Layan Sizzling Versi MJ

Dah berhari2 tekak kami 2 ni terasa nak makan Sizzling, yela selalunya kena singgah Mall kalau nak dapat makan Sizzling ni.. Tapi lepas dapat resepi yang tengah top kat FB, terus p cari bahan2 dan buat sendiri, ha baru puas hati makan.. Terima kasih pada empunya resepi, mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan mendapat manfaatnya.. aminnnn.


 Button Mushroom dengan sayur tu baru turun dari Kemeren, fresh lagi..hahahaha.. Sayur tu tak tau nama apa, tapi jatuh chinta lepas makan steamboat kat sana diorang hidang sayur ni terus p cari.


Memandangkan HOT PLATE tak de, jadi sebagai alternatif kitorang guna pan saja masak, Walaupun YEE MEE takde, tapi kitorang guna MAGGI sebagai ganti. Biarpun tak nampak sebiji yang penting tang rasa tu sama..hahaha



RESEPI
BAHAN- BAHAN
Halia (Tumbuk)
5 ulas bawang putih (Ketuk)
sedikit lada hitam (tumbuk)
4 tangkai cabai kering (dipotong kasar)
Kicap (Sos Tiram, Kicap Manis, Kicap Pekat)
Ayam (7-8 ketul - nak lebih pun terpulang)
Mushroom (rendam dengan air panas selama sejam)
Telur dan sayur
2 camca tepung jagung (ayak)

1. Tumis halia bersama bawang putih kemudian masukkan lada hitam (sehingga layu), kemudian masukkan cabai kering.
2. Masukkan ayam dan 1 cawan air, biarkan sehingga ayam masak
3. Masukkan kicap beserta 3 cawan air biarkan sehingga empuk kemudian masukkan cendawan
4. Buka api kuat masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang diinginkan dan SIAP!



MASAK SIZZLING
1. Panaskan Pan, kemudian letak kuah kicap sedikit dan masukkan maggi. (kalau guna sawi letakkan batang sawi bersama)
2. Apabila maggi hampir kembang, tambahkan kuah, masukkan sayur dan biarkan mendidih
3. Masukkan telur dan SIAP boleh dimakan..

Yang best sebab asben puji cakap rasa sama macam makan di luar, cuma kalau ada YEE MEE lagi rasa sebijik.. So lepas ni kena p cari YEE MEE la pulak kan..hehehe


6 comments:

  1. ada tgk gk resepi sizzling tp blum try

    ReplyDelete
  2. Saya pun buat gak sizzling mee minggu lepas.. Memang sedap. buat sendiri baru puas hati kan..

    ReplyDelete
  3. sedap sedap
    saya pon suka sizzling ni tp dh lama x mkn sbb tau tau la nk mkn kat luar skrg ni dgn pns pns gituu dgn rania.. kena bertabah.. sudahnya sejuk..
    nice sharing. nti leh buat sendiri kat rumah..tenkiu mj

    ReplyDelete
  4. nampak sedap je..mudah je rupanya

    ReplyDelete
  5. nampak sedap..kna cuba nie...resepi pun senang...tq share resepi..



    klau sudi bleh lar melawat n follow blog sy...baru nak blajr jd blogger hihi
    http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)