Sambungan dari entry Perjalanan Bermula, kami sampai Hotel Movenpick Madinah selepas waktu Subuh dalam pukul 5.30 pagi (Subuh pada 4.50 pagi) jadi kami solat Subuh di Hotel je.
7.30 pagi kami kena berkumpul di lobby Hotel untuk aktiviti pertama kami di bumi Madinah iaitu melawat Makam Nabi dan juga Raudhah. Layankan gambar yang super duper banyak.. :)
Pertama kali dapat melihat lembayung ini di Masjid Nabawi, hati tersentuh.. Betapa indahnya saat mata memandang.
Dari Movenpick Hotel (Gate 15) kitorang akan terus ke Gate 25 dimana terletaknya Makam Nabi.
MJ dan Mak masa dalam Raudhah kami bantu Tok (sebelah mak) sebab masa tu menantu dia (pakai shawl tu) masih dalam period. Alhamdulillah mungkin sebab niat kami bantu bawak Tok maka Allah mudahkan urusan kami dalam tu.
Umur Tok 82 tahun tapi tenaga dia SubhanaAllah memang kagum sangat, tanpa bantuan kerusi roda mahupun kerusi lipat, berdiri atas kaki sendiri (cuma kami ada tolong papah bila keadaan terlalu sesak), dan Allah adan untuk bantu kita di sana, percayalah..
Masa nak masuk Raudhah Tok tanya nama MJ, dan sampai hari kami nak balik Tok ingat nama kami, ingatan Tok memang kuat. Sebabnya kami ni dari lain2 grup jadi susah nak dapat jumpa. Ingat lagi masa hari kami nak balik Tok berkali2 ucap terima kasih kat kami sebab tolong bawak dia, bantu dia masa di Raudhah.. Takpe Tok, kami tolong ikhlas..
Inilah Ustazah Ain (Mutawwifah) yang membimbing kami sepanjang tempoh kami di Raudhah. Sebelum pintu masuk ke Raudhah siap ada papan notis untuk mengingatkan jemaah agar tidak bertolak sesama sendiri.
Dan belakang ustazah Ain ada kubah hijau dan bawah tu lah makam nabi. Masa tu hati dah mula sebak, rasa tak percaya dah semakin hampir nak jumpa Nabi.
Sementara menanti giliran untuk masuk, kami baca doa dulu untuk Nabi Muhammad SAW dan juga buat sahabat2 nabi iaitu Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.
Ada 2 tempat untuk menanti sebelum kami dapat masuk, sebelum turn kami adalah turn jemaah dari Asia Barat (Arab dan Pakistan tak silap) almaklumlah semua berjubah hitam dan berpurdah 😀😀😀
Sesambil menunggu tu sesambil lah berzikir dan berdoa mudah2an dipermudahkan urusan kita untuk berjumpa dengan Nabi.
Tempoh menunggu kami tak lama, dalam sejam gitu tak silap, memang masa nak dapat masuk tu Masya Allah sabar lah bebanyak, punya ramai manusia ada yang bertolak2 ha, tapi alhamdulillah dengan bantuan Mutawwifah kami dapat tempat di bahagian depan.
Dari situ dah nampak makam Nabi, syahdu sangat masa tu tak sangka ada peluang untuk kami berjumpa dengan kekasih umat Islam seluruh dunia. Kekasih yang dirindui oleh semua.
Dan bila tersedar kaki sedang memijak karpet hijau, terus ambil peluang bersolat, masa tu Ya Allah syukur sesangat tak sangka dapat peluang yang mudah..
Dah habis solat MJ berdiri ingat nak bagi peluang kat orang lain tapi mutawiffah cakap 'Hajjah! solat solat! jadi ambik peluang untuk solat lagi sekali, tapi lepas Rukuk MJ tak dapat nak sujud, penuh manusia berdiri betul2 kat depan ha. Sambil menunggu tu sambil berdoa mudah2an Allah mudahkan urusan untuk selesaikan solat dengan sempurna, lepas pada tu dapat peluang sujud dan selesaikan solat.. Alhamdulillah
Lepas solat MJ berdiri dan terus berdoa apa yang terlintas, airmata tak usah cakap la punya senang la bederai.. 😪😪ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Lepas tu tetiba Ustazah Ain panggil MJ dengan mak untuk solat lagi, dapat pulak tempat kat saf hadapan.. Apa lagi terus ambik peluang solat lagi di situ, Ya Allah syukur sesangat Engkau mudahkan urusanku di sini bersama Mak, walaupun sesak dengan manusia tapi Engkau memberi peluang pada kami untuk bersolat di Raudhah.
Habis je solat dengar Ustazah sebut..
Hajjah! sujud syukur, Hajjah! sujud syukur
Kami pun terus sambung dengan sujud syukur, memang bersyukur sesangat Ya Allah 3x dapat solat sunat dalam Raudhah, dapat berdoa dalamnya. Perasaan yang tak dapat nak diungkapkan, sedih dalam gembira. Sesungguhnya kami memang berpuas hati sangat.
Habis solat grup kami mula bergerak untuk keluar, untuk bagi peluang pada jemaah lain pulak.
Sedikit tips nak syer berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman semasa ziarah di Raudhah
- Pakai tudung hitam (agar kita dianggap sama macam Negara Arab yang lain) - mudah untuk kita selit di antara golongan depa, paham2 la ye kadang bila keadaan sesak ni kita takleh jangka.
- Ziarah seawal 7.30 pagi, masa ni keadaan kurang sesak berbanding malam. Lagipun tempoh agak panjang sehingga pukul 11.45 pagi camtu (sebelum masuk waktu Zohor pukul 12.15 tengah hari)
- Masa menunggu tu banyakkan berzikir, berselawat pada nabi sebab kita dah semakin hampir nak jumpa orang yang paling kita sayang dan berdoa moga kita diberi peluang dan kesempatan, insyaAllah Allah maha mendengar.
- Bila dapat peluang bersolat, doa masa sujud tapi jangan sampai kita sebut (nanti tak sah solat) cukup sekadar doa dalam hati. Tapi jangan sujud terlalu lama kang takut risiko lain ha 😅
- Ada yang cadangkan duduk kat tiang, tapi pada MJ mana2 tempat sama saja, mana peluang yang terhidang terus ambil.
- Raudhah adalah salah 1 dari Taman2 Syurga, keindahan berada dalamnya sukar nak gambarkan. Jadi ambillah peluang ye...
Kami keluar dari Raudhah dalam pukul 11.00 pagi macam tu (lebih kurang 3 jam lebih la dari menunggu sampai habis). Kesimpulannya MJ berpuas hati sangat sebab dapat solat dan dapat berdoa dalam tempat yang ddambakan sejak dari Malaysia lagi.
Di Malaysia MJ dah berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan alhamdulillah Allah kabulkan, sebab kami dapat rasakan kemudahan sepanjang kami berada dalam tu. Terima kasih ya Allah.
Oh ya, lepas Raudhah jemaah lelaki SAHAJA mereka ke Perkuburan Baqi' tempat perkuburan besar yang menempatkan isteri nabi, anak2 nabi, sahabat2 nabi dan juga jemaah2 yang meninggal di Madinah. Beruntung kan yang meninggal di sana dapat dikebumikan di tempat yang sama mereka yang lain.
Lagi satu jemaah lelaki mereka setiap masa dapat ke Raudhah sebab situ kawasan solat untuk lelaki. My Abah setiap kali solat waktu dapat solat dalam Raudhah, alhamdulillah rezeki.
Dan MJ nak bagi kredit pada Maria Firdaus yang kongsi doa ni, dan doa ini lah kami baca sebelum kami ke Tanah Suci (MJ ada olah ikut kesesuaian).

Masa ni kitorang baru je gerak keluar dari Raudhah.

Grup kecil kami bersama Ustazah Ain
Sebelum keluar dari dalam Masjid sempat lagi mintak mak tolong ambilkan gambar 😃
Me and my Mum.
Bergambar dengan my kesayangan di pintu masuk ke Raudhah.. Pintu no 25
Kami keluar dari Raudhah dalam pukul 11.00 pagi macam tu (lebih kurang 3 jam lebih la dari menunggu sampai habis). Kesimpulannya MJ berpuas hati sangat sebab dapat solat dan dapat berdoa dalam tempat yang ddambakan sejak dari Malaysia lagi.
Di Malaysia MJ dah berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan alhamdulillah Allah kabulkan, sebab kami dapat rasakan kemudahan sepanjang kami berada dalam tu. Terima kasih ya Allah.
Oh ya, lepas Raudhah jemaah lelaki SAHAJA mereka ke Perkuburan Baqi' tempat perkuburan besar yang menempatkan isteri nabi, anak2 nabi, sahabat2 nabi dan juga jemaah2 yang meninggal di Madinah. Beruntung kan yang meninggal di sana dapat dikebumikan di tempat yang sama mereka yang lain.
Lagi satu jemaah lelaki mereka setiap masa dapat ke Raudhah sebab situ kawasan solat untuk lelaki. My Abah setiap kali solat waktu dapat solat dalam Raudhah, alhamdulillah rezeki.
Dari handphone my Abah
Kiri Makam Rasulullah, tengah Saidina Abu Bakar dan kanan Saidina Umar, beruntung jemaah lelaki dapat lihat Makam Nabi dan Sahabat, jemaah wanita tak boleh ke sana, di sekat dengan penghadang.
Dan MJ nak bagi kredit pada Maria Firdaus yang kongsi doa ni, dan doa ini lah kami baca sebelum kami ke Tanah Suci (MJ ada olah ikut kesesuaian).
DOA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI (UMRAH)
Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah.
Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah.
Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami
bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.
Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya
Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa
ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada
sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.
Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan
ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan
rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan
lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.
Ya Allah, berikanlah kesihatan yang sempurna kepada
kedua ibu bapa kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang
yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup
bersusah payah menjaga kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan
kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.
Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami
pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau
palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.
Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta
mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan
tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham
memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah
dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya
Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula
dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah
kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke
rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya
Allah.
Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah
ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan
sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil.
Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan.
Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.
Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung
harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan
kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan
dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal
kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.
Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu.
Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah
kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada
kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.
Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau
berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya
Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah
kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk
bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40
waktu secara berterusan.
Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik
di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau
terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami
melakukan ibadah umrah Ya Allah.
Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan
tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan
dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji
kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.
Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti,
janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah.
Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat
membantu kami.
Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta
kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana.
Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata
kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami
daripada lalai membeli belah di sana nanti.
Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan
melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam
Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di
Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami
ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila
kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada
Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau
tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami
melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya
Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.
Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan
umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan
amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan
untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf,
bersembahyang dan membaca al quran.
Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan
kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan
Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah.
Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami.
Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi
tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah,
kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah.
Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan
membazir waktu.
Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada
kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai
segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami.
Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah
keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami.
Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.
Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini
manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi
menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan
rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala
permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan
yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.
Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang
mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu.
Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah.
Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami
sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang
suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang
hina dan tidak berpengetahuan.
Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau
masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau
tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya
Allah. Kami mohon keredhaan Mu.
Suka..suka..suka
ReplyDeleteTerharu dan rindu menggamit kakak utk ke sana lagi dan lagi Myra
Indahnya perjalanan ibadah di sana memang tak sama kan.
Raudhah tempat yg sesak tapi rezeki setiap kita pasti ada dan tak sama.
Jazakallahu hairon dari kakak atas yg telah Myra sampaikan ketika di sana.
ReplyDeleteAllahuakbar,
ReplyDeletemenitis air mata yui baca entry ni kak.
walaupun sekadar baca, dok rasa diri tu ada kat sini. InshaaALLAH mana tahu satu ari nanti berkesempatan.
Doakan ya kak.
mj thanks berkongsi di sini
ReplyDeleteyang mmbaca ni terasa sebak..
hanya Allah yang mengetahui..
smga kammi juga diberi peluang ke sana. nanti. aamiin
turut sedih gak baca story uols ni huhu
ReplyDelete