Baru sehari hari yang lepas ketika post ini ditulis, bebarapa gerakan yang terdiri daripada rakyat Malaysia merangkumi pelbagai latarbelakang samada pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, mahasiswa dan rakyat biasa turun ke pusat negara Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menyatakan bantahan terhadap GST. Mereka ini mendakwa bahawa tindakan kerajaan yang bakal melaksanakan sistem percukaian yang baharu dinegara ini bakal mengundang padah kepada rakyat di negara ini terutamanya yang berpendapatan rendah. Apakah benar dakwaan mereka? Sebelum menjawab persoalan tersebut ada beberapa perkara yang perlu kita fahami sebelum pergi ke soalan tersebut.
Pertama sekali, kita kena tahu serba sedikit tentang sejarah sistem percukaian negara.
Keduanya sistem percukaian yang diguna pakai ketika ini. Kuasa ekonomi negara dan seba sedikit sistem perundangan negara. Kenapa kita perlu tahu ini? Tanpa mengambil kira tentang perkara perkara ini, kita tidak mempunyai hujah atau fakta yang cukup serta tidak memberikan keadilan dalam perbincangan mengenai isu yang serius ini.
Apabila saya mengamati tentang isu GST ini, apa yang amat menggusarkan fikiran saya adalah "adakah mereka yang menyertai bantahan ini faham apa itu GST?" Untuk turut serta dalam sesuatu perhimpunan tanpa mengetahui tentang apa sebenarnya GST adalah sesuatu yang saya rasakan sia sia. Jangan salah faham, saya tidak mengatakan sayamenyokong ataupun menentang perhimpunan ini. Yang saya khuatirkan adalah jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara dengan benar maka kita mungkin mudah diperdaya oleh sesetengah pihak.
Jadi apa itu GST? Saya rasa ramai yang mengetahui GST adalah goods and service tax. Cukai yang dikenakan adalah sebanyak 6% dan besifat value added taxes(VAT).
Namun apa yang saya perhatikan adalah ramai yang tersilap apabila menyatakan ia adalah satu sistem cukai yang baru diperkenalkan dan menambahkan harga barang kerana rakyat terpaksa membayar cukai sedangkan selama ini kita hidup selesa tanpa membayar cukai kepada kerajaan. Barang barangan keperluan yang selama ini tidak dikenakan cukai tiba tiba dikenakan kepada kita.Saya perhatikan ada satu video yang disebarkan oleh pemimpin muda sesuatu parti politik di Malaysia menyatakan sedemikian. Ini adalah satu kenyataan bagi saya adalah tidak tepat dan sangat "tersasar". Samada dia bertujuan tertentu ataupun kurang maklumat adalah tidak dapat saya pastikan. Akan tetapi apabila anda ingin menyebarkan tentang sesuatu perkara anda bertanggungjawab untuk memastikan ianya adalah benar.
Sebenarnya kita telah lama membayar cukai kepada kerajaan samada kita sedar atau tidak. Tahukah anda setiap pakaian yang anda pakai contohnya handbag import anda, perabut, pingan mangkuk dan sesetengah barangan dapur anda telahpun dibayar cukainya oleh anda. Cuma selama ini ia dibayar sewaktu proses pengimportan maka kita tidak menyedarinya. Didalam setiap barang yang diimport terdapatnya duti import dari 10 ke 45% dan juga cukai jualan sebanyak 5 hingga 10%
Mengambil contoh, jika anda membeli handbag import berharga rm1000 anda dikenakan cukai sebanyak 10%.
Duti import=NIL & cukai jualan= 10%.
Contoh:
Handbag Coach (termasuk CIFC)= RM1000
Cukai jualan= 10%
Jumlah cukai kena bayar= RM100
Ini adalah sistem percukaian yang digunapakai sekarang. Dengan mengambil kira sistem GST yang bakal dilaksanakan bermakna
Handbag Coach (termasuk CIFC)= RM1000
GST= 6%
Jumlah cukai kena bayar= RM60
Kalau begitu GST adalah lebih menguntungkan kepada rakyatlah? Sebenarnya penyataan ini juga adalah setengah benar (half true). Kenapa? Insyaallah akan saya huraikan dengan lebih lanjut nanti.
Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa selepas GST dilaksanakan, kita terpaksa membayar cukai apabila menikmati makanan direstoran dan hotel serta lain lain perkhidmatan. Ini juga adalah satu kenyataan yang salah. Sebenarnya kita telah membayar cukai perkhidmatan sebanyak 6% apabila kita menikmati hidangan di restoran seperti KFC, MC D ataupun di hotel hotel. Apabila GST bakal dilaksanakan ianya hanya menggantikan tempat cukai perkhidmatan tanpa merubah nilai cukai yang dikenakan.
Setelah anda mengetahui perkara yang sebenarnya tentang GST, saya akan menceritakan serba sedikit kebaikan dan keburukannya mengikut perspektif saya yang kurang berilmu ini. Maaf andai pendapat saya mungkin berbeza atau mengguris hati orang lain namun apa yang saya harapkan agar orang ramai mendapat sedikit pengetahuan dari saya yang tidak seberapa ini. Andai saya silap maka betulkanlah saya.
Kebaikan GST
1. Menambahkan pendapatan negara. Ini adalah kerana sistem percukaian yang digunapakai sekarang terdapat kelompangannya dan mudah diambil kesempatan oleh pihak pengimport yang menyebabkan berlaku ketirisan dalam pungutan hasil negara. Rasanya tak perlulah saya ceritakan bagaimana yang dibuat oleh mereka ini. Cukup sekadar memberitahu bahwa ada masalah didalam sistemnya
2. Pihak yang membeli barangan secara direct dari luar negara mendapat faedah pengurangan cukai sebanyak 4% daripada cukai jualan kepada GST.
3. Pihak kerjaan dapat mengetahui kadar keuntungan yang diperolehi oleh pengimpot, pemborong ataupun peruncit. Contohnya jika beg diimport dengan harga rm1000. Dijual kepada pengguna dengan harga RM2000. Kerajaan dapat mengetahui kadar keuntungan yang dikaut oleh peniaga
Keburukan GST
1. Walaupun dikatakan penukaran sistem kepada GST dapat menambahkan pendapatan kepada negara, ia tidak menjamin secara mutlak ia bebas dari ketirisan. Bahkan sistem ini juga memerlukan ketelusan dari pihak pengimport sampai ke pihak peruncit.
2. Seperti yang dinyatakan diatas, pihak yang membeli barangan secara direct dari luar negara mendapat faedah pengurangan cukai sebanyak 4% namun ini mungkin tidak berlaku bagi barangan yang dibeli daripada beberapa hirarki pembelian. Contohnya jika seseorang membeli baju dari peniaga di pasar malam, maka ia telah melalui beberapa step untuk sampai kepada peniaga. Seperti pengimport, pemborong, peruncit dan akhir sekali pembeli. Oleh kerana ia merupakan sistem Value added tax maka nilai cukai dikira pada harga semasa barangan.
Contohnya:
Pengimport membeli handbag prada: RM1000
Pengimport menjual handbag kepada pemborong dengan harga: RM1500
Pemborong menjual kepada peruncit pada harga: RM2000
Peruncit menjual kepada pembeli pada harga: RM2500
Maka jumlah GST yang perlu dibayar adalah =6% 2500
RM150
Jika membuat perbandingan Cukai jualan 10% daripada rm1000=rm100
Kenapa dikira RM1000 bagi cukai jualan(CJ)? Ianya kerana CJ dikira semasa barang diimport bukan semasa barang dijual.
Kenapa dikira RM1000 bagi cukai jualan(CJ)? Ianya kerana CJ dikira semasa barang diimport bukan semasa barang dijual.
Maka beza antara cukai jualan dan GST adalah = 150-100 =RM50
Ingin saya beritahu pengiraan saya bukanlah tepat disini cuma apa yang ingin saya tekankan bahawa semakin banyak step untuk sampai kepada pembeli dan semakin tinggi kadar keuntungan yang diambil maka semakin tinggi nilai cukai yang terpaksa dibayar oleh pembeli!!
3. Terdapat beberapa kemudahan dan ultiliti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia yang selama ini tidak dicukaikan bakal dicukaikan. Namun saya tidak mahu nyatakan disini buat ketika ini kerana tidak terdapat pengesahan scara bertulis walaupun telah dinyatakan dalam siri ceramah tentang GST
Kesimpulan
Saya secara peribadi kurang bersetuju dilaksanakan GST kepada rakyat Malaysia. Bukanlah kerana faktor seperti yang diperkatakan oleh banyak ahli politik. Tetapi faktor yang saya rasakan menjadi kunci naik atau turunnya harga barang apabila dilaksanakan oleh GST. Ramai yang tidak sedar tentang faktor ini. Bahkan ia tidak menjadi topik perbincangan pun. Iaitu faktor PENIAGA (merangkumi dari pengimport sampailah ke penjual runcitan). mereka inilah yang bakal menentukan naik atau turunnya harga barang. Apabila GST dilaksanakan tahun depan ia akan menjadikan satu keadaan dimana harga barang terpaksa diselaraskan akibat menampung kenaikan cukai dan juga penurunan harga barang faedah dari penurunan cukai sebanyak 4% seperti yang disebutkan diatas. Mengambilkira kes masa lampau dimana kerajaan mengumumkan kenaikan harga, maka peniaga akan pantas menaikkan harga barangan keesokan harinya walaupun jika dikirakan barang tersebut masih merupakan stok pada harga sebelum pengumuman dibuat. Mereka akan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga. Inilah yang amat saya risaukan kesan dari GST. Jika ini tidak dibendung ia akan melonjakkan harga barang dan kos sara hidup rakyat Malaysia dan mampu menggugat kestabilan ekonomi Negara. Wallahu'alam.
Ini merupakan pandangan peribadi penulis. Penulis bukanlah pakar dalam bidang ekonomi mahupun perundangan. Adalah dinasihatkan pembaca mencari bahan rujukan sebelum menerima apa yang penulis perkatakan. Assalamualaikum
Mr Jay
thanks share.. :D
ReplyDeletefollow je lah kan... tak perlu nak buat perhimpunan bagai...
ReplyDeletehurmm kalau nak cari handbag coach 7 other branded bags, roger2 sy ;) Free postage lg seluruh Malaysia :)
Yup. Agreed. Husben pn ada ckp psl gst ni dn ttg turun naik hage brg.
ReplyDeleteTerima kasih atas n3 ini.
ReplyDeletememberi sedikit ilmu kepada saya berkenaan GST.
Saya paling bersetuju pada bahagian kesimpulan n3 ini.
Terbaik kupasan ini..
ReplyDeleteSaya sendiri,masih banyak buat kajian & bacaan tentang GST ini...Benar, kalau hendak menentang,biarlah "kita tahu apayg ditentang,bukan mengikut membabi buta sahaja"
Info yang bagus. Bukan semua orang yg terima gst ni dengan hati terbuka sebab melatah dulu sebelum ada memahami keadaan sebenar.
ReplyDeleteorang perempuan contoh mesti hanbag kulit...heee.
ReplyDeleteBagus maklumat ni, harap lebih ramai faham.
kami tiap hari keluar memberi taklimat pasal gst. byk soalan terutama pasal kenaikan harga. sorry to say, sekarang ni pun harga naik dari semasa ke semasa kan? pasal apa? petrol? gst? sebab penjual suka-suka naikkan harga.
ReplyDeletesy pun tak setuju dengan gst nih
ReplyDeletesalam Mr J..
ReplyDeletetenkiu for sharing,
baru tgk video temubual beberapa org yg turut serta dlm rally bantahan gst tu.. ramai yg tak tahu kenapa bantah.
Salam singgah & Salam perkenalan =)
ReplyDeleteterima kasih atas penerangan GST ini Myra...akak sendiri pun tak setuju GST ni.. terasa sangat harga barang semuanya semakin naik.
ReplyDeletetak setuju sbenarnya
ReplyDeletetapi apa blh buat
kupasan yg mnrik la mr j :)
pon tak setuju jugak. kalau demi nak meningkatkan ekonomi negara saya setuju, tapi kena tengok juga cara pemerintahan berbelanja. Kalau jelas cara hidup pemimpin kita seperti perdana menteri uruguay, jose mujica... rasanya boleh la rakyat nak bantu tingkatkan ekonomi negara dgn perlaksanaan gst. tapi kalo tgk gaya hidup pemimpin kita, rasanya hasil gst tu takkan mencapai matlamat dia. maaf kalau komen ini menyinggung sesiapa.
ReplyDelete