Perlu ke umat Islam Malaysia berkabung?

Rata-rata ramai yang konfius dengan istilah berkabung dan bertafakur dalam Islam, pelbagai versi kita dengar kita baca tapi ada yang kita tak betul-betul hadam.

Bilamana Kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos 2014 adalah hari berkabung dan bertafakur maka banyak pihak yang menyangkal.


Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77) 




Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.


Maklumat lanjut boleh baca di Hukum BERTAFAKUR

Bagi yang beragama Islam sama-sama kita sedekahkan alfatihah pada mangsa tragedi #mh17
Sedihnya rasa walau tak kenal tapi atas sifat perikemanusiaan tetap merasa kesedihan tersebut.

15 comments:

  1. kiter ni sedih sebab dalam hati kiter masih ada sifat perikemanusiaan dalam diri...sikap prihatin kan....al fatihah buat semua mangsa MH17...sayu sue tgk td

    ReplyDelete
  2. selau diam dan doa dalam hati itu cukupkan

    selamat hari jumaat myra :)

    p/s: kita bgi link tu dekat blog dekat fb kalau tak silap.

    daa

    ReplyDelete
  3. betul tu myra...iols pun tumpang sebak sedih w/pun bkn ahli keluarga or sedara mara kita terlibat..alhamdulilah syukur jenazah2 tu dpt dipulangkan kembali pada waris2 mereka...x tergambar bagaimana perasaan diorg ketika ini..lagi2 yg 1 family terkorban tu huhu

    ReplyDelete
  4. kita ikut apa yg disyariatkan dlm islam , sedekahkan alfatiha cara kita , tidak perlu masa , bila2 boleh kan .. tanda ingatan kita kepada mangsa

    * akk x bergabung dgn baju hitam pun tapi warna gelap tanda hormat ;)

    ReplyDelete
  5. kita ikut majlis fatwa Malaysia, dan kita bukan orang yang layak nak membincangkan hal ni.

    ReplyDelete
  6. seeloknya sedekahkan buat mereka yg telah pergi. al-fatihah

    ReplyDelete
  7. saya pun confuse juga..
    apa2 pun saya doakan mereka2 ditempatkan dikalangan org yg soleh/soleha

    ReplyDelete
  8. ucapkan "inna lillah.." pun dah memadai.

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee moga-moga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

    ReplyDelete
  10. mengikut pembacaan saya isteri dan ahli keluarga wanita boleh berkabung.tp ulasan lanjut kena tanya ahli ulama...

    ReplyDelete
  11. al fatihah...senang je...ikut suruhan agama...al quran dan sunnah pegangan kita kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)