Suka pakai Inai Daun

MJ percaya tentu ramai dalam kalangan pembaca yang sama minat dengan MJ yang sukakan inai daun. Betul tak? hehehe.. Walaupun kena tadah tangan nak tunggu kering, nak tido pun kena hati-hati, biarpun terseksa tapi suka punya pasal sanggup nak hadap :)

Memang sebelum Raya lagi niat nak pakai, tapi memandangkan sibuk dengan buat KUIH RAYA bagai, jadi niat tu terpaksa ditangguhkan sekejap dan tiba-tiba sambil baring sambil sembang dengan Mak, Mak tanya ;mau dak pakai inai?' Perghhhh pucuk dicita ulam mendatang, semangat terus!

Jadinya gigih la kami berdua memperisi 1 persatu daun inai.. Tapi! MJ taklah serajin mana nak menumbuk atau menggiling ye, belasah dengan blender kering je ha, memang pengorbanan sikit la sebab air takleh banyak takut terlebih basah nanti bila pakai dok meleleh je kat jari nanti hasil tak cantik..

dan 1 lagi, MJ tak guna air biasa ye, tapi air teh O tanpa gula..hehehee


Selepas seksa yang ditanggung demi nak pakai inai ni, akhirnya benda paling nikmat sekali yang suka dibuat adalah dengan mencium bau inai di jari.. Nikmat yang tak dapat diungkap..hahaha ketagih wei.. dan tak sangka dalam hal ini MJ tak keseorangan..hehehe



Best best bila ada geng suka inai..hihiii..
Sapa kat sini pun suka inai daun jugak, meh geng ngan MJ meh.. :)


My Homemade Kuih Raya 2016

MJ rasa nak berbangga dengan diri sendiri pada tahun ini apabila berjaya membuat biskut raya sendiri sambil dibantu oleh adik-adik MJ..(tangan di bahu mata ke atas)

Buat sendiri kuih raya ni dirasakan 1 kepuasan yang teramat sangat, sebab secukup rasa semua. Bukan MJ nak kata yang dijual tu tak sedap, cuma rasa lebih berbaloi jika dapat buat sendiri, jimat kos..hehehehe (tapi bukan 100% kuih raya MJ tahun ni homemade ye, ada gak yang beli cuma 10% je beli)

Ni biskut pertama yang kami buat Biskut MERINGUE (resepi Right Click), tahun ni tahun ke 2 buat biskut ni sebab sedap punya pasal..hehe

Kemudian biskut kedua buat ialah biskut Femes Emes yang terlupa nak masukkan serbuk koko, maka jadilah biskut berwarna butter..huhuuu diikuti biskut Semperit yang dah lama giler nak makan buat sendiri.

Hari kedua kami buat Shell Tart dan kacau DODOL menggunakan kuali atas dapur gas (ha dodol ni My Mum & Dad yang kacau).

Lagi biskut yang kami buat ialah Biskut PUTERI SALJU dengan MAZOLA versi comey lotey, senang nak makan semulut je masuk. Puteri SALJU dapat buat 2 bekas besar tak sempat nak abadikan gambar habis di HARI RAYA bila sedara mara datang beraya, sedap sangat katanya :)


Hari ke tiga aka sehari sebelum Raya kitorang letakkan inti dan Cheese untuk SHELL TART, inti coklat, pun sama dapat 3 bekas tupperware tinggal sebekas je untuk tuan rumah.. Punyalah sedap kan jadi rebutan..hahahaha
Tart Cheese ni adalah percubaan pertama kitorang buat, sebelum ni beli je sebab suka makan kali ni buat sendiri haruslah vervangga sebab pandai buat kan..hohoooo


Versi selepas dibakar, walawehhh bila dia mengembung gitu rasa berbunga bahagia ooii...


Then My Mum buat 3 biji KEK BUAH, sebiji untuk mertua adik dan juga mertua MJ, sebiji lagi untuk rumah MJ.. Sedihnya tak sempat nak rasa sepotong pun dah habis.. sobsob..

So itulah coretan kuih raya 2016 kami adik beradik, hitung2 balik dekat 10 jenis kuih ha termasuklah POPIA CHEESE, POPIA MILO, POPIA COKLAT dan POPIA NESTUM. Kuih beli Mazola dengan Kuih SIPUT.
Korang lak camne, mesti buat sendiri jugak kan..


Apapun MJ nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN, andai selama coretan MJ di blog ini ada mengguris hati sesiapa.
Sekian.