Roti Bakar Telur Sosej bersalut Cheese

Ha ambik tajuk tak tau nama apa yang betul main tulis je, nasib letak 3 bahan tu je, kalau banyak bahan sure lagi panjang nama menu tu..hahaha

Asalnya nak pergi makan Roti Bakaq Teloq Meleleh kat Sungai 2, penangan terliur tengok kat FB. Tapi sebab malas nak keluar + qasa macam lebih senang buat je sendiri, maka terus minta asben belikan bahan-bahan.
Pagi tu sebelum pergi kerja kelentung kelentang kejap then siap. Nak resepi mudah je tapi takpela MJ kongsi di blog ni untuk rujukan bersama..hehee


Roti Bakar Cheese
Memula Rebus sekejap Hotdog tu hiris serong dan ketepikan, kemudian tumis bawang sampai naik bau masuk telur kacau cepat2 supaya 'tekstur' telur jadi kecil, dah masak gaul dengan Black Pepper sauce (MJ tak ada sos ni) tapi tumbuk lumat blackpepper gaul sekali bersama sedikit garam dan mayonis.



Roti Bakar Sedap
Sapukan roti dengan sos tomato/spagethi sos dan susun la hotdog dan telur ikut sesedap rasa (Nak gantikan telur dengan sardin/tuna terpulang) kemudian letakkan cheese. Bakar sekejap dalam Oven/Pemanggang Ajaib lebih kurang 10minit atau sehingga cheese mencair, kemudian tutup api.



Roti Bakar Cheese sedap
Ginilah rupa bila cheese cair menyaluti inti, pergghhhh sedap tau dah macam makan pizza je.

Roti Bakar Cheese Meleleh
Sekeping makan tika breakfast, tu pun dah cukup kenyang, lagi sekeping kita makan masa lunch.. Memang cukup untuk terlebih lapik perut ni ha..hehehe



Roti Bakar Cheese Telur
Ok jemput makan ye... Nyam nyam...

Sebenarnya nak buat Lasagna Roti, tapi sebab susu cair tak ada maka jadilah Roti Bakar  ni.. Untuk resepi Lasagna Telur klik SINI dan Roti Daging Cheese ye (right klik)

14 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)