OOTD Hari Raya Puasa 2016

Orang lain dah lama update OOTD for Syawal, MJ baru la nak simpan kenangan di blog yang semakin diabaikan ni..huhuuu


1st Syawal bergambar sensorang aje dulu du Pagi Raya sebab cik abe kena ke tempat kerja sebentar..sobsob.

Ni pulak OOTD my Parents yang berlatarbelakangkan sawah padi yang menghijau.. sejuk mata memandang.


OOTD adik kedua MJ bersama family kecik dia.. Kemain Firas ngan Ilhan berbaju Raya Upin Ipin.

Hari Raya pertama tak kemana-mana cuma ke rumah mertua je beraya sekejap kemudian en suami kena kerja, so beraya la sensorang lepas tu.. Tapi Raya kedua takde maknanya nak sensorang lagi, cik abe masih lagi kena kerja jadi apalagi ku balik rumah familyku untuk keluar beraya bersama..hehehe


OOTD Raya ke dua masih lagi tema hijau.. Jom kita beraya di kampung sebelah Abah, Selama, Perak.

Adoiiiii Ilhan, dah berapa kilo ni, senget benget ciklong dukung ha.. Dulu boleh la sikalang sekejap2 takpa.



Adik beradik MJ tapi tak cukup adik sorang laki dia takmau bergambar, so ada lah terselit adik ipar MJ kat situ..hehe


Dan Ni Raya ke tiga, keluar beraya rumah beradik2 sebelah suami kejap sebab lepas tu seperti biasa en suami kena kerja..


Kesimpulannya en suami kena kerja berterusan dari hari Isnin (kita raya Rabu) sampailah bertemu Isnin pulak.. Gitulah rutin kena hadap bila kami 2 kampung dekat.. Boleh kata 3 tahun dah en Suami akan kerja di hari Raya.. Tapi takpe MJ pun ok aje..

So itulah kisah OOTD MJ dari Syawal 1 - Syawal 3..  Terima kasih sudi baca..hehehe

3 comments:

  1. kemain lagi ya posing ngan tudung2 AJ ;-)

    ReplyDelete
  2. ok laa ada jugak entry rayanya.. ni entry raya pun tenggelam trus.. busy dengan sukan dan iso punya pasal..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)