Redeem Voucher di Khory Steamboat

Akhirnya lepas 2 bulan dapat Voucher ni, barulah dapat me'redeem' kat Khory Steamboat, kebetulan adik MJ dan 2 orang anak kesayanganku (Firas dan Ilhan) ada sekali, jadi 5 keping Voucher tu sesuai sangatlah dengan kami, cuma topup sikit je baki, oklah kan..

Masa kami sampai tak ramai lagi orang dan kebetulan kami redeem masa hari kerja.. Senang sikit sebab lebih selesa.. Hari cuti kena booking dulu, kalau tak.. ha jenuh la menunggu sementara nak dapat tempat duduk.


Antara pilihan menu, sekarang ni menu dah semakin banyak, sebab tu la pelanggan kian bertambah.. Alhamdulillah rezeki kan.


Pilih je korang nak makan apa, yang penting ambil ikut keperluan, jangan melampau batas sebab makanan yang tak dihabiskan akan kena denda ye.


Kedai dah semakin besar dan selesa buat semua. Yang penting kebersihan tip top.


Si kecik Ilhan yang dah tak sabar2 nak makan, senang bawak bila memasing perut tengah lapar, konpem makan banyak..hehe


Tak mau orang suapkan, nak suap sendiri pulak, ha layankan jela.. Malam tu banyak jugak lah we olls makan, kenyang sesangat.


Dan ni pencuci mulut, kalau tak silap harganya RM6 kot..


Dan akhir sekali Peace dari Ilhan.. Itu saja coretan MJ di entry ini.. 

Dah jarang sangat MJ menulis di blog ha, rasa kekok je.. Pada kekawan blog, maafkan MJ jika lambat menerjah balas blog anda ye.. sobsob.. rindu korang..

p/s : Entry tertunggak lebih 3 minggu, tersadai je dalam draft ;)


Penangan tudung bawal AidiJuma ~ AJ

Siapa sini suka tudung bawal AJ kita geng..hehehe
Dulu MJ pernah terjebak dah dengan tudung bawal aJ ni, kalau tak silap tahun 2012-2013 macam tu kot lepas tu stop, beli pun cuma setahun sekali tak pun order dari kawan.

Tapi baru-baru ni, masa Family Trip ke Pantai Timur cuti hari Buruh tempohari, secara tak sengaja tersinggah Concept Store (CS) aJ kat Kuala Terengganu dan terbeli. Masa tu memang tak tau pun corak terbaru apa yang keluar, kira nak main terjah je kalau berkenan baru beli.

Masa singgah tu orang tak berapa ramai, jadi dah tak banyak yang tinggal sebab masa tu dah lewat petang, MJ cuma beli 1 BL hijau, 1 PL Orange Turqoise, 4 WL (2 Cat Paris dan 2 Stoberi)

Lepas letak kat FB ada plak kawan yang pesan nak Cat Paris, jadi memandangkan kami bermalam di Kuala Terengganu tu, memang bercadang nak singgah lagi la esoknya.


Hari kedua terjah tengok2 ramai orang berkerumun untuk ambik Paris Satin ni, kena ambik pun kat kaunter je tau,  jadi MJ, Mak dengan adik2 pun pakat ambik sorang satu, masa tanya kat kaunter nak ambik lebih diorang tak bagi, cuma terhad sorang 1 sahaja. Makanya cuma dapat 4helai sahaja, tapi kalau kami p ambik 2-3kali pun tentu diorang tak perasan kan.. hohooho kami kan jujur ikut peraturan, dia cakap tak boleh kami ikut jela..


Tapi memang tak sangka sangat bila MJ update kat FB, ramai kawan2 yang hunting Paris Satin ni, alahai nyesal giler tak borong bebanyak, pastu leh jual..hehehe.. Sebab kawan MJ bagitau Satin Paris ni cuma release kat belah Pantai Timur je tau. sesungguhnya cheq memang tak tau sebabnya cheq kan dah lama tak terjebak dengan bawal aJ ni. Kalau tau, memang konpem akan ku hangkut...
Ha kalau korang nak tau selepas seminggu pelancaran Paris Satin ni harganya telah mencecah ratusan ringgit okeyh.. Seb baik kami beli murah je..hihiii


Dan inilah hasil borongan, tu belum termasuk ada 2 lagi tudung Paris Blue Label (Pink & Blue)  MJ beli Online sebab dah Out of Stock kat CS. Tengah giler ngumpul koleksi tudung Paris plak.. Adoiii haqu..

Dan tak pasal-pasal dah terjoin Grup aJ kat FB, setiap hari dok ngadap tu lah.. mau tak terkopak poket.. huhuuu

 
Tudung ni MJ order online kat grup FB, sama jugak sebab OoS kat CS tambahan MJ dah  berkenan ada kaler Pepel..hehee

Bila hitung balik, dalam masa seminggu sahaja MJ dah membelanjakan sebanyak RM300 untuk tudung bawal aJ ni saja tau.. Nampak gaya nak kena insaf cepat2 kalau tak boleh terlajak perahu ni... huhuu

Yang ni pulak koleksi MJ (Old Season), ada sikit je sebab sebelum ni tak terjebak sangat, sekali beli cuma sehelai ke 2 helai gitu je. Semua White Label sebab murah..hehee sehelai RM10 dan korang jangan tak percaya tudung asal berharga RM10 boleh cecah sampai beratus bergantung pada permintaan.

Istimewanya bawal AIDIJUMA ni kerana setiap kali keluaran baru, pihak aJ tidak akan re-stok, kerana itulah harganya boleh melambung sebab ada permintaan kan dan kalau nak kenalah beli dari kawan2 yang ada beli lebih. Prelove pun boleh tahan jugak harga tau tengok pada design dia.

Pendek kata tak rugi beli tudung aJ ni tau, sebab ada value, lagi lama ada yang lagi mahal. Lagi pandai jaga lagi boleh mark-up harga jual.

MJ ada nak letgo tudung aJ prelove dan NEW, boleh terjah LetGo Tudung aJ ye..

Yang ni paling murah, BL plain, kalau beli direct dari CS cuma harga dalam RM7 sehelai, tapi kalau beli dari buyer lain harga dalam RM10-RM13 sehelai. MJ pun dok rasa macam nak tambah BL Plain ni.. Eh!! lupa dah insaf kan tadi..hahahaa

Bagi yang baru mengenali tudung aJ, ada beberapa label pada setiap tudungnya seperti :-
1. Black Label (BL) : Plain - RM7-9
2. White Label (WL) - RM10 (corak penuh dan cantik)
3. Black Label (BL) - RM33 (dulu harga BL mahal, RM45-59) Bahagian tengah plain, cuma bawahnya bercorak. Jadi boleh digayakan dengan macam2 baju, kainnya lembut dan sedap pakai.
4. Green Label (GL) - RM15-1 (keluar biasanya pada majlis konvokesyen di Universiti terpilih)
5. Blue Label (BL) - RM20
6. Pink Label (PL) - RM14
7. Red Label (RL) - RM35 (jarang keluar sekarang ni)
8. Gold Label (GL) - Akan diberi percuma sempena Birthday Datin Juma (hanya 200 orang terawal yang membeli di website pada hari jadi Datin atau yang 'walk-in' di CS.

Sekarang ni MJ hunting tudung yang ni untuk tambah koleksi Parisku.. Red Label Paris, White Label Paris dan Black Label Paris design tahun 2014. Ketar jari tau bilamana setiap helai tu dah cecah ratusan ringgit,, Tapi ada juga yang nak swap dengan Paris Satin MJ, tapi buat masa la dok rasa sayang lagi belum tergerak nak SWAP.. Dan GOLD Label tu MJ tak pernah ada lagi, sama gak mahal bebenor harga nya..huhuu
Dan kalau korang nak berjual beli dengan aidiJuma ni, terjah 
FB  Tudung Aidijuma Club
FB Aidijuma cetusan Datin Juma
Website Aidijuma
Selamat bershopping..lalallaala.

Burger LELEH dan AIR GUNUNG BERAPI di Warung Kuning, Kota Kuala Muda

Dari tajuk dah cukup memberitahu menu apa yang kami makan di Warung Kuning, Kota Kuala Muda, kan? Jadi jom kita layan ye..

Sebelum ni MJ dok tengok je review dari kawan2 pasal Warung Kuning ni, terutama tang beger leleh dan air gunung berapi dia perghhhh tangkap selera sangat.. Tapi seyesli MJ tak tau pun kedai ni kat mana, sampailah bila baca landmark tempat tu, terus terperasan, Laaa!! rupanya memang dok kerap lalu situ, sebab dekat jugaklah dari rumah Mertua di Penaga, sebab kitorang bila balik rumah mertua kerap jugak ke Pasar Bisik. Memandangkan kami lalu tu siang (tengahari) kedai belum buka tu yang tak perasan.


Petang tu kami lalu kedai dah buka terus berhenti terjah, nahhh!! sekali oder Burger KOMTAR 3 tingkat dengan daging tebal. Ha ambik dah rupa nak makan 4 orang..hehehe.. Tapi disebabkan ketamakan memikirkan nak menerai, kekonon mampu habiskan, taknak kalah tang oder..hambik kaw..lalalalala..


Nampak tak lelehan dari sos2 beger tersebut... Adoiiii tetiba perut rasa nak makan lagi Beger ni, seyes sambil type entry ni sambil telan air liur..huhuuu


Pandangan atas, memang tinggi la beger ni sesuai dengan nama dia, especially part leleh meleleh tu.. cuma kitorang tak makan habis pun sayur kobis tu, berlambak.. Tapi memang hover kenyang tau, nak habiskan last portion tu lawan betolak laki bini, at last bini jugaklahhhh yang kena habiskan.. sayang punya pasal kalau tak dihabiskan, kan? jadi tak hairanlah kalau si bini semakin mengembang.. hohoohoho

Ha ni pulak Air Gunung Berapi, sebelah tu Milo Ais asben punya, dan kanan tu MJ punya tapi tak tau nama apa sebab cuma sebut Air Gunung Berapi yang pasti layer bawah Milo, Susu dengan Sirap.. Parghhhhhh sedap kevavasss cuma 'muak' sikit bila digabungkan degan Beger tadi.. Tapi milo dia pekatttt gilerrrr tau, siap boleh ratah.


Larva dari gunung berapi sedang meletus..


Milo Ais yang pekat likat melekat.. Entah berapa tong Milo la dihabiskan sehari untuk air sahaja.

HARGA ` Pada MJ murah jugaklah, sebab total semua ni adalah RM20.30 SAHAJA..


Ok kesimpulan MJ 
~ Burger tu gaya persembahan memang tip top kebabomm cuma tang daging sebab isinya tebal, macam agak kurang masak sikit, yang lelain tu biasa2 je
~ Air nya pulak memang terbaikkkkk!

Lepas ni ada rezeki nak try Koaw Teow Goreng dan Char Koaw Teow pulak, sebab ada pujian sedap dari review kawan2..


Kalau korang nak terjah, Warung Kuning ni betul2 menghadap Jambatan yang menghubungkan antara Kuala Muda Penang dengan Kota Kuala Muda, Kedah. Dan kalau dari arah Tikam Batu nak ke Pantai Merdeka, kedai ni di simpang 3 sebelah kiri sebelum kita sampai ke simpang nak ke Pantai Merdeka. Alamat mintak maap MJ tak tahu, tapi landmark nya gitulah..hehee