Family Trip 2015 : Lee Gardens Hotel, Hatyai

{Entry Tertangguh} Day 1 - 10 June 2015

Kedatangan yang tanpa dirancang, memang last minit plan terus jadi ikut je, mujur lah Bos tempat kerja approved cutiku,  kalau tak, tak dapek la cheq join sekaki.

Asalnya cuma Mak, Abah dan adik2 MJ je ke sana, tapi lepas cuti MJ approved apalagi zass mengekor la tak tunggu dah..haha

Kami bertolak dalam pukul 7.30 pagi dari rumah, sampai dalam pukul 10pagi terus ke Imegresen Bukit Kayu Hitam  untuk buat pass adik bongsu MJ, dia pun last minit gak kena paksa ikut..hehehe

Masa nak masuk sempadan tu jem jugaklah tapi alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Kami sampai Hatyai lebih kurang dalam 2 jam perjalanan dan terus 'check in' dalam pukul 12 tengah hari macam tu. Hotel pilihan kami tak lain tak bukan LEE GARDEN, ini kali ke-2 MJ menginap di Hotel ni, walaupun sebelum ni hotel ni pernah kena BOM, tapi kami tawakkal jela kalau jadi apa2 kan.. Tapi tak berapa nak risau sebab kawalan ke pintu masuk Hotel diperketatkan, jadi rasa agak selamat sikit.


Nampak je katilll wahhhh lega badan dapat nak baring (walhal dalam kereta dah sakan tidur-kesian Abah drive sensorang).. Katil pun besar, 2 katil KING.. Puas hati sangat yela tidur sharing adik beradik kan dengan 2 orang budak kecik ni lagi, bilik Mak Abah pulak 1 katil King.

Ilhan dengan Koko Krunch tak dapat dipisahkan, jauh bawak dari Pulau Pinang mai makan kat Hatyai..hehehe

Pemandangan dari Pintu Masuk, sebelah kanan Toilet dan di sebelah kiri Almari pakaian.


Yang best untuk budak berdua tentulah adanya Bath Tub ni, sakan dok berendam pagi petang.

Wajib 'mencilok' jika menginap di mana2 Hotel sebagai kenangan..huhuuu




Pemandangan dari tingkap bilik, memang membangun dah Hatyai ni penuh dengan Bangunan kiri kanan

Selesai membersihkan diri semua apalagi makan la masing2 dah perut keroncong kan. Kami siap bawak bekal dari rumah untuk makan selama menginap di Hatyai, tambahan tak berapa tahu makanan HALAL yang sedap dan tak mahal di sekitar Hotel, jadi dapat jimat belanja.

Kemudian pukul 3petang (waktu Malaysia) kami akan jalan2 dengan Van yang telah sedia menunggu kami.. Destinasi seterusnya ialah ...... HATYAI ICE DOME

6 comments:

  1. hotel nmpk bersih..tp akk tgk tak viral skg ni? jenuh sgguh.

    ReplyDelete
  2. Punyalah sibuk Myra sampai dah setahun baru buat N3
    Nasib baik ingat lagi:)

    ReplyDelete
  3. tahun ni ke MJ pi sana sebab ice dome dah tak ada.. sedih xdpt nak masuk.

    dekat la nk shopping kt lee gardens.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)