Family Day di Salak Denai Chalet

InsyaAllah jika tiada aral keluarga MJ akan ber 'Family Day' di sini. Tempat ni adalah kali ke 2 untuk MJ dan suami. Memang ada niat untuk percutian seterusnya MJ nak bawa family ke sini dan Alhamdulillah niat MJ dipermudahkan. Sebabnya kali pertama 5 bulan MJ menunggu dan yang kali kedua ni cuma 1 minggu je.

Diluar perancangan sebenarnya sebab perancangan asal untuk ke Cameron Highland, akan tetapi disebabkan 'kebetulan' ada kosong di situ (sebab pelanggan asal batalkan tempahan) dan tanpa berfikir panjang MJ terus 'booked'. Kalau nak tunggu booking lambat jugak la nak sampai giliran kita, yela chalet ni hanya mempunyai 5-6 buah rumah sahaja.


Bestnye, dah terasa-rasa kesejukan berendam dalam kolam ni.

Apa yang best disini, dengan keindahan kawasan kampung, chalet ni memang sesuai untuk yang ingin lepaskan tekanan sambil menikmati keindahan. Setiap 'rumah' mempunyai 'private pool' tersendiri. Kalau nak yang mahal ada, nun jauh di Grand Lexis Hotel. Sana air kolam buatan tapi yang ni original dari air sungai/air terjun... sejuk dan nyaman.

CHALET SITI KHADIJAH (C)-2 bilik + ruang tamu + dapur-2 katil queen size + xtra 3 tilam single- kapasiti 7 org (t'pulang kpd pelanggan, tiada had maximum)- 2 tandas-1 kolam mandi (kedalaman 4 1/2 kaki)- tempat BBQ1/2 HARI = RM 200 (c.in 11 am - c.out 6 pm @ c.in 7 pm - c.out 10 am)1 HR 1 MLM = RM 300 (c.in 11 am - c.out 10 am @ c.in 7 pm - c.out 6 pm)*tahap kejernihan air kolam bergantung kepada air sungai

Kalau korang nak baca pengalaman pertama MJ di tempat ini boleh terjah entry ni >>> SALAK DENAI
Oh ya boleh terjah FB Salak Denai ni untuk update terbaru, mana tau rezeki korang andai ada yang cancel dapat la korang cepat.

p/s : Nak booking boleh call no ni : 012-5376151 tapi  korang jangan marah/putus asa jika call/sms tak berjawab (kita kena faham situasi 'owner' yang tak menang tangan menerima call/sms setiap hari bukan seorang dua malahan berpuluh dan tak mustahil beratus setiap hari) InsyaAllah jika anda  meninggalkan SMS dan walaupun lambat SMS anda akan tetap berbalas.

28 comments:

  1. tmpt sama hari tu MJ p kan... wahhhh air nyer....

    ReplyDelete
  2. tu la ranya myra penah cite pasal tmpt ni kan
    menarik la tmpt ni, cantek
    actually kat area mana sbnrnya salak denai ni?
    denaihati tau la heheheh

    ReplyDelete
  3. kira air kolam tu dr sungai le ek myra..bestnye sure sejuk2 bila mandi

    ReplyDelete
  4. Area mana ni mj. belah utara atau tengah atau selatan?

    ReplyDelete
  5. sronoknyeee..tringin nak pergi..insyaAllah lepas bersalin nnti nak paksa jugak suami pegi sini..^^

    ReplyDelete
  6. macam best jek tempat ni...nanti jangan lupa share ye kat blog..family day tu...

    ReplyDelete
  7. Haha..memang rasa macam nak pergi hari ni jer..best tengok kolam renang macam tu..

    ReplyDelete
  8. Cantikkkknye tmptt..nie budak2 la sonok siap ade gelongsor lagi..

    ReplyDelete
  9. menarik tuh... lioek sgt....
    tapi area mana yer?

    ReplyDelete
  10. Cantik tempat ni mesti seronok :)

    ReplyDelete
  11. Cemburunya..selamat bergembira bersama family, semoga MJ sihat lama tak berkunjung ke sini terasa rindu pula..

    ReplyDelete
  12. bestnya teringin nak pergi bercuti kt tempat mcm ni, nyaman je

    ReplyDelete
  13. Semua Chalet ada kolam didepannya ker? Wau best gak tu. Anak2 kawe sure tak masuk tido..berendam 24 jam :D

    ReplyDelete
  14. nampakmacambest chalet ni,
    buat family day mesti gempak :)

    ReplyDelete
  15. wah seronoklah nanti..lebih elok air semulajadi dari air buatan manusia yang sah-sah klorin banyak.

    ReplyDelete
  16. Wah! macam best jer... dua bilik dua double bed...rasanya dah cukup selesa dah utk 7 orang ni kan..

    ReplyDelete
  17. saya tahu pasal salak denai ni pun through blog akak ni la.terus book.sekali kosong lepas raya nanti.sabar je la.harap2 takda pape hal la bila tarikh yang di book tu tiba. :)

    ReplyDelete
  18. Wow! Air kolam tu dari air sungai??

    ReplyDelete
  19. Bestnya MJ nak revisit Salak Denai ni.

    ReplyDelete
  20. salam

    seeejukkk jek nampak air tuh :)

    ReplyDelete
  21. lawanya..boleh alliances dengan depa ni .. xD

    ReplyDelete
  22. wah my sahabat bukan main sukalah dia dapt percuti jauh kali ini. semoga semua terus jalan dengan lancar ya

    ReplyDelete
  23. saya ingat... myra pnh cite dulu pasal tmpat ni... best je tgk.. tp tu la, anak kecik lg, cam xsesuai plak nak bwk dorg g...

    ReplyDelete
  24. salam mj..

    tempat selesa..harga pun menarik.. insyaallah..ade masa nk try bercuti kat sini jgk la...

    ReplyDelete
  25. harga pun berpatutan ni. teringin pula nak pergi :)

    ReplyDelete
  26. Wahhh bila la boleh ke sini ekk..emmm

    ReplyDelete
  27. macam nak ajak suami dtg sini aje

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)