JJCM : Laksa Telur Bersarang di Manjung

Seminggu sebelum puasa, iaitu yang trip percutian MJ ke Pangkor tu, nak baca klik SINI (right click) kitorang jalan-jalan sekitar Lumut dan Manjung (Adik MJ tinggal di Manjung) dan dia yang rekemen LAKSA special ni untuk dicuba.

SEBABNYA! Memang dah lama teringin nak cuba LAKSA BERSARANG ni bila tengok ada kawan FB yang makan dia cakap sedap tapi bukan kat Manjung la kat tempat lain.. hehehe



Manggunakan tempurung kelapa sebagai ganti mangkuk, dan my 1st impression WOWW! menariknyaaa... Semangkuk.. eh! bukan mangkuk tapi Sekelapa ka Setempurung ek? huhuu tak kisahlah, harga dia RM4.50



Kasi close up.. Ya hampunn kalau ada yang terliur di bulan puasa ni ye.. Nak buat camno mood menulis tetiba mai... huhuuuu

Alaaa korang kalau terliur boleh je buat laksa sendiri then sendiri kocak2 telur dengan api panas untuk hasilkan sarang ni.. lagiiii sedap kan? muehehehe.. idea membantu ke? 


 Pada MJ yang baru pertama kali makan... Memang puas hati dan SEDAP..



Nah senyuman tertawan dari Ilhan.. Dia kalau bab posing sekarang ni memang terserahlah..


Laksa sarang kita gabungkan dengan Ais Kacang.. perghhhhhh licin licau oooowww


Ok lokasi, di sekitar Manjung Point, Seksyen berapa tak hingat.. huhuuu tapi kalau korang nampak AEON JUSCO tu kira belah belakang2 dia la...

Maaflah tak dapat sangat nak cerita secara terperinci sebab we oll kebetulan main terjah je.. Nanti la MJ tanya Adik..

Jalan-jalan di Panda Park, Dannok Thailand

{Entry Tertangguh}

Punya la malas tak tau nak habaq nak update entry pun, memang blog terabai sepenuhnya dah sekarang, mungkin sebab dah semakin nak pencen kot..huuhuuu. Tak update kang mana tahu tahun2 akan datang takdak pulak kenangan kan, so mau tak mau gagahkan jugakla menulis..

Ok sambung, sebenarnya ni adalah family vacation short trip ke Dannok, memang tak plan pun tapi dah alang2 cuti sekolah (March 2016) tambahan saja nak bawak budak2 berdua ni jalan-jalan..hehehe

Kitorang gerak dari Penang ke Alor Setar naik TREN Laju ETS tu, nak merasa naik dan yang paling eksaited ILHAN la tentunya sebab dia peminat setia Thomas. Tak habis2 ayat dia 'Ilhan seronok sangat la dapat naik Thomas'..

Tiket Dewasa RM22.00 seorang
Kanak-kanak RM15.00 seorang
Perjalanan dari Butterworth ke Alor Setar (sehala)

Dari Alor Setar my Dad ambil kami dan terus gerak ke Bukit Kayu Hitam, kitorang rentas sempadan dan bermalam di Dannok sebab nak jumpa Dinosour malam baru best.. mula nak balik hari tapi sebab Hotel kat Dannok 'bilik murah' walaupun bajet tapi bilik besar macam belah sini mau RM200 kat sana baru RM85 camtu.

Lepas dah mandi solat semua kitorang terus ke tempat yang dituju.. sebelum nak sampai ke Dinosour Park, kita akan jumpa PANDA Park dulu ye. Besar jugaklah tempat Panda ni, kami pun apalagi sama-sama naik posing dengan tiru gaya Panda.. Comell je tau (Panda tu ye..hehehe)


Budak-budak berdua ni la suka meniru gaya panda, apa panda buat semua diorang pun nak ikut sama, kitorang layankan jela, tapi ni pic mula masih dalam proses 'warm-up'


Masih lagi malu-malu nak pose..hahaha


Kamera gegar la sebab budak2 ni kalut nak p begambo dengan Panda lain pulak. haissyyhh

1,2 bersediaaa.... mulaaaaaaaa....


Kitorang pun taknak kalah ooii..hahahaa 


Haisyhhh huduh naw gaya gitu..


Ok babai, moga kitorang mai lagi sekali tapi tak tau tahun bila.. oh ya Panda ni free entrance ye.. Tapi sayang ada sesetengah Panda yang dah rosak/pecah akibat sesetengah pihak yang melebihi had muatan mungkin duduk atas panda tu.. Dan mungkin lepas ni diorang akan kenakan fee tak tahulah kan..

Next entry (tak tau la next tu sampai bila..muehehe) MJ tunjukkan pasal Dinosour park plak..Asalnya entry ni nak gabung terus dengan Dinosour Park, tapi adoilaaa malas naw nak karang sebab takde idea + nak masukkan gambar2 lagi..huhuuu sabao jela nok..


Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor

Bersempena ulangtahun kelahiran MJ pada 31/Mei/2016 yang lepas, Mr Asben bawak MJ jalan-jalan, yeaaayyy..hahahah. Lokasi yang dipilih asalnya nak ke Port Dickson, tapi memandangkan bulan puasa semakin menghampiri, dan nak kena catu bajet maka kami pilih tempat yang dekat saja, jadi Pulau Pangkor menjadi pilihan MJ walau Mr asben acah2 nak setuju taknak setuju je mulanya..hmmmmm..

Perjalanan bermula pada 31/Mei petang dari Penang dan terus ke rumah adik MJ di Manjung bermalam di sana dan kami akan bertolak ke Pangkor pada keesokan harinya pada 1/Jun - 2/Jun 2016. Bermalam di Pangkor la kononnya..huhuuuu


Budak berdua yang eksaited nak jenjalan Pangkor, tak pernah pegi lagi katanya.. Diorang tak tau kat Pangkor tu bukan ada apa pun..hehehe


Kami naik dari Jeti Marina sebab dekat je dalam 10minit dah sampai, tak sempat panas punggung pun. Dalam kepala kitorang memang dah set nak tido di Pangkor, jadi masa nak parking kereta kami cari untuk parking selama 2 hari, parking paling dekat dengan JETI ialah RM20 sehari jadi kalau balik esok tu akan jadi RM40, fuhhh! mencekik tak sanggup rela parking jauh sikit tak apa.

Jadi kami ambik parking luar yang caj per jam RM0.70 dan RM10 sehari (tak berbumbung) dan RM20 berbumbung untuk sehari. Dan demi menjimatkan onkos rela berparking berpanas berhujan kereta kami tu.. (bukan kedekut tapi jimat selagi boleh) hahahaa.. Yela 2 hari tak ke RM20 untuk parking kereta je tak sanggup cheq.




Tiket FERI ke Pangkor dari Jeti MARINA adalah untuk perjalanan 2 hala iaitu RM10 dewasa, dan RM5 untuk Kanak-kanak dari 4tahun hingga 11 tahun. Jadi sila simpan resit anda ye takut nanti kena beli lain pula, kan dah rugi...!


Kami naik feri dalam pukul 10pagi masa ni orang tak ramai sangat, lega boleh pilih nak duduk seat mana 1.


Sesampai di Pangkor penuh 'kutu2 kereta' mencari pelanggan, macam2 offer ditawarkan sampai naik rimas ha siap ikut lagi kami, so kami terus jalan ke depan sikit nak cari kereta sewa di tempat lain. Dan berjumpa dengan 1 Uncle offer kami samada kereta ataupun Motor.

Kereta Kancil Vodoo (nanti MJ cakap pasaipa) RM60 untuk 2 hari
Motosikal RM25 sehari, kami p bertiga + 2 budak maka kalau nak naik Motor kena ambik 2 biji la dan Mr Asben taknak so kitorang pilih Kereta Kancil Vodoo tu :)

Lepas dah deal dengan Tokey sewa nama Ah Toh aka AhTok kami bayar RM60 untuk kereta Kancil yang sangat2 sedih kondisi kereta dengan Clutch keras Ekon nan hado bonet takboleh bukak pendek kata boleh setakat nak naik jela dengan hangat lit2 sebab kami sampai Pangkor dalam 10.30 memang cuaca panas nak ke tengah hari la. sobsob..

Lepas tu konfiden la kami p isi minyak RM15 konon nak bermalam kan haruslah isi siap2 dengan harapan tulus ikhlas nak ronda panjat bukit bukau nanti kang tersentok minyak abes nanges ooii..


Kami pun ronda la dari Pantai Bogak ke Teluk Nipah mencari Hotel bersesuaian (nak cari yang ada Pool khas untuk budak berdua tu). Memandangkan check in diorang bermula pukul 3.00-3.30 petang mau mengeras kami dalam kereta tak tau nak pusing p mana dah.. Last2 tak sampai sejam settle pusing Pulau Pangkor + cari hotel tapi tak berkenan sebab harga hotel boleh tahan mencekik!
Mentanglah cuti sekolah seronok la korang dok taram rega no.. huhuuuu

Lepas tu kitorang decide nak BALIK!

Boring giler kot Pulau Pangkor tak tau nak habaq camna sebab tak tau nak buat apa dan pusing kemana lagi..hohooho.

Konon nak rasai la pengalaman bermalam sebab sebelum ni MJ dah pernah p tapi setakat balik hari je tapi serius kitorang sampai tak tau nak kemana + budak2 dah tak tahan panas EKON kereta takdak kan..

Kitorang pergi jumpa AHTOK dengan muka kesian sebab nak pulangkan kereta + MINYAK masih lagi di takat setengah tank ooii kitorang nak tuntut balik walau dah tau konpem tak boleh punya tapi tetap nak cuba nasib.
Lepas pung pang pung pang Ahtok tu pun berleter kat kami macam2 dia pun bagi lah balik RM20 kat kami, siap cakap kami tak pegang janji la apa la so tadah telinga jela..


TOTAL KOS LEBUR = RM55 {RM60 (Kereta) + RM15 (Minyak)}

Takpelah kami anggap takde rezeki kami untuk bermalam di Pangkor dan kalau ada penyewa kereta selepas kami, untunglah dia minyak setengah tangki ooi so kami sedekah jela..

Kami naik feri pukul 12.30 tgh hari, bayangkan 2 jam je trip kami MANJUNG - PANGKOR - LUMUT..hahahha lawak betoi la..

Terus bersyukur sebab tak ambik parking kereta yang RM20 sehari tu kalau tak, mengetaq ooi nak bayaq sia2 saja dok bagi kat Parking. So parking kitorang berdasarkan rate per hour, total PARKING RM2.80 tak ke jimat..hahaha

Sampai Jeti MARINA pukul 1 tgh hari dengan masing2 perut dok berkeroncong dah jadi kami singgah makan di Restoran D'Warisan.

Tapi itulah kuasa Redha dengan cepat Allah pulangkan rezeki pada kami sebab makan tengah hari kami ditaja secara tak sengaja oleh keluarga dari BANGI sebab kami makan semeja panjang dengan diorang, tempat penuh sesak so kitorag main tempek jela tang mana meja yang ada kosong dan tak sangka tokey kedai kira sekali kos makan kami. Alhamdulillah syukur REZEKI makan kami RM30 dibayar :)

Disclaimer : Ini adalah pengalaman peribadi MJ bercuti di Pulau Pangkor.