Almari Rak Baru aka DIVIDER

MJ memang dah lama nak beli rak tingkat-tingkat aka Divider dalam bahasa yang klass sikit, muahaha tapi tak terbeli cuma sekadar survey gitu-gitu je.

TAPI! Minggu lepas masa kitorang on da way balik dari Pengkalan Hulu - Baling, ada 1 RnR area Baling - Kuala Ketil (tak ingat nama tempat RNR tu) baru buka, tujuan kitorang berhenti situ sebab nak ke tandas, tengok2 ada 1 kedai perabot di situ terus singgah.

Rak sama besar setiap satunya dan ada 4 tingkat.


Rak ni harga asal RM260, ada 2 jenis putih dan hitam, tapi hitam kayu nipis harga dalam RM160. Jadi kitorang pilih yang warna putih ni sebab kayu lebih tebal dan harga diberi cuma RM240 terus kami booking.

Nak dijadikan cerita, duit kami masa tu cuma tinggal puluhan ringgit saja gara-gara terlebih shopping sebelum tu di Baling dan Pengkalan Hulu (sempadan Betong), kedai ni takleh swap cuma cash saja, nak patah balik ke Pekan Baling draw duit macam tak sanggup je sebab kitorang nak terus balik Penang je + badan dah letih.

Tapi tokey ni sangatlah baik hati, kitorang booking tanpa bayar sesen pun, cuma masa barang dihantar ke rumah kami perlu bayar cash... Ok No Problemo.. Kira SETTLE!..hehee


Ni susun atur dari Mr Jay aka my asben, kitorang jadikan rak buku dan juga rak untuk simpanan stok barang jualan MJ..hehe

Dalam grup Deko di FB mencadangkan MJ melekatkan wallpaper / sticker, macam menarik je idea tu.. Maybe akan buat nanti bila dah boring dengan cat ni..hehee

Berminat dengan produk Shaklee boleh roger MJ ye, konsultansi terbaik buat anda..


Kenangan Konvo gambar kiri Konvo Diploma (masih single n available), gambar kanan konvo Degree (dah berpunya..hehehe)

Ada ruangan yang masih kosong, tak sempat nak susun atur lagi sebab almari ni sampai petang semalam, jadi letak je apa yang patut dulu..

20 comments:

  1. sukanya rak kayu putih macam tu, cantik.

    ReplyDelete
  2. baik betul tokeh tu kan :)
    barulah ada semangat nak bershaklee hehe

    ekceli el x suka almari terbuka mcm ni..sbb kdg2 brg2 dlm tu selerak semak tgk ekekeke..

    ReplyDelete
  3. kayu divider ni nmpk tebal... berbaloi sungguh dgn harga...

    ReplyDelete
  4. berpatutan la harga tu dgn kualiti kayu tebal mcm ni. Bravo MJ.

    ReplyDelete
  5. MJ, best dapat rak baru....cantik tersusun jerk semua brg:):)

    ReplyDelete
  6. Assalam MJ, kat rumah iols pun dok ada g rak ni
    SELAMAT dok dlm kotak g
    Hubby tak bukak pasang pun sob3

    ReplyDelete
  7. Memang puaslah kalau nak letak apa2x kat almari macam tu.

    ReplyDelete
  8. Berkenan pulak dgn rak mayra nih. Tapi bila pikir rumah yg tak bape nk luas nih.. trus x de mood nk beli perabot. Hehehe

    ReplyDelete
  9. besnye divider tu MJ. nanti ila nak carik jugak la boleh jd tempat simpan stok sekali hehe

    ReplyDelete
  10. Cantik rak baru divider ni. Harganya juga berpatutan.

    ReplyDelete
  11. Memang berguna sangat rak/divider macam ni....macam2 boleh isi...lagi pun menjimatkan ruang...

    Baik hati betul tokey tu...lagi pun mmg dah rezeki myra...

    ReplyDelete
  12. murah dan nampak menarik.. tgh cari rak isi buku2

    ReplyDelete
  13. mmg rezeki mj lah ye dpt booking tnpa byr.

    ReplyDelete
  14. Barang-barang akan nampak rapih dan lebih cantik jika di taruh di rak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)