Majlis Persandingan Fizo dan Mawar di Penang

Ahad lepas (22.12.13) MJ dan suami menghadiri majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan FIZO Omar dan MAWAR FAREEDA. MJ hadir sebagai salah seorang peminat kedua-dua mempelai je..


Kami saja je lalu kawasan Butik Fareeda tu, asben cakap kalau ada parking kita p kalau tak dak kita balik, MJ mengiyakan je dan alhamdulillah ada rezeki kami dapat parking maka hasrat diteruskan.



Billboard besar dari jauh dah boleh nampak.. berapa ribu la besaq ni kan? Orang ada duit apa ada hal kan..

Orang ramai yang mula mengerumuni perkarangan butik Fareeda, masa ni lebih kurang pukul 2.15pm

Masa kami sampai pengantin dah masuk dalam, keletihan kot melayan peminat yang memang ramai sangat masa tu.. dan model2 Fareeda mengambil tempat buat shooting mempromosikan tudung Fareeda.


Tudung terbaru Fareeda Aisya yang berharga hampir RM200, huhuuu tak mampu cheq mampu tengok jela..


Comel kan...? Berapa helai tudung diorang tukar pakai pun tak tahulah..

Diorang ni kembar ke adik beradik ye? Sapa tahu... Muka sama seiras kan..


Model tudung Fareeda yang sangat cantik + kurus giler, serasa MJ betapa tak layak nak jadi model..huhuuuu


Alahai cheq tak ready.. sempat bergambar dengan Mak Fizo yang memang sporting siap jemput kenduri sebelah lelaki di Kelantan pada 28hb.. Siap bagi peta lokasi majlis lagi... Ye Makcik kalau kami ke sana insyaAllah sampai.


Elok je pengantin keluar, semua pakat kerumun nak bergambar bersama.

Motif gambar? Nak tunjuk corak inai Mawar kot cantik, macam corak sarang lebah



Diorang ni memang pasangan sama cantik sama padan, baju yang dipakai Mawar pun cantik sangat


Tahniah buat anda berdua, semoga hubungan berkekalan selamanya ye.. Biasalah asam garam rumah tangga gaduh2 manja gitu.


Disebabkan 'peminat' yang super duper ramai MJ tak dapat bergambar dengan pengantin, jadilah bergambar kat board diorang pun..haha


Sebenarnya MJ ada nak jumpa kawan kat Seberang Jaya, tu yang terpaksa mengundurkan diri.. Lepas dah jumpa kawan tu asben ajak patah balik ke butik, mana tau dapat peluang bergambar.. Tapi Mj cakap tak payahlah kang belum tentu nak dapat parking..



Dapat la bawak balik paper bag diorang yang sangat cantik comel kecik molek ni, tapi bukan dapat tudung Fareeda yang gojes tu ye.. hahaa

Ni lah isi kandungan bag tu, dapat kalendar 2014 Fareeda dan cookies.

Best jugak dapat ke majlis perkahwinan retis ni, makanan yang dihidangkan pun banyak ada macam2.. Selain dari Nasi, ada Char Koaw Teow, Mee Udang, Koaw Teow Goreng, Bubur kacang, (tu yang MJ nampak la)



27 comments:

  1. bestnya dapat pi sana.. akak Ros yang dok penang pun ada gi jugak .. tu yg jelous ngan dia.. hihihi

    ReplyDelete
  2. wow bestnye goodies dia, dpt calendar !!! best nye..

    jemput singgah blog sy pula ye -->

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya....dapat tangkap gambar dengan artis. Cantik dua dua pasangan ni

    ReplyDelete
  4. Amboi..syoknya tu. Untung MJ dapat pergi kenduri fizo.. meriah majlisnya.. alhamdulillah..sedap makan hati senang.

    ReplyDelete
  5. Bestnya raikan fizo n mawar =)
    Meriah sungguh! =)

    ReplyDelete
  6. wah.bestnya dapat tengok diorg live depan mata.. hehe..

    ReplyDelete
  7. tahniah utk depa 2.. moga kekal hingga ke anak cucu...
    baru2 ni ada p mkn kat kedai dkt ngan umah tok mawar tue, memb la habaq, kata dkt c2 ja.. nureen mmg x brapa tau hehe

    ReplyDelete
  8. amboiii MJ...sakan ye...kalu dkt sy pn nk terjah ;-)

    ReplyDelete
  9. cantik mawar.... best la gi tengok dorg...

    ReplyDelete
  10. mesti ramai tu kan..nampak meriah tu..kalo patah balik..mana tau boleh tangkap gamba ngan pengantin kan

    ReplyDelete
  11. Oh... meriah dan cool aje kakak tengok. Pasangan yg cantik dan hensemlah Myra...

    ReplyDelete
  12. Takut lihat pasangan berbelanja untuk perkahwinan mereka.

    ReplyDelete
  13. Bertuahlah dapat pergi...hehehe...

    Model 2 orang MB pernah jumpa....

    ReplyDelete
  14. Wahhh billboard beso lagik.. x berkesempatan sebab urusan kerja untuk butik. Seronok view MJ snap pix. Koleksi tudung Artie Natasha tengok yg bru launch ejer... very niceeeeeeee :-)

    ReplyDelete
  15. Alahai model dia comey2 nya... emmm best nya dapat pi kenduri depa...

    ReplyDelete
  16. wah, syoknya...tak silap kat kelantan pun dijemput semua...kalau tk ada hal bolehlah pergi sebab kebetulan akak kat sana bercuti..hehehe

    ReplyDelete
  17. wah myra g yer.. bestnya..

    *btw, lupa nak cakap, komen pasal cyst td tu myra salah komen kat entry lain :-)

    ReplyDelete
  18. bestnye dpt tgk diorg secara live
    sejak kawin ni fizo ngan mawar bertambah2 kacak n lawa

    ReplyDelete
  19. Untungnye dpt tgk diorg secara live

    ReplyDelete
  20. klass mj dpt calendar mawar. wow. mmg lawa kan mawar.suka mata mawar. hidung tingggi. ala, mj pon comel. xpa kita x jdi model fareeda, nti kita jd model utk ank anak ye. in shaa Allah. aamiin

    ReplyDelete
  21. untungnya myra dapat pi kenduri fizo n mawar... sama padan sama cantik ye

    ReplyDelete
  22. wah bestnya!!! untung akak dapat g:)

    ReplyDelete
  23. wah bestnya MJ.. nina xsempat pi pon. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)