Petua / cara menghalau LIPAS

Siapa suka lipas? hohooo mesti semua orang tak suka kan dengan binatang kecik yang busuk yang suka merayap lari merata 1 rumah, lepas tu jerit sebab kena ligan --->> MJ ler tu hahaha

Lipas antara makhluk yang senang membiak, sekali keluar nah berpuloh ekor ha, tambah kalau dia dah dapat port terbaik kat satu2 tempat tu ha rasalah 'keharumannya'. Geram sebab bau dia tu buat nak termuntah.. hohoo
Tapi ingat, jangan bunuh lipas dengan ketuk tau, bahaya.

Ni punca masa kami tengah housekeeping bahagian dapur, sebab nak pasang (DIY) tempat sidai kain, sebelum ni letak je kat ruang dapur tengah2 ha, tapi ni dah beli tempat khas so bermulala operasi punggah memunggah maka berkeliaranlah makhluk tersebut..hohooo. Oh ya, kitorang memang sidai kain dalam rumah tau, duduk rumah bawah ni tempat ampaian tak ada sebab kitorang tak buat bumbung lagi kat luar rumah (takde bajet lagi)so jalan selamat sidai dalam rumah jela kang kitorang pergi kerja kena pulak hujan ke ribut ke, balik kerja pakaian pun hilang / jatuh ke tanah..

Beli jenis ni kat DIY RM65.. letak tepi tingkap jadi sebelum pegi kerja tu bukak tingkap bagi angin luar masuk, cepat la kering kan.


Ok berbalik pada tajuk, lepas tu MJ google la cara nak halau CekLi ni dari bermaharajalela dan salah 1 petua tu dengan menggunakan sabun wangi aka sabun buku tak kisah jenama apa sekalipun. Memandangkan sabun buku berlambak dari tersadai je maka terhasillah begini..hehee

MJ buat banyak tau, sebab boleh letak banyak tempat, alang2 ada bekas ni tak terguna dah bertahun, so MJ letak la gini, tempat2 lain main bubuh je, ada guna cawan hiasan comel, nasib la mana yang nampak tak guna tu so kita gunakan. Kalau tak berapa berkesan MJ ingat nak tabur2 je kat tempat laluan tu, sebab orang suruh tabur MJ letak comel dalam bekas..haha


Petua lain adalah 
1. Letak daun pandan, best jugak sebab wangi daun tu buat kita rasa segar je, kesimpulannya CekLi ni tak suka benda wangi tau sebab tu ia sendiri pun busuk..hahaha

2. Kalau dekat bilik air jumpa je, MJ akan jirus dengan air sabun, ha cepat je tau terpele'ok kat situ jugak, alahai sian kan tapi apakan dayaku.

3. Ada yang potong lemon, bila dah kering gantikan yang baru.

dan banyak lagi la petua lain, MJ syer petua yang mudah sebab tu je yang ada kat rumah kan.. So far ada perkembangan positf bila bangun pagi perasan macam tak nampak sekoq pun.. wahhhh! bagus gak ni.
Korang pernah cuba petua gini tak? Kongsi2kan lah..


16 comments:

  1. Salam MJ,
    saya pun baru bubuh daun pandan dalam kereta semalam.huhu..ada lebih2 daun pandan tu letak jugak dekat bilik air dan dalam laci2 dapur..semoga lipas semua melarikan diri..

    ReplyDelete
  2. sy mmg letak daun pandan. kadang2 terlupa smpi kering daun tu. cik li dtg balik pastu br laa ganti yg baru ;-)

    ReplyDelete
  3. akak, kalau akak tak cakap tu sabun, saya ingat agar-agar tadi..haha

    kalau berkesan bagi tau ye..boleh cuba juga..

    ReplyDelete
  4. kalau umh yui xyh risau sgt sbb ada kucing2 yui yg suka bg mati lipas..hohoho

    ReplyDelete
  5. lipas xsuka bau sabun eh ekekeke
    ok nti iols cuba thanks myra

    ReplyDelete
  6. Assalam MJ<
    waaaaaa
    bagus laaa entry ni
    iols dok pakai ubat gegat ja tau3
    tak berkesan tau3
    jenuh dalam kitchen kabinet iols busuk tau3
    tapi lipas dok ada jugaks
    nak try petua uols laaaaaaaa
    sooooookaaaaaaaa 3
    thanx naaa MJ

    ReplyDelete
  7. daun pndan mmg slalu boh dlm keta tp dlm rumah x penah boh...hihihi

    ReplyDelete
  8. kawan pakai ubat gegat je, tapi samgat tidak sesuai jika ada penghidap G6PD

    ReplyDelete
  9. oh sabun wangi.. ermm ok ok.. sabun hotel banyak ni so boleh lah letak kat laluan diorang ni kan

    ReplyDelete
  10. haiihhhh,
    kalau CJ dah siap dgn baygon... 2-3 kali sembur dah kiok... hahhaa

    kalau guna sabun2 nie lagi cik li x kiok depan mata lagi tu laaa xleh nak duk diam...

    ReplyDelete
  11. Oooo... kakak baru tahu Myra yg lipas tak suka bau sabun mandi. Lain kali kakak nak ikutlah. Biasa kakak guna ubat gegat aje. Yg ini bagus wangi pun wangi kan..:)

    ReplyDelete
  12. ada org cakap guna serai wangi kak..
    asptu ada juga jual alat utk tangkap lipas kat DIY

    ReplyDelete
  13. petua guna daun pandan pernah baca.. sabun wangi nih baru tau.. thanks sudi share petua nih..

    ReplyDelete
  14. Lepas ni LM nk buat jugak la. setakat ni pasang perangkap lipas kat diy tu je.

    ReplyDelete
  15. Huhu..terima kasih kongsikan..leh cuba ni..kalau lipas tu besar, mesti dia dah gigit2 myra kan..hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)