah berkongsi apa lagi tuk kebaikan bersama. Mana yg belum tahu boleh ikut cara Myra juga..

    ReplyDelete
  9. zura doakan yang terbaik buat Myra k~

    kalo Myra rasa selesa untuk berkongsi, Kami semua rela hati membacanye. mungkin n3 Myra tuh membantu orang lain jugak.. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  10. kongsikn myra..bole kwn2 share info...insya allah ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  11. mcam akak yg komen kt atas tu,klo kak myra sela nk share,kmi sdia membacanya..

    InsyaAllah,ade rezeki nanti.saya sentiasa doakan utk akak..Semoga berjaya..Amin

    ReplyDelete
  12. insyaAllah sy doakan yg terbaik

    ReplyDelete
  13. sis, nak tau jgk.hehe..tula, mungkin leh jd guide utk org lain pulak.waiting with patience =)

    ReplyDelete
  14. salam MJ..

    perkongsian ape agaknye ye..?
    insyaAllah..semoga ada rezeki utk MJ nnti..
    x sbr nk tunggu :)

    ReplyDelete
  15. yup..share kah myra..kita pon tahu sebab ape..dan ada yg nak dikongsi ngn myra..tp better myra yang share dlu lah..

    ReplyDelete
  16. @mrs Fiza
    Assalam Fiza, ada yang nak berkongsi ke? cepat2 PM kita, nak gak tahu..heheee :D

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. akhirnya myra dah kongsi utk semua ;-)

    ReplyDelete
  18. kan.
    perasaan kita sama.itu sbb ciksu baru kluarkan entry tu skrg.hukhuk
    start buat rawatan tahun 2011
    kenang kenangan kita yg tak kan lupus.
    mcm ciksu hari tu ada yg separuh ciksu dah draft ke dashboard.tp blom upload pitcher.sekali hari tu laptop hilang.. masyaAllah mcm nak teriak bg tau satu dunia betapa geram,kecewa dan sakit hatinya semua yg sy simpan hilang sekaligus bsama laptop tu..huhu
    semua gambar ciksu amik darah ,hospital dah takda.yela dulu ciksu buat kat jb sbb duduk jb.
    pastu pindah blk kl, kenangan kan semua tu.
    yg tak da pada org lain.. hnya yg istimewa mcm kita saja merasainya.in shaaAllah pasti ada ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)