Penggunaan Kalimah Allah oleh gereja: Apakah ada jalan penyelesaiannya




Isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja sememangnya menjadi isu sensitif dikalangan umat islam dan penganut agama kristian sehingga mengheret ke mahkamah.Ketika isu ini kelihatan reda rakyat malaysia dikejutkan sekali lagi dengan berita penyerbuan JAIS keatas tempat percetakan bible dalam versi bahasa melayu. Ia sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat. Belbagai pihak tampil dengan berbagai bagai pendapat. Ada yang menyokong tindakan JAIS malah tidak kurangnya membangkang.



Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah ini, elok juga jika kita melihat kepada apakah yang menjadi dasar kepada permasalahan ini iaitu kalimah Allah itu sendiri. Kalimah Allah merupakan kata dasar dari bahasa arab iaitu ilah yang bermaksud tuhan. Akan tetapi kalimah Allah pula membawa maksud satu-satunya tuhan yang layak disembah(the only god). Kalimah ini tidak boleh diplurisasikan menjadi ramai tuhan(gods) ataupun digenderkan(goddes) kerana maksudnya yang unik iaitu tuhan yang esa. Jadi jika menggunakan kalimah Allah untuk menunjukkan Allah mempunyai anak atau Allah adalah lelaki adalah salah kerana menyalahi maksud kalimah tersebut.



Justeru kenapakah pihak gereja beria mahukan kalimah Allah dalam bible... sebelum kita mahu melihat sebab kita juga harus melihat sejarah ataupun kronologi penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian. Adakah pernah digunakan sebelum ini? Jawapannya ya, memang pernah digunakan oleh masyarakat kristian malahan yahudi. Jawapannya mudah kerana agama islam bukanlah disampaikan pada zaman nabi muhammad SAW bahkan pada zaman nabi adam AS.

Kalau merujuk kepada bible, apabila ia menyatakan tentang tuhan bapa ia sering menggunakan kalimah elohim, eloi, yahweh. kalimah elohim merupakan kata yang berasal dari bahasa hebrew iaitu eloh yang bermaksud tuhan. Ianya mempunyai huruf yg hampir sama dengan bahasa arab memandangkan ianya merupakan satu rumpun bahasa yang sama dengan bahasa arab(semantic language). Begitu juga dengan perkataan eloi. Ia berasal dari bahasa aramaic yang digunakan oleh jesus(nabi Isa AS) yang bermaksud tuhan. Jadi mengapakah kristian tidak memakai nama ini sebaliknya lebih gemar menggunakan god atau jesus?
Ini mungkin disebabkan lebih mudah untuk menggunakan nama jesus kerana ia masuk dengan teology trinity yang digunapakai sebagai doktrin gereja.




nama ini tidak digunapakai seharian oleh pihak gereja terutamanya gereja disebelah barat hanya cuma beberapa buah negara iaitu sesetengah arab dan indonesia. Di negara arab, kristian kebanyakan bermazhab coptic dan mereka faham maksud kalimah keesaan Allah berbeza di luar jazirah arab. Adalah amat malang jika penggunaan kalimah Allah digunakan oleh pihak yang tidak memahami kalimah teragung dan meletakkannya ditempat yang salah

Jadi berbalik ke soalan asal, mengapakah golongan gereja mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka? Umum tahu ia adalah kerana untuk memudahkan para mubaligh @ christian misionaries menjalankan 'dakwah' mereka. Dengan adanya ruang untuk mengelirukan orang awam terutamanya yang kurang berpengetahuan dalam agama maka lebih mudah lah usaha mereka. Inilah yang menyebabkan ramai menentang penggunaan kalimah suci ini




Namun demikian bukanlah semua ulama menentang perbuatan menggunakan nama Allah antaranya golongan ulama muda dan golongan pendakwah. Perbuatan menggunakan nama Allah dilihat ada baiknya dalam usaha umat islam sendiri untuk berdakwah kepada pihak kristian. Ada juga yang menyatakan kalimah Allah bukanlah hak milik mutlak orang islam malah telah lama digunakan oleh orang arab jahiliyah sebelum kedatang rasulullah SAW.

Apapun pandangan serta hujah orang ramai, seharusnya mengambil kira maslahat umum. Ulama dan bijak pandai serta pemerintah harus menimbang kesan buruk serta baik dalam menentukan sebarang hukum. Jenis- jenis hukum feqah seperti feqah waqi, maqasid dan awlawiyat mungkin boleh digunapakai. Wallahualam.  


  
Mr Jay


Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)

17 comments:

  1. isu syiah yang ramai pegikut secara senyap saja kat negara kita dah cukup berat, harap tidak ditambah lagi dengan isu ini yang memungkinan mengelirukan.

    ReplyDelete
  2. ada pro dan kontra cuma bimbang pada orang yang mudah cenderung kepada perkara sesat tu nanti..atau ada manipulasi dikemudian hari..wallahualam

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang tak selesai masalah ini. Sampai bila pun tak tahu. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  4. melampau kan depa ni...nak main2 kan agama islam pulak

    ReplyDelete
  5. salam Mr Jay.

    mmh tak patut kalimah allah digunakan dlm kitab bible..
    boleh timbul kekeliruan.

    ReplyDelete
  6. isu ni mmg sensitif..

    hrp dpt diselesaikn..

    ReplyDelete
  7. Penerangan yang diberikan, jelas... :)

    Semoga isu ini tidak terlampau ekstrem... Kene banyak membaca dan belajar... :)

    ReplyDelete
  8. Saya pon harap isu ni ada jalan penyelesaiannya. Setiap org ada pandangan masing2. Apa yg sepatutnya setiap umat islam lakukan ialah rujuk kepada Al QUran dan hadis utk cari jawapannya tentang hal ini. Saya faham sensitiviti hal ini, cuma saya kurang setujudgn cara segelintir umat islam yg menangani isu ini dgn cara yg boleh menjatuhkan imej islam sendiri.

    ReplyDelete
  9. diaorang ni sengaja nak porak peranda isu keagamaan

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum MJ...mmg sensitif kalau isu keagamaan ni kena cuba menghalangnyakan...

    ReplyDelete
  11. abang ipar PM merupakan salah seorang lawyer yang menentang penggunaan kalimah Allah nih...=)

    ReplyDelete
  12. makin byk isu kalimah allah ni.. makin ditegah makin nk diguna kalimah ni.. geram la

    ReplyDelete
  13. Masalah nih kne di bendung secepat mgkin..bimbang nti akan memesongkan akidah umat Islam

    ReplyDelete
  14. isu kalimah Allah ni mmg sensitif.. harap2 ada la amik tindakan

    ReplyDelete
  15. semoga ada penyelesaian yang terbaik....sama2 kita doakan kan kak...

    ReplyDelete
  16. mmg sensitip harap jumpa jalan penyelesaiannnya

    ReplyDelete
  17. saya nk cite psl saya masa kecik2 dulu... saya pernah tgk cite apa ntah, pelakon dia dlm cite tu sebut Allah tapi dia sembah bnda lain... sampai masa kecik saya pernah terpikir, dia islam tp knpa smbah bnda lain...

    nampak tak dia dh ganggu "otak" saya masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)