Pulangan Pendapatan dari ASB Loan

MJ mula terjebak dengan Pinjaman ASB ataupun ASB LOAN ialah pada tahun 2009, masa tu dalam kepala cuma set nak jadikan sebagai simpanan.. Memang tak tau langsung pasal pelaburan melalui ASB, serius.. huhuuu kalau lah tahu awal memang dah lama ku terjebak tapi nak buat camne kan.. terlambat....hehehehe

MJ mula buat pinjaman ASB pada Oct 2010 :
Bayaran bulanan RM267 selama 15 tahun (CIMB BANK)
Jumlah Pinjaman : RM35,000 (termasuk RM500 insurans)

Lepas MJ tahu pasal pelaburan ASB LOAN rupanya boleh terminate awal iaitu selepas 3 tahun pinjaman  (T&S) tak payah nak tunggu sampai 15 tahun, terus MJ pun memulakan langkah terminate ASB itupun selepas 5 tahun 4 bulan.

Jadi MJ nak kongsi berdasarkan dari pengalaman MJ SAJA ye..

Dividen diperolehi setiap tahun dari pinjaman :
 >RM2,500-RM2,800 (selama 5 tahun)
= Jadi anggaran Dividen dalam RM12,500-RM14,000

Dan ni yang MJ terima dari CIMB selepas MJ terminate pada 13 Jan 2016



29 Feb 2016 MJ terima sebanyak RM8,688.05. Alhamdulillah dapatla top up sikit untuk TANAH LOT yang kami beli bagi mendirikan mahligai impian..aminnnn.


Jumlah tu tak termasuk dengan dividen yang selama 5 tahun MJ dah terima sebelum ini ye. Pada MJ kalau nak dibandingkan kita simpan sendiri pulangan lebih berbaloi dengan pinjaman..

So my next target adalah untuk buat ASB Loan pada jumlah yang lebih besar dengan tempoh pinjaman yang panjang, insyaAllah.


p/s : Entry ini bukan bertujuan ingin menunjuk2 ye, lagipun Alhamdulillah dari simpanan tak terjangka ni dapat jugak kami top-up untuk pembelian Tanah.

4 comments:

  1. kami laki bini pun buat pinjaman asb ni.sekarang takda niat nk terminate lg.sekarang dividen bonus makin jatuh.tgok la nti kedepan klu nk terminate.bolehlah buat simpanan hari tua..dividen setiap tahun boleh joli.hahaha

    ReplyDelete
  2. yui xpnh join asb loan ni.. mgkn tak terdedah sgt..huuu

    ReplyDelete
  3. Zura pon buat gak ASB loan ngan Maybank. tapi x ingat plak bape tahun baru bleh buat fully settlement. hehehe
    Zura mmg target nak guna utk anak2 sambung study nanti. jadiknye mmg follow jer payment sampai skrg. alhamdulillah.. setiap tahun dividen yg di terima boleh cover bayaran bulanan untuk setahun. jadiknye x membebankan sgt. hehehehe

    ReplyDelete
  4. lps tu, diorg ada x 'sesi pujuk memujuk' supaya MJ join blk?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)