Family Trip 2015 : Hatyai ICE DOME

Sambungan dari entry SINI
Day 1 - 10 June 2015

Entry tertangguh, entah kenapa tahun ni dah jarang nak menulis di blog.. Adakah di zaman kejatuhan untuk bergelar seorang blogger? huhuuuu :(

Disebabkan kekeringan idea nak menulis panjang, korang layankan jela entry bergambar yang sangat banyak ye (kes malas nak cantum2 so kita hidang 1 persatu untuk korang hadap..hehehe)..

Semoga akan jadi kenangan untuk MJ sekeluarga di masa akan datang terutama untuk Firas dan Ilhan.

Inilah tempat yang teringin sangat nak jejak bila sampai ke Hatyai dan alhamdulillah kami diberi kesempatan tersebut. Tempat ni memang super duper sejuk menggigil sangat, pantang buka glove terketar-ketar ha.


Tiket masuk MJ dah tak ingat tapi rasanya dalam 400Baht untuk dewasa, 200Baht kanak2. Semua dalam ni berasaskan AIS sepenuhnya.
Si kecil Ilhan 'buat perangai' taknak pakai baju sejuk (kami jenuh PAKSA) ngan GLOVE (memang tak dapat nak pakaikan), taknak masuk dalam ni (Yela tak tahan sejuk kan) tapi sebab kami semua yang beriya2 nak masuk jadinya terpaksa sanggup la UMMI Ilhan sepanjang dalam tu kena dukung sebab Ilhan taknak orang lain..



Mata teringin nak melihat tapi dalam masa sama tak nak turun, mesti heran kan awatlah kena masuk tempat ni semua.

Firas dan Paksu main papan gelongsor dari AIS

Bila ajak naik sekali papan longsor sambil geleng kepala sambil nak nanges..hehehee kesiannya... :)


Ada macam2 bentuk dalam ICE DOME ni tapi semua tak menarik minat Ilhan untuk berlari-lari anak bekejaran dengan abg Firas meneroka di dalam ICE DOME ni ;)

Depan pintu masuk dah jumpa Angry Bird, kiut miut je..










Masa ni kitorang dah tahap gigil2 1 badan dah, memang tak la nak letakkan muka kat patung AIS tu, cuma FIRAS je semangat, nak bergambar punya pasal kan :)



 My Mum & kawan baru, jumpa dan berkenalan masa di Hotel




Awatla diorang bagi baju Over Besaq nih, terus menampakkan diri ni Gems.. chissss..berdiri pulak sebelah patung bulat tu...huhuuu


Masa sampai kat sini, diorang siap bagi pelampung untuk kitorang rasai keseronokan menggelungsur di belakang tu, tapi memandangkan masing2 dah sangat kesejukan + Ilhan makin 'comel perangai' ha, kami terus keluar.. sob sob.


Bila dah keluar dari belik beku, terus rasa LEGA!!


Cantik kawasan ni, penuh dengan bunga2




Ilhan yang dah tak sabar nak bergambar dengan Penguin


Test test! Hidup ke idak ni, pegang tangan sikit.





Ok selesai sudah perjalanan kami melawat ICE DOME, giler banyak kan gambo sampai nak termuntah...hehehee tapi haippp jangan muntah bulan puasa..

Lepas ni kitorang ke ZOO HATYAI pulak.. Ada budak2 kan, kenala bawak ke tempat2 gitu..


18 comments:

  1. kt hatyai ada ala2 tmpt snow ice

    ReplyDelete
  2. tak sangka plak yg hatyai ada tempat ice-ice macam ni. best2.

    ReplyDelete
  3. bestnya..
    jalan jalan dgn family
    menarik juga kan, ada kesempatan blh la pergi nanti aamiin

    selamat berpuasa mj

    ReplyDelete
  4. Seronoknye dpt rs tmpt bersalji.. sis dr usm ke? Thn bila hbs? Iza dr sana jg..

    ReplyDelete
  5. tgk gmbr2 tu macam menarik la tempat icenya... alahai kalau anak meragam time berjalan mmg trk la,dgn kita2 kepenatan kan?

    ReplyDelete
  6. Assalam MJ,
    he3
    samaaaaaaalaaaa
    my boboboy pun nangeh sakan masuk tempat sejuk macam tu
    takmo pakai jaket tu
    takuit katanya
    he3

    ReplyDelete
  7. seronoknya bercuti di tempat sejuk

    ReplyDelete
  8. yong pun hari tu pergi juga ke ice dome..

    sejuk gilers haha

    ReplyDelete
  9. xpayah jauh2 pergi oversea kalau nak main air batu..dalam freezer umah pun ade haha

    ReplyDelete
  10. Oleh sebab kat ofis ni sejuk, bila baca entry MJ ni, saya pla yg terasa sejuknya,

    ReplyDelete
  11. Best gak ye..hatyai pun ade ye..dkt dgn kg kitorg belah utara..blehla masuk dlm kalendar thn dpn. Skrg ni nak bcuti tp yg bajet2 je..alang2 blk kg blehla nnt .aminnnn...

    Salam ukhuwah dear.

    ReplyDelete
  12. lama tak singgah sini... macam-macam dah yea... hatyai pulak tu... syiok!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum .. fuhh lama tak singgah sini.. kita pun dah suram suram sejuk sekarang ni dgn dunia blog hahaha :D
    Btw jauh main ais sampai ke Hatyai huhuu :D

    ReplyDelete
  14. Best nya bisa trip with family saya suka tengok foto'' nya ^_^

    ReplyDelete
  15. assalam
    bestnya. dpt ke sana
    lama tak ada entry.. sihat ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)