Terjebak dengan Wallpaper

Musim demam Wallpaper - ini MJ la ye.. Kalau ikutkan hati 1 rumah nak lekat wallpaper bagi nampak macam duduk rumah baru walhal realitinya masih rumah yang sama. Nak cat baru hmmm jawabnya tersadai la tin cat tu kat stor.. 'M.A.L.A.S tu 1 hal, kang bersepah + meleleh rata cat (alasan..hehehe)

Bermula dengan BALUT PETI AIS, tengok geng2 grup Deko ber wallpaper kan 1 rumah, MJ pun nak ikut gak.. Sanggup beli online wallpaper ni tau.. Tak silap RM25 segulung untuk 10meter tak termasuk pos. Yang ni Wallpaper Kaison, yang peti ais tu wallpaper Mr DIY.

Memula pasang kami guna span basah untuk lekat, taknak jadi kes masa pasang kat fridge tu, 10x punya dok buka dan pasang sebab tak sama dan kedut2 dan jadi gelembung. Jadi lepas dah pasang separuh, asben dah tahu cara betul jadi tak guna dah span terus lekat je ke dinding lepas tu ratakan dengan kain.

Siap sebelah dinding bertukar dengan wallpaper, MJ pilih corak bunga warna Oren untuk di samakan dengan warna cat dinding bawah.
Berpeluh jugak la asben pasang malam tu, kesian wife nya tak nolong pun, dari potong dan pasang semua asben yang buat sepenuhnya. MJ masa tu sibuk siapkan tempahan Jeruk Asam Boi dan packing barang Shaklee untuk di pos.

Dan dinding sebelah kanan ni sambung pasang 3-4 hari selepas pasang dinding yang tu, nak ubah almari dengan TV tu yang ambik masa. Yela pasang pun waktu malam lepas kerja jadi masa agak terhad untuk siapkan sepenuhnya.


Bila zoom gini baru nampak bunga nya warna Oren kan, kalau dari jauh tak perasan sangat.. Untuk pengetahuan kitorang cuma pasang wallpaper bahagian atas je yang lain2 tak berubah tetap mantain warna asal.

Ni rumah quartes aka menyewa tau, bukan rumah sendiri.. Ramai yang terkejut dan cakap 'sayangnya buat cantik2 nanti nak tinggal kat orang lain, yang untung penyewa selepas kami la..'
MJ dengan suami kami berdua tak kisah, kami buat suka2 je, kalau dah rezeki orang lain kami ok je.. Lagipun kami akan duduk Quartes tu mungkin 5 tahun atau 10 tahun atau sampai asben pencen selagi dia tak bertukar negeri, insyaaAllah..




19 comments:

  1. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaa.. husband xnak deko2 rumah sewa gak.huhuh

    ReplyDelete
  2. rajin nye uols..gigih tempek sndiri..nak upah org sure mahal kan baik buat sndiri hehehe

    oooo myra pun jual jeruk asamboi gakke..pandai no meniaga dia ni hehehe

    bila dah ada wallpaper ni..sure xsabo nak balik kan..rumah pun npk cantik even bkn umah kita..at least bila ada dlm rumah tu mcm besttt skit kan

    ReplyDelete
  3. nampak grand myra, dan suasana mewah, macam teringin pulak dari tengok peti ais neighbour lagi.

    ReplyDelete
  4. Cantekkk... teringin jugak nak pasang jugak.. tapi takut x menjadik. hehehe

    ReplyDelete
  5. Cantik MJ...
    Kena org yg sabar buat nih..
    Kalo ibu aishhhh mcm x leh jer..
    Kalau ayah boleh kot tp krg kot Aqil yg lelebih nyebuk..
    Hikhikhikhik
    Rindu kat MJ.. ;D

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum MJ...cantik2..;)

    ReplyDelete
  7. pasang wallpaper ni lagi senang ae dari cat myra? boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  8. Assalam MJ,
    dah lama teringin nak pasang wallpaper kat rumah
    tapi bila nak beli on9 takut tak reti pasang
    bila tanya kat kedai oohooiii mahal gak la
    tapi ada jumpa kedai yang offer dlm RM1K untuk satu hall rumah
    walpaper dia jenih 3D, ada timbui2
    tengah dok pk2 lagi ni he3
    BAJET ooooo BAJET he3

    ReplyDelete
  9. Salam. Hee untunglah asben ada pencen.

    ReplyDelete
  10. gud idea jugaklah... wallpaper baru akan jadi rumah nampak macam baru dicat... main tampal je kan... hmmm... boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  11. ada tgok cnti gak suami buatkan pasni tak mo klr rumah ar yer heee..

    ReplyDelete
  12. untung la MJ sbb hubby sanggup buat. kalau ayah, jgn harap. last2 anak bini yg deco rumah :D

    ReplyDelete
  13. cantik la MJ...sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  14. memang smart kak! tgk kat group deko2 mmg ramai buat wallpaper kaison ni...cantik betul nmpk!

    ReplyDelete
  15. cntiknya lahai
    pandai.mj pilih
    mecing je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)