Lasagna Telur Bercheese

Dah lama MJ dok ushar resepi ni, tapi sebab nak buatnya kena bakar bagai maka terbantut kejap, yela rumah kami takdak Oven kena tunggu balik rumah Mak dan ada kelapangan baru buat. Walhal resepi senang je, resepi asal dikongsi dari Diet Atkin.

Bahan-bahan
3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 biji telur
Daging/Ayam cincang/Beger
Cheese Mozarella/Slice
1 biji Tomato (ikut keperluan) - potong dadu
1 biji cili merah
1sb Sos Prego/Leggo
1sb Serbuk Kari
1sk Lada Sulah
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Tumis bawang yang dah ditumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan daging/ayam cincang dan tumis sehingga separuh masak
3. Masukkan serbuk kari, lada sulah, tomato dan juga sos prego - kacau sebati dan masukkan garam. Ketepikan
4. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati
5. Dalam bekas (yang nak dibakar tu) tuang 1/4 telur diselang seli dengan ayam yang dah dimasak tadi. Atas sekali baru tuang telur sehingga habis dan hiaskan dengan cheese sesuka hati dan tabur cili merah.

Panaskan oven dengan suhu 180'c - 200'c masukkan lasagna dan bakar dalam tempoh 20minit, dan siap..

Sedap dimakan, tak perlu sos pun dah secukup rasa, tak berapa nak jadi layer sebab bekas yang MJ guna tu besar, kalau kecik sikit sure nampak tinggi..hehee


Yang hancur  sikit sebelah kiri tu sebab masa nak angkat dari bekas terjatuh, tapi memang sedap. Macam nak buat lagi je, adik MJ yang tak pernah makan pun berulang kali dia jamah ha, sedap katanya.. wahahaa makin mengembang le ahkaknya..

p/s : Kalau ikut dari Diet Atkin tomato tak boleh makan tau..


19 comments:

  1. wahhhh nmpk jer pon da meleleh air liur d buatnyer...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap gini.. memang tak jalan la diet2.. haha..

    ReplyDelete
  3. nana rasa nana tak pernah makan lagi lasagna,hihi.....nampak menyelerakan:)

    ReplyDelete
  4. sedapppnyeeee..

    Myra.. zura makan jer tomato.. tapi kawal kuantiti nye.. boleh kata setiap kali hidangan zura akan amik tomato tapi sehiris jer le. hehehe

    ReplyDelete
  5. salam...apa khbar? ceria tak ini hari hee..

    wah sedap jer tu nak cikit boleh? rajin myra buat kerja dapur masak bagai ;)

    ReplyDelete
  6. Bila ada cheese aje memang kakak sukalah Myra. Apa lagi kena bakar dah meleleh-leleh cheesenya aduhai sedapnya:)

    ReplyDelete
  7. Hmm.. hebat boleh buat lasagna sendiri. Bukan senang nih. Kawe masak di PIzza Hut jer selalu. Tahniah.

    ReplyDelete
  8. adoi hai... sedapnyer... mau bikin la 1 may nanti lasagna...

    ReplyDelete
  9. sedapnya, akak pun tgh diet ni, tp pantang nampak mkanan acaner tu hehe

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap.. macam nak try jer... eyza ni dah banyak kali nak buat menu atkins, tapi asyik pospone jer... tp yang ni nampak best.. x sabar nak buat...

    ReplyDelete
  11. pergh, nampak pun dah tau sedap. lasagna ni sedap. cuma saya pun belum pernah buat.

    ReplyDelete
  12. 1st tu je lah iols try masak lasagna..lau taruh cis byk2..mmg leleh lah..

    ReplyDelete
  13. Lama kita ngidam nak buat sendiri hehe jumpa resepi ni nampak senang je kita amik simapn resepi ni ea mekasih share :)

    ReplyDelete
  14. salam MJ..
    nampak sungguh kesedapan..
    oo..cma tak amalkan diet atkins ni lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  15. mcm sedap ni.tak pernah lagi buat lasagn sndiri.
    nape erk tomato x blh makan?

    ReplyDelete
  16. iskkk mcm nak try je nanti... ehheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)